Alhamdulillah, akhirnya selesai juga mesyuarat AJK Masjid An-Nur kali pertama bagi tahun 2025. Kalau korang nak tahu, hari ni memang penuh dengan agenda dan perbincangan penting. Bayangkan, mesyuarat start pukul 8.30 pagi dan habis dekat pukul 1 tengah hari. Nasib baik siap sebelum Zuhur. Kalau tak, mau sambung sesi petang, aduhhh boleh lenguh duduk lama!
Bendahari sedang fokus. Hehehe |
Barisan AJK & pegawai masjid |
Sebagai Bendahari Masjid, aku macam biasa lah, kena bentang laporan kewangan untuk tahun 2024. Serius, moment ni memang setiap tahun buat aku nervous. Fikirannya, bukan senang nak explain dengan jelas perjalanan kewangan masjid kepada semua AJK. Tapi alhamdulillah, tahun ni semua terima laporan aku tanpa ada pindaan. Fuhhh, lega hati kita wak! Aku memang rasa puas hati bila tengok semua orang faham apa yang aku bentangkan. Good job, Faizal! (Eh, kena puji diri sendiri sikit, kan? Hehe.)
Lepas selesai bab kewangan, kami terus bincang hal-hal lain. Antara yang jadi highlight ialah:
-
Takwim Program Pengimarahan MasjidBanyak program menarik yang dirancang untuk separuh pertama tahun 2025. Harapnya semua ini dapat melibatkan lebih ramai jemaah untuk memakmurkan masjid.
-
Persediaan RamadanBulan suci semakin dekat, jadi topik ni memang jadi tumpuan utama. Kami bincang pasal jadual berbuka, moreh, imam jemputan tarawih, dan aktiviti-aktiviti sepanjang Ramadan nanti. Moga semuanya berjalan lancar, inshaAllah.
-
Isu-Isu BerbangkitAda juga perbincangan tentang van jenazah, projek pembangunan masjid baru, dan beberapa perkara lain yang penting untuk kebajikan jemaah.
Aku harap hasil dari mesyuarat hari ni dapat jadi panduan untuk kami semua, terutama dalam mengimarahkan lagi Masjid An-Nur ni. InshaAllah, dengan kerjasama semua AJK, segala yang dirancang akan tercapai.
Haa, korang pula macam mana? Kalau korang AJK kat mana-mana organisasi, apa benda paling mencabar bagi korang waktu meeting? Meh share kat komen. 😊
Enjoy...!!!
Bab duit ni memang ramai yang ambil perhatian.
BalasPadamSyukur laporan kewangan diterima
Alhamdulillah.. (^_^)v
PadamBesar tanggungjawab bendahari tu sebab Cuya pernah jadi Bendahari. Dengan kita takde orang guide, terpaksa berdiri atas kaki sendiri. Susah dan mencabar tapi itu semuanya pengalaman untuk hari mendatang. Bab duit ni jangan main-main, bahaya wohhh . risauuuu Amanah besar
BalasPadamkan. amanah yg besar. silap sikit mula menggagau cari punca kat mana salah kira.
Padam