25.1.25

Aku Tak Kena Tol, Tapi Ini Berita Baik untuk Korang! - Diskaun Tol sempena CNY

Tadi aku ada dapat info menarik yang mungkin berguna untuk korang yang nak balik kampung atau jalan-jalan sempena cuti Tahun Baru Cina nanti. Ada diskaun 50% untuk tol di semua lebuh raya seluruh Malaysia! Tapi, untuk Bangunan Sultan Iskandar dan Tanjung Kupang, diskaun ni tak termasuk ya sebab itu kawasan berdekatan sempadan.

Diskaun ni akan bermula dari pukul 12.01 pagi pada 27 Januari (Isnin) hingga pukul 11.59 malam 28 Januari (Selasa). Khas untuk kenderaan Kelas 1 je, jadi kalau korang guna kereta, memang boleh jimat banyak untuk perjalanan.

Aku rasa ini peluang baik untuk kita rancang perjalanan awal dan kurangkan bajet tol sambil meraikan perayaan. Lagipun, sejak tahun lepas, kerajaan dah umumkan tol percuma masa perayaan dah tak ada, jadi diskaun ni satu inisiatif baru yang patut kita manfaatkan.

Baca juga - Balik Kampung ke Pasir Gudang dan Kejutan Tol Percuma

Tapi cerita dia, aku balik kampung tak guna tol pun sebab perjalanan aku dari Kuantan ke Batu Pahat tak de tol. Hehe, tol berbayar ke tak, memang tak beri kesan langsung kat aku. Walaupun aku tak terlibat, aku rasa info ni berguna untuk korang yang rancang balik kampung jauh atau jalan-jalan. Jimat tol, kan seronok!

Jadi, untuk korang yang ada rancangan jalan jauh, save the date dan jom gunakan diskaun ni! Jangan lupa rancang perjalanan awal dan drive dengan selamat! 😊

Enjoy...!!!

8 ulasan:

  1. Sekejab takde diskaun, sekejab ada.. Macam biskut juga.. Hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, macam main tarik tali pula kadang-kadang. 😄

      Padam
  2. Berita baik ni ..selamat merancang perjalanan balik kampung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu! Berita baik macam ni memang memudahkan perjalanan balik kampung. Selamat merancang dan semoga semuanya dipermudahkan. Drive safe!

      Padam
  3. Alhamdulillah.. Dpt juga 50%

    BalasPadam
  4. Nanti adalah pengumuman tol gratis tu

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com