15.1.25

BASF Petronas Event - Digital Discovery Roadshow: Level Up Your Digital Skill!

Hari ini, kilang kami meriah dengan satu event yang lain daripada biasa—Digital Discovery Roadshow! Acara ini dianjurkan oleh IT department, bertujuan untuk memberi kesedaran kepada staf tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang mereka tawarkan. Bila dengar ada booth-booth interaktif, aktiviti fun, dan goodies, memang aku tak lepaskan peluang untuk join.

Acara bermula tepat jam 10 pagi dan berlangsung hingga 1 tengah hari. Awal-awal lagi, suasana dah mula meriah dengan staf yang excited nak explore booth-booth kecil yang telah disediakan. Tema kali ini sangat menarik: Empower Yourself: Level Up Your Digital Skill. Dengan tema ni, mesej yang nak disampaikan jelas—kita boleh jadi lebih independent untuk handle isu-isu teknikal ringan tanpa terlalu bergantung pada IT.

Aku mulakan dengan melawat booth pertama yang memperkenalkan salah satu AI tool yang dibangunkan oleh BASF sendiri. Ala-ala macam ChatGPT, tapi versi yang lebih selamat kerana ia direka khusus untuk kegunaan dalaman. Aku sempat cuba aplikasi tu, dan ternyata sangat user-friendly. Contohnya, kalau kita nak troubleshoot komputer atau reset password, AI tool ni boleh guide kita langkah demi langkah. Bayangkan kalau semua orang boleh guna tools macam ni—kerja jadi lebih mudah, masa pun tak terbazir!

Booth lain juga tak kurang menariknya. Ada sesi penerangan tentang tips dan tricks dalam penggunaan aplikasi syarikat, dan tak lupa juga aktiviti interaktif seperti kuiz digital, puzzle, dan beberapa permainan menarik. Siap ada staf yang bersorak bila berjaya habiskan cabaran puzzle dalam masa yang singkat!

Baca juga - Kids Lab - Magis di Open Day BASF PETRONAS Chemical 2024

Yang paling aku tunggu-tunggu sudah tentu lucky draw dan goodies. Alhamdulillah, rezeki aku hari ni memang berganda—aku berjaya dapat dua hadiah lucky draw! Antara hadiah yang aku bawa balik ialah power bank, mouse pad, multifunction brush, dan beberapa jajan yang comel. Hadiahnya mungkin nampak simple, tapi sangat berguna dan menyeronokkan bila dapat di tempat kerja.



Secara keseluruhan, event hari ni memang seronok dan informatif. Aku rasa, usaha IT department untuk mendekatkan perkhidmatan mereka dengan staf-staf lain sangat berkesan. Bukan sahaja kita dapat belajar perkara baru, tapi juga sedar betapa pentingnya untuk terus belajar dan “level up” kemahiran digital kita.

Balik kerja nanti, aku dah plan nak explore lebih banyak tentang AI tool tu. Siapa tahu, lepas ni aku jadi orang pertama yang tak perlu call IT department lagi bila ada masalah teknikal kecil! 😄

Ada sesiapa lagi yang join event macam ni di tempat kerja korang? Apa goodies atau hadiah menarik yang korang pernah dapat? Share pengalaman korang di ruangan komen! 😊

Enjoy...!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com