Khamis dan Jumaat lepas, aku dan keluarga mertua ambil peluang bercuti ke Sugeh Resort, Janda Baik—resort milik Dato' Aliff Syukri. Rumah yang kami tempah dilengkapi private pool, jadi semua teruja untuk mandi sepuasnya dari siang sampai ke malam, malah ada yang sambung pagi! Kami memulakan perjalanan dengan makan tengah hari di Restoran Ladang Kopi sebelum check-in. Sambil menikmati hidangan, kami sempat berjumpa saudara yang tinggal berdekatan.
OOTD depan restorant. Baju aku terpaling tak ikut tema. Huhu |
Sebaik tiba di resort, budak-budak jadi paling bersemangat untuk rasmi kolam. Orang dewasa pula sibuk dengan tugasan masing-masing—ada yang mengemas dapur, sediakan peralatan BBQ, dan susun barang-barang. Lepas semua selesai, kami berkumpul di kolam, beraksi penuh gaya. Siap ada perlumbaan berenang dan pertandingan terjun air paling bergaya. Suasana meriah dan penuh gelak tawa!
Family foto tanda hadir |
Mandi pool ramai-ramai |
Malamnya, kaum lelaki mula bakar ayam dan kambing untuk BBQ. Sedikit "drama" berlaku bila arang lambat menyala, mungkin sebab waktu bakar tu masuk waktu Maghrib. Ataupun kitorang yang tak pro nak hidupkan arang. Hehehe. Tapi akhirnya, semuanya berjaya, dan hidangan BBQ disiapkan dengan sempurna. Kami makan malam ramai-ramai, sambil borak santai dan gelak sampai lupa waktu. Gelak tawa dan gurau senda masing-masing sangat menggamit suasana.
BBQ onzzz |
Setel makan, masing-masing penat. Tapi tidak ya bagi budak-budak. ada yang sambung mandi lagi sampai la tengah malam termasuk anak-anak aku. Ni kalau aku biarkan maunye sampai esok paginya.
Baca juga - Layan Healing dengan Family di Sungai Lurus, Senggarang
Keesokan paginya, selepas sarapan bersama, masing-masing sambung mandi untuk kali terakhir sebelum check-out. Kami sempat bergambar sekitar resort yang cantik, dengan tasik, trampolin, dan spot OOTD yang menarik. Yang paling best, Sugeh Resort ada tawarkan tudung percuma dari koleksi Datin Saida jika buat Google review. Lagi banyak akaun Google, lagi banyak tudung boleh dapat—memang berbaloi!
Jom layan gambar OOT kitorang kat resort ni.
Mak dengan Ayah mertua aku yang terpaling sweet |
Percutian santai ni sangat menyeronokkan, penuh kenangan indah bersama keluarga. Insya-Allah, kami plan lagi percutian sebegini pada masa akan datang.
Enjoy...!!!
Seronok dapat berkumpul ramai-ramai bersama keluarga.
BalasPadamPs: ramai jumpa janda? Hehe..
Hehe, seronok sangat memang tak terasa masa berlalu bila ramai-ramai.
PadamPs: Janda yang ni memang terbaik sebab ada banyak aktiviti seronok! 😜
Alhamdulillah.. kenangan manis 😊😊😊
BalasPadamAlhamdulillah...
PadamSeronok kalau dapat buat family day dekat sini . Berkumpul ramai² kan .. enjoyyy !
BalasPadam"Memang tempat ni sesuai sangat untuk family day! Bila dapat berkumpul ramai-ramai macam ni, confirm tambah erat hubungan. 😍 Jangan lupa plan awal, boleh buat aktiviti best-best sekali. Enjoyyyy!"
PadamRessort untuk orang2 kaya ni
BalasPadamalaa wak ni.. mana ade.. Kongsi2 sama-sama. huhuhuh
Padambest berkumpul bercuti ramai2 camni. meriah. saya dan adik blm plan thn ni nak bercuti kemana.
BalasPadamMemang seronok bila ramai-ramai bercuti, suasana jadi lebih meriah! 😊 Harapnya tahun ni awak dan adik dapat plan sesuatu yang menarik. Kadang-kadang trip last minute pun lagi seronok sebab lebih spontan. Cubalah.!
Padam