13.1.25

Cuti sekolah tak lama lagi kan? Jom Join Program KASEH

So, aku nak share satu program best yang akan berlangsung kat masjid taman aku ni. Kami sedang merancang Kem Anak Soleh (KASEH), sebuah program yang aku rasa sangat bermakna untuk anak-anak. KASEH ni gabungan antara aktiviti keagamaan, pembentukan jati diri, dan pengalaman bermalam di masjid. Aku sendiri rasa program ni special sebab ia bukan sekadar kem biasa—pelbagai slot menarik telah disusun rapi untuk anak-anak kita.

Bila tengok je lineup aktiviti, serius aku pula yang rasa teruja! Ada modul asas wudu’ dan solat bestari, explorace minda, qiamullail, sesi motivasi, dan persembahan daie cilik. Semua ni dirancang untuk beri pengalaman menyeronokkan sambil mendidik anak-anak dengan nilai Islam yang kukuh.

Program ni sebenarnya hasil kerjasama antara AJK masjid kami dengan konsultan bertauliah yang berpengalaman dalam mengendalikan program seperti ini. Sebagai salah seorang AJK pelaksana, aku bangga dapat terlibat dari awal hingga akhir. Tapi dalam masa yang sama, aku juga harap semuanya berjalan lancar. Doakan ya, korang!

Baca juga - A Memorable Family Trip to Kuala Lumpur: 3 Days, 2 Nights of Fun

Kalau korang duduk sekitar Kuantan dan sedang cari program cuti sekolah yang berfaedah untuk anak-anak, aku sarankan hantar mereka join KASEH ni. Tak perlu risau, sebab segala persiapan dah dibuat dengan rapi, dari makanan sampai fasilitator. Kalau berminat, korang boleh je contact aku—nanti aku bantu uruskan pendaftaran.

InshaAllah, semoga program ni berjaya mencipta kenangan manis untuk anak-anak dan jadi titik permulaan yang baik untuk mereka lebih dekat dengan Islam. Amiin! 😊

Enjoy...!!!

4 ulasan:

  1. jauh nya kuantan. terima kasih share. mungkin ibu2 di kuantan berminat denan program macam ni untuk anak anak mereka

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyallah. doakan program berjalan lancar. amiin

      Padam
  2. terima kasih atas perkongsian ;)

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com