Pernah tak korang rasa pelik bila cuba makanan yang korang tak biasa makan? Macam aku dulu, orang Johor, pertama kali jejak ke Kuantan, dah kena terima satu pengalaman baru – karipap inti ikan! Kalau kat Johor, karipap biasa dengan inti kentang je kan? Tiba-tiba datang Kuantan, jumpa karipap inti ikan. Bila nampak, macam "Eh, peliknya!", tapi disebabkan nak cuba benda baru, aku pun cubalah.
Waktu pertama kali makan tu, aku agak terkejut jugak. Inti ikan? Seriously? Sebab biasanya karipap kan penuh dengan kentang yang lembut dan berempah. Tapi bila gigit karipap inti ikan, rasa dia tak terduga. Ikan tu memang sedap, berperisa, dan lebih ringan dari kentang. Walaupun pelik pada mulanya, lama-lama aku boleh terima. Rasa unik, tapi sedap juga rupanya!
Kat Johor pun ade karipap yang pelik. Karipap mee hoon. Tapi bila aku cerita kat diorang tentang karipap inti mee hoon yang ada kat Johor, member-member aku yang duduk kuantan ni pun jadi pelik! Betul lah kata orang, setiap tempat ada makanan yang pelik dan tersendiri. Tak ada yang betul atau salah, cuma cara kita adapt je dengan makanan tempatan.
Baca juga - Kuantan: Destinasi Wajib Singgah dengan Pelbagai Tempat Menarik
So, bila fikir balik, memang menarik kalau kita cuba makanan yang tak biasa, sebab kat situ lah kita belajar tentang budaya tempat tu. Sekarang ni, karipap inti ikan dah jadi antara makanan kegemaran aku setiap kali balik Kuantan. Huhuh!
Enjoy...!!!
Pernah cuba sekali makan karipap inti ikan ni. Itupun kawan yang bawa. Kalau di tempat akak bukan sahaja inti keledek, inti sardin la macam-macam ada. Lepas tu di utara ni inti kentang lada hitam pun ada. Kita biasa makan inti kentang/keledek berempah kari . Betul kena adapt dengan tempat kita berada.
BalasPadamMenariknya karipap ada pelbagai inti ikut tempat! Inti kentang lada hitam tu pun macam menarik nak cuba. Memang betul, makanan ni ikut budaya dan selera setempat. Seronok dapat rasa kelainan!
PadamSalam kenal & salam ziarah PG :)
BalasPadamTq singgah blog PH.
Pernah makan karipap inti ikan ni, tak silap belah² Ganu sana terkenal dgn karipap inti ikan ni...
Waalaikumsalam & salam ziarah kembali! 😊 Betul tu, karipap inti ikan memang terkenal di Terengganu. Rasanya unik dan lain dari yang biasa kita makan. Seronok dapat belajar macam-macam jenis makanan tradisi dari tempat berbeza. Terima kasih juga sudi singgah blog saya!
Padamhaha memang banyak yang tak sama kan antara negeri di Malaysia ni, kadang-kadang pelik tapi bila dah try eh sedap lak :)
BalasPadamBetul tu, seronok sebenarnya tengok perbezaan antara negeri ni. Kadang-kadang apa yang pelik pada kita rupanya jadi kegemaran orang lain. Tapi bila dah cuba, terus jatuh cinta dengan rasanya! Uniknya Malaysia kan?
PadamKaripap inti bihun tu kalau di Sabah di panggil pastil. Kiranya kuih tradisi masyarakat Bajau / Suluk di tempat kami.
BalasPadamowhh kat sabah pun ada ya. Ingat kat johor je.
Padam