22.12.24

Cuti Balik Kampung jom Singgah Kari Kambing 40 Hari

Baru-baru ni, aku dengan family ambil peluang balik kampung ke Batu Pahat. Kali ni balik kampung sempena cuti sekolah hujung tahun yang kebetulan jatuh berdekatan dengan perayaan Krismas. Anak-anak pun dah lama tak jumpa nenek dan atuk, jadi kami ambil keputusan untuk luangkan masa dengan family di kampung.

Perjalanan dari Kuantan ke Batu Pahat memang makan masa, lebih kurang 6 jam kalau ikut kelajuan biasa. Kami gerak dari Kuantan sekitar pukul 11.30 pagi, terus memandu tanpa henti sebab nak cepat sampai. Tapi, biasalah bila ada anak-anak kecil dalam kereta, perjalanan jadi lebih mencabar. Dalam dua jam pertama, masing-masing okey je. Duduk berangan sampai tertidur. Tapi masuk jam ketiga, anak-anak dah mula merengek.

"Ayah, lapar... lapar sangat..." diulang-ulang sampai aku dan isteri dah tak tahu nak pujuk macam mana. Stok makanan ringan pun dah habis. Suasana dalam kereta mula riuh dengan rengekan dan suara minta makan. Aku pula dah mula rasa lapar sebab kami hanya sempat sarapan pagi sebelum bertolak.

Tengah hari tu, dah nak sampai ke kawasan Ayer Hitam, aku terus cadangkan singgah makan dekat kedai kari kambing yang popular kat area sini, Kari Kambing 40 Hari. Setiap kali balik kampung memang lalu depan kedai ni, tapi entah kenapa kali ni terasa nak singgah.

Sampai je di kedai, ada satu kejutan yang tak dijangka. Terserempak dengan adik ipar dan family dia kat situ! Rupanya mereka pun dalam perjalanan balik kampung. Kebetulan betul, sebab tak plan langsung. Jadi, kami ambil peluang makan bersama-sama.


Menu wajib kat kedai ni mestilah nasi beriani kambing. Serius, kambing dia memang padu, lembut, berempah, dan penuh rasa. Anak-anak aku yang tadi merengek lapar, terus diam bila nasi beriani sampai depan mata. Masing-masing makan dengan bersungguh-sungguh, siap tambah lagi. Aku pun rasa puas hati tengok mereka ceria balik.

Baca juga - Aktiviti Water Rafting di Kuala Kubu Baru - Spike up your Adrenaline

Habis makan, kami sambung perjalanan ke rumah mak ayah di kampung. Dah kenyang, suasana dalam kereta pun lebih santai. Mungkin sebab perut dah puas hati, anak-anak pun terus tidur sampai ke destinasi.

Okeylah, sampai sini je cerita kali ni. Nanti aku sambung di entri seterusnya apa aktiviti kami dengan family di kampung. Stay tuned!

Enjoy...!!!

2 ulasan:

  1. SA suka lauk kari kambing dia..pernah tapau x pernah makan kat sini..next time nak cuba dine in sini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try dine in kak SA. facilities kt sini pon ok. toilet, masjid. etc. service pun laju. mmg nmpk dari luar ramai org. tapi kejap je dh dapat makanan

      Padam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com