7.1.25

Belajar Memaafkan dari Anak-Anak

Sebagai ayah, aku selalu kagum dengan hati anak-anak. Walaupun mereka kecil, jiwa mereka besar – lebih besar dari kita yang dewasa ni. Kadang-kadang, dalam sibuk menguruskan hidup, aku belajar sesuatu yang penting dari mereka, terutama tentang memaafkan.

Ada satu malam tu aku terlepas marah dengan diorang. Masa tu, anak-anak pula tengah aktif – berlari ke sana sini, bergaduh sikit-sikit, dan minta perhatian tanpa henti. Aku cuba sabar, tapi akhirnya aku meletus juga. Suara aku naik, lebih tinggi dari yang sepatutnya. Mereka semua terdiam, wajah kecil mereka penuh rasa bersalah.

Yang buat aku tersentuh ialah, tak lama lepas tu, mereka datang pada aku, senyum, dan peluk aku macam tak ada apa-apa yang berlaku. Husna minta aku tolong dia buat kerja sekolah, Imtiyaz tunjuk lukisan dia, dan yang kecil sekali, datang duduk di pangkuan aku, tanya, “Ayah sayang adik, kan?”

Baca juga - Reset Rumah, Reset Jiwa: Kemas Rumah dengan Anak-anak

Anak-anak ajar aku satu perkara penting – memaafkan dengan sepenuh hati dan bergerak ke hadapan. Kita yang dewasa ni selalu sukar nak buat macam tu. Bila marah atau terasa hati, kita simpan. Kadang-kadang dendam, kadang-kadang kita putus hubungan. Tapi anak-anak, mereka tak ada dinding dalam hati mereka. Mereka mudah memaafkan, sebab mereka hanya tahu sayang.Mereka mengingatkan aku bahawa memaafkan adalah kunci untuk hidup dengan hati yang lebih tenang.

Sejak itu, aku cuba belajar dari mereka – jangan biarkan amarah atau dendam membebankan hati. Kalau anak-anak boleh memaafkan kita, kenapa kita tak boleh? Insyallah.

Enjoy...!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com