Awal tahun 2024, aku dan keluarga sempat bercuti di Kuala Lumpur. Kami check-in di Concorde Hotel, dan masa tu aku perasan sesuatu yang menarik. Dekat satu sudut bilik hotel, ada mesej tentang “sustainability.” Antaranya, hotel tu menggalakkan tetamu untuk guna semula tuala yang dah dipakai semalam supaya housekeeper tak perlu cuci banyak kali. Katanya, ini boleh kurangkan penggunaan sabun dan air, sekaligus lebih mesra alam. Barang-barang lain pun tak kurang menarik – berus gigi, sabun, selipar, semuanya dari bahan mesra alam.
Baca juga - Pengalaman Seronok Bercuti di Kuala Lumpur Bersama Keluarga
Lepas tu, aku teringat pernah nampak Grab juga buat kempen tentang sustainability ni. Mereka highlight usaha untuk mengurangkan carbon footprint, termasuk carpooling dan penggunaan kenderaan elektrik.
Kemuncaknya, hujung tahun lepas, company aku buat team building kat Manggala Resort. Kat situ, mereka juga try untuk implement sustainability ni. Dari pengurusan air hingga penggunaan sumber tenaga, semua nampak tersusun dan berorientasikan alam sekitar.
Jadi, aku tertanya-tanya – apa sebenarnya benda yang semua ni cuba capai? Aku pun mula buat sedikit pembacaan, dan masa ni baru aku jumpa istilah SDG atau Sustainable Development Goals.
Apa Itu SDG?
SDG adalah 17 matlamat global yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memastikan pembangunan dunia berjalan secara mampan. Matlamat-matlamat ini meliputi pelbagai aspek, termasuk:
- Menghapuskan kemiskinan
- Memastikan pendidikan berkualiti
- Melindungi alam sekitar
- Mengambil tindakan terhadap perubahan iklim
Apa yang menarik, SDG bukan hanya tentang alam sekitar. Ia sebenarnya berasaskan tiga tonggak utama:
-
SosialBagaimana sesebuah organisasi memberi kesan kepada masyarakat, termasuk kebajikan pekerja, komuniti setempat, dan isu kesaksamaan.
-
Keuntungan (Profit)Keuntungan perlu dicapai secara mampan, tanpa menjejaskan generasi masa depan.
-
Alam Sekitar (Environment)Fokus pada pengurangan pencemaran, penggunaan tenaga boleh diperbaharui, dan pengurusan sumber dengan lebih baik.
Cabaran dan Peluang di Bawah SDG
Dalam usaha mencapai matlamat SDG ni, aku belajar bahawa ia bukan tugas mudah. Ada banyak cabaran yang perlu diatasi bersama:
- Bagaimana nak imbangi keuntungan syarikat dengan menjaga kebajikan pekerja dan komuniti.
- Cara mengurangkan carbon footprint tanpa menjejaskan produktiviti.
- Peranan individu dalam menyumbang kepada perubahan positif.
Namun, di sebalik cabaran, SDG juga membuka peluang besar untuk kreativiti dan inovasi. Contohnya:
- Penerapan teknologi hijau seperti tenaga solar.
- Projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang berimpak jangka panjang.
Kesimpulan
Rasanya banyak lagi tentang SDG ni yang aku perlu tahu demi kelestarian masa hadapan. Pengalaman aku di Concorde Hotel, Grab, dan Manggala Resort membuka mata tentang pentingnya kelestarian. Aku sedar, usaha kecil seperti guna semula tuala di hotel atau naik carpool sebenarnya boleh memberi impak besar bila dilakukan secara kolektif.
Baca juga - Cerita Santai: Team Building BPC SHQ di Manggala Resort, Kuantan 2024
SDG adalah visi untuk dunia yang lebih baik – untuk kita, untuk anak-anak kita, dan untuk generasi akan datang. Jadi, tak kiralah sekecil mana pun usaha kita, semuanya memberi makna.
Jom sama-sama sokong pembangunan yang lebin sustainability ni. Yeah...!
Enjoy...!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan