6.1.25

My QC Life: 12 Tahun Dalam Lab

Selama 12 tahun aku bekerja dalam bidang QC, makmal telah menjadi dunia aku. Ada orang bertanya, "Tak bosan ke duduk kat lab?" Jawapannya? Bosan atau tidak, itulah sumber rezeki. Hidup ini tak semudah yang disangka, die keras bang.! Tapi aku percaya setiap usaha ada ganjarannya.

Belajar Tak Pernah Rugi

Ramai orang kata apa yang kita belajar di universiti jarang digunakan dalam pekerjaan. Tapi aku tak rasa begitu. Apa yang aku pelajari, terutamanya chemistry knowlede yang aku belajar dulu, banyak membantu aku dalam tugas harian. Dari zaman diploma ke ijazah, enam tahun hidup aku kat makmal, dan ilmu itu terus berguna hingga ke hari ini.

Dulu Lain Sekarang Lain

Awal-awal kerja dulu, tugas aku lebih fokus kerja-kerja direct dalam makmal. Fokus aku hanya buat testing dan pastikan hasilnya tepat. Tapi sekarang, perjalanan kerja aku dah berubah. Sebagai salah seorang dalam team management, cabarannya lebih besar.

Baca juga - Cerita Santai: Team Building BPC SHQ di Manggala Resort, Kuantan 2024

Aku kene jadi so called team leader dalam team aku, untuk make sure semua berjalan lancar. Selain itu, aku lebih banyak berurusan dengan department lain, transfer maklumat, menjawab soalan-soalan orang, jawab complaint, dan menyelesaikan isu-isu yang timbul. Komunikasi dan arrangemnet jadi kunci, dan aku perlu memastikan semuanya in place. Gituuuu.

Paper Work

Jujurnya, bidang pengurusan banyak melibatkan paper work. Tapi itu sebahagian daripada tanggungjawab. Dari buat report sampailah nak make sure apa yang kita buat tu dipatuhi, aku belajar menjadi lebih sistematik dan fokus. Kadang-kadang, aku rasa tekanan, tapi aku percaya, "Kalau tak boleh handle sendiri, minta la bantuan orang lain."

QC: Lebih Dari Sekadar Kerja

Hidup aku kat makmal bukan tentang buat testing je. Ia juga tentang pengalaman, pembelajaran, dan membina hubungan dengan team dan department lain. QC bukan sekadar kerja, ia adalah sebahagian daripada hidup aku.

Biarpun ada hari-hari yang sukar, aku tetap cintakan apa yang aku lakukan. Aku percaya setiap cabaran adalah peluang untuk berkembang.

QC is my life, and I love it!

Enjoy...!!!

4 ulasan:

  1. Bila dekat bahagian pengurusan nie.. Kita lagi pening.. Tapi, tak boleh lah setiap hari sama.. Tak thrill lah... Hihihi..
    Semoga terus maju jaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu. die punya thrill tu tak jangka. hari ni issue lain. setel issu ni. datang pulak issue lain yang tak pernah kita hadap. nak buat macam mana kan. kita dibayar untuk itu. hahah

      Padam
  2. Bila kita kerja dengan apa kita suka dan cinta, inshaAllah semua akan menjadi mudah bukan? Cuya doakan encik dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Aamin :)

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com