Sebagai seseorang yang pernah aktif hiking sekitar Kuantan, aku nak kongsikan beberapa tempat menarik untuk korang yang mungkin baru nak mula, atau sekadar mencari idea tempat hiking. Kuantan memang kaya dengan lokasi hiking yang sesuai untuk pelbagai peringkat kecergasan. Berikut adalah tiga tempat kegemaran aku yang kerap aku lawati dahulu:
1. Bukit Pelindung
Bukit Pelindung adalah antara tempat hiking paling popular di Kuantan. Trek di sini tidak terlalu mencabar, jadi sesuai untuk beginner atau mereka yang mencari aktiviti santai. Korang boleh pilih sama ada nak ikut trek jalan tar atau trek hutan. Petang dan hujung minggu biasanya agak ramai orang, jadi suasana meriah dan selamat untuk hiking.
Jom tonton video aku hiking kat bukit pelindung.
2. Bukit Panorama
Kalau korang nak pengalaman unik, Bukit Panorama di Sungai Lembing adalah pilihan terbaik. Trek ini bertangga, dan kebanyakan orang datang ke sini untuk menikmati pemandangan matahari terbit. Hiking perlu dimulakan selepas Subuh, jadi korang akan mendaki dalam suasana gelap menggunakan lampu suluh. Perjalanan ke puncak biasanya mengambil masa sekitar sejam. Penat lelah korang akan terbayar dengan keindahan sunrise yang memukau.
Sumber: visitmalaysia.com |
Sumber: jommoutdoor.com |
3. Air Terjun Pelangi
Tempat ini adalah satu lagi lokasi ikonik di Kuantan. Air Terjun Pelangi terkenal dengan fenomena pelangi yang muncul di sekitar air terjun kerana pembiasan cahaya matahari. Untuk sampai ke sini, korang perlu menaiki 4WD dari kawasan bawah, kemudian sambung hiking sedikit. Trek ini lebih mencabar tetapi sangat berbaloi. Waktu terbaik untuk sampai ialah sekitar jam 11 pagi, bila matahari cukup tinggi untuk menghasilkan efek pelangi.
Tempat Hiking Lain di Kuantan
Selain tiga tempat di atas, ada banyak lagi lokasi hiking menarik yang boleh korang cuba:
- Tanjung Tembeling
- Bukit Galing
- Old Dam Waterfall Loop via Taman Polo
- Sekilau Falls
- Bukit Rangin
- Bukit Tokki - Bukit Kecil
Setiap tempat ini ada keistimewaannya sendiri. Sama ada korang nak trek mencabar atau pengalaman santai, Kuantan memang ada semuanya.
Mungkin perkongsian ini boleh jadi motivasi untuk aku (dan korang) kembali aktif hiking. Jom sama-sama mulakan langkah kecil untuk kekal sihat dan menikmati keindahan alam sekitar! Kalau korang ada cadangan tempat lain atau pengalaman menarik, jangan lupa kongsikan di ruangan komen.
Tag: #HikingKuantan #BukitPelindung #BukitPanorama #AirTerjunPelangi #AktifKembali #NatureLovers
Enjoy...!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan