Baru-baru ini, aku terbaca tentang pelancaran logo rasmi Visit Malaysia 2026 di media sosial. Acara itu dirasmikan oleh Perdana Menteri kita, Dato’ Sri Anwar Ibrahim, dan walaupun aku tak menghadiri majlis tersebut, aku tetap teruja dengan berita dan visual yang dikongsi ramai di platform media.
Logo Visit Malaysia 2026 yang baru dilancarkan memang mencuri perhatian aku. Dengan reka bentuk bermotifkan batik, logo itu melambangkan keindahan budaya Malaysia yang kaya, keunikan alam semula jadi kita, dan daya tarikan negara sebagai destinasi global. Batik, yang menjadi elemen utama logo itu, seperti mengirimkan mesej bahawa Malaysia bersedia menyambut pelancong dari seluruh dunia dengan kehangatan dan keindahan tradisi kita.
Selain itu, aku juga sempat menonton sedutan pelancaran lagu tema Visit Malaysia 2026 di media sosial. Lagu bertajuk Surreal Experiences ini pertama kali dimainkan semasa acara tersebut, dan selepas mendengarnya, aku terus terngiang-ngiang dengan melodi dan liriknya. Lagu ini sangat indah, seolah-olah membawa pendengar mengembara merasai pengalaman unik yang hanya boleh ditemui di Malaysia – dari keindahan semula jadi hingga kemeriahan budaya.
Baca juga - Percutian Impian: Menginap di 4 Points Sheraton KL & Camping Bersama Kawan-Kawan
Aku baca di salah satu hantaran media sosial bahawa lagu ini akan menjadi elemen penting dalam kempen Visit Malaysia 2026, bertujuan menarik perhatian pelancong dari seluruh dunia. Aku rasa ia cukup kuat untuk mewakili tarikan negara kita.
Walaupun aku hanya mengikuti pelancaran ini dari jauh, aku tetap merasa bangga. Logo dan lagu tema ini bukan sekadar simbol, tetapi juga cerminan keunikan Malaysia. Aku yakin ia akan berjaya menarik lebih ramai pelancong untuk mengenali dan mencintai negara kita. Tak sabar rasanya nak melihat kempen ini berkembang menjelang 2026!
VM2026
Enjoy...!!!
Semoga lebih ramai pelancong datang melawat Malaysia menjelang 2026 nanti
BalasPadamInsyallah. dapat membantu ekonomi negara.
Padam