29.1.25

The Trauma Code: Heroes on Call – Drama Korea Terbaru yang Tengah Viral!

Dah lama rasanya aku tak layan drama Korea, tapi kali ni rasa macam nak kembali semula ke dunia K-drama. Drama terakhir yang aku tengok berkaitan doktor ialah Romantic Doctor, Teacher Kim 3. Lepas tu, terus senyap tanpa sebarang drama perubatan dalam list tontonan aku. Tapi sekarang, The Trauma Code: Heroes on Call tengah trending di Netflix, dan rasa macam kena layan balik drama doktor-doktor ni!

Aku belum tengok lagi, tapi bila baca sinopsis dan tengok trailer, memang nampak menarik! Drama ni berkisarkan tentang seorang doktor bedah trauma, Dr. Baek Kang-hyuk, yang pernah berkhidmat di zon konflik seluruh dunia. Dia kembali ke Korea untuk menubuhkan pusat trauma terbaik di Hospital Universiti Hankuk. Tapi macam biasa, bukan mudah nak ubah sistem hospital dan latih pasukan perubatan untuk bekerja di bawah tekanan yang ekstrem.


Pelakon utama dalam drama ni ialah Ju Ji-hoon, seorang pelakon berbakat yang pernah berlakon dalam drama popular seperti Kingdom dan Hyena. Jadi, aku boleh jangka yang lakonannya pasti mantap dan penuh emosi. Selain itu, cerita ni juga sarat dengan aksi perubatan yang mendebarkan, konflik profesional, dan mungkin juga ada elemen hubungan antara watak yang menarik untuk diikuti.

Baca juga - Ceritera Isteri Aku, Drama “Curang Tanpa Niat,” & Luahan Hati Terselindung

Aku excited nak mula tengok! Dah lama tak layan drama perubatan Korea. Kalau korang dah tengok, boleh komen dan kongsi pendapat dengan aku. Best ke tak? Patut ke aku marathon drama ni terus?


Enjoy...!!!

8 ulasan:

  1. Lama saya tak tonton drama Korea. Jadi tak dapatlah nak komen.
    Mencari masa juga untuk tonton siri drama Korea.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun dh lama tak tonton. kene cari masa nak tengok drama ni.

      Padam
  2. Hai dah berpuluh org cerita pasal cerita korea ni.. tak sabr nak tgk huhuu :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tulah, saya pun tak berkesempatan nak tengok lagi. Nk cari masa untuk tengok ni.

      Padam
  3. Nampak menarik sangat drama ni! Lama juga Mak Lin tak layan drama Korea. Lepas baca entri ni, rasa macam nak join marathon sekali. Nanti dah tengok, share review tau!

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tak tau la bila nk startnye ni. hehehe

      Padam
  4. best..MA dah abis dah tgk. x sabar tunggu season 2, dgr nya ada 3 season semuanya

    BalasPadam

Papaglamz © 2025. Designed by MaisarahSidi.com