7.1.25

Report, Audit, dan Amanah: Cerita Awal Tahun 2025

Awal tahun memang masa sibuk untuk kebanyakan kita, terutama kalau memegang tanggungjawab dalam satu organisasi. Sebagai bendahari, tugas pertama aku untuk tahun baru ni ialah menyediakan laporan kewangan bagi tahun 2024. Nak buat laporan ni bukan sekadar tulis-tulis nombor, tapi perlu cukup terperinci, sebab nanti kena bentang masa mesyuarat AJK.

Sebelum sampai tahap mesyuarat, ada satu "boss level" yang perlu aku hadapi dulu – juruaudit dalaman. Ini bahagian yang aku paling kurang gemar. Serius, siapa je yang suka diaudit, kan? Tapi sebagai amanah yang telah diberikan, aku tetap kena buat dengan sebaik mungkin. Benda-benda macam ni, walaupun nampak remeh, sebenarnya melibatkan tanggungjawab besar. Duit masjid ni bukan main-main, kena telus dan jujur.

Baca juga - Pengalaman Jadi Bendahari Masjid: Antara Amanah, Cabaran, dan Pembelajaran

Prosesnya pula, aku biasanya ambil masa seminggu. Banyak langkah yang perlu dilalui: kemas kini akaun, semak semula resit dan dokumen, pindahkan data dari Excel, dan jadikan semua tu dalam bentuk graf dan grafik yang menarik dan mudah difahami. Ini bukan sekadar untuk auditor faham, tapi juga untuk AJK yang pelbagai latar belakang. Kadang-kadang, aku sendiri pening tengok nombor dan resit-resit ni, apatah lagi orang lain.

Pengalaman aku selama lima tahun sebagai bendahari masjid ni memang banyak mengajar. Walaupun setiap kali musim audit ni rasa macam nak elak je, aku tahu ini tanggungjawab yang perlu disempurnakan. Doakan aku berjaya untuk kali ni! Lepas semua selesai, bolehlah aku tarik nafas lega sekejap sebelum kembali di audit untuk setiap 6 bulan.

Korang yang baca ni, macam mana awal tahun korang? Sibuk jugak ke? Jom kongsi cerita, sebab kadang-kadang bila kita tahu orang lain pun sama sibuk, rasa penat tu jadi lebih ringan.

Enjoy...!!!

2 ulasan:

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com