Hai semua! 😊 Hari ni aku nak cerita tentang percutian impian aku yang dah lama aku impikan. Setiap orang mesti ada impian percutian sendiri kan? Ada yang suka bercuti ke luar negara, ada yang suka berjalan-jalan ke tempat yang jauh, tapi untuk aku, aku lebih suka percutian yang relaks dan tak perlu banyak bergerak. Kadang-kadang, percutian tu bukan tentang destinasi jauh-jauh, tapi lebih kepada keselesaan dan pengalaman yang kita dapat.
Percutian Impian 1: Staycation di 4 Points Sheraton KL
Jadi, kalau aku bercuti, aku nak jenis percutian yang semuanya dalam satu tempat. Tak perlu keluar banyak, tak perlu pusing-pusing. Satu hotel yang ada semua kemudahan dan aktiviti, senang cerita! Salah satu tempat yang aku selalu idamkan untuk bercuti macam ni adalah 4 Points by Sheraton Hotel di Kuala Lumpur.
Hotel ni terletak betul-betul di tengah bandar, dekat dengan KLCC, jadi sangat mudah nak keluar dan jalan-jalan kalau rasa nak cuci mata. Tapi, sejujurnya, kalau aku bercuti kat sini, aku rasa macam tak nak keluar langsung. Hahaha. Semua ada dalam hotel! Hotel ni bukan sahaja ada pemandangan bandar KL yang cantik, tapi juga ada water park yang memang best untuk anak-anak.
Bayangkan, kalau aku bercuti kat sini, tak payah nak susah-susah fikir nak keluar cari tempat makan, shopping, atau aktiviti lain. Semua ada dalam satu tempat! Ada pools besar, restoran yang sedap, dan banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dibuat dalam hotel tu. Shopping pun boleh sebab ada mall berdekatan. Kalau nak keluar pun, paling jauh pun boleh pergi ke KLCC je, jalan-jalan cuci mata sambil tengok pemandangan.
Untuk harga, 4 Points Sheraton KL ni memang agak mahal sikit, dalam RM700 hingga RM800 semalam. Tapi bagi aku, berbaloi sangat! Tempat cantik, kemudahan lengkap, dan paling penting, tak payah bergerak ke mana-mana. Semuanya dalam satu hotel! Anak-anak pun suka sebab ada water park. Aku pun boleh relax di tepi kolam sambil menikmati suasana. Memang perfect untuk percutian yang santai!
Baca juga - Kuantan: Destinasi Wajib Singgah dengan Pelbagai Tempat Menarik
Percutian Impian 2: Camping Bersama Kawan-Kawan
Selain staycation, ada juga percutian impian aku yang lebih adventurous sikit. Tapi kali ni, aku nak bercuti dengan kawan-kawan. Aku selalu impikan nak buat percutian camping di tengah hutan, pacak khemah, masak-masak, dan healing sambil menikmati keindahan alam. Kalau pergi camping ni, memang seronok bila pergi dengan kawan-kawan sebab boleh buat aktiviti bersama, macam memasak secara manual, barbeku, dan berbual sampai malam.
Bagi aku, camping ni adalah cara terbaik untuk disconnect dari kehidupan seharian yang sibuk dan bersama-sama dengan kawan-kawan dalam suasana yang lebih santai dan tenang. Bayangkan, duduk tepi sungai, dengar bunyi air mengalir sambil makan makanan yang dimasak sendiri, dan tidur di dalam khemah yang dikelilingi oleh alam semula jadi. Paling penting, tak ada gangguan daripada internet atau telefon, jadi kita boleh betul-betul berhubung dengan kawan-kawan dan menikmati masa bersama.
Kalau ikutkan, aku rasa kalau camping ni lebih syok kalau pergi dengan kawan-kawan daripada pergi dengan keluarga. Boleh la buat aktiviti seronok, gelak-gelak, dan healing tanpa fikirkan hal lain. Hutan dan sungai jadi latar belakang, dan kita semua jadi lebih dekat dan relaks.
Bagi aku, kedua-dua jenis percutian ni memang menarik dengan cara yang berbeza. Kadang-kadang kita perlukan percutian yang santai dan kadang-kadang kita perlukan percutian yang lebih berani dan adventurous. Apa pun, yang penting adalah dapat meluangkan masa berkualiti, sama ada dengan keluarga atau kawan-kawan.
Baca juga - A Memorable Family Trip to Kuala Lumpur: 3 Days, 2 Nights of Fun
Apa Percutian Idaman Korang?
Sekarang, aku nak tanya, apa pulak percutian idaman korang? Adakah korang suka jenis percutian yang santai macam aku, atau lebih suka percutian yang penuh dengan aktiviti lasak dan adventure? Kalau korang ada impian percutian yang menarik, jangan lupa kongsi dengan aku di ruangan komen!
Enjoy...!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan