4.1.25

Tudung Jahit Tangan untuk Si Kakak Imtiyaz

Bila anak-anak dah mula sekolah, rasa nak buat sesuatu dengan tangan sendiri untuk mereka memang datang secara semula jadi. Kali ni, terlintas di fikiran, "Apa kata aku buatkan tudung sekolah KAFA untuk Imtiyaz?" Tudung mini yang comel, cukup sederhana, dan yang penting, hasil air tangan ayah die sendiri.

Aku taklah pro bab-bab menjahit ni. Tapi semangat tu ada! Jadi aku pun cari kain yang sesuai. Tak perlu mahal-mahal, yang penting selesa untuk si kakak. Lepas dah pilih kain, aku keluarkan gunting, jarum, benang, dan lebih penting, keberanian untuk mencuba!

Potong kain jadi bentuk yang diingini pun dah macam cabaran besar. Kadang-kadang potong senget sikit, tapi aku perbaiki sambil gelak sendiri. Lepas tu, aku mula menjahit tangan. Jahit sikit, tarik benang. Jahit lagi, sambil mengomel dalam hati, “Eh, macam tak lurus je ni? Tak apa, pakai pun tak nampak sangat nanti.”

Bab tepi kain tu, aku guna cara paling kreatif—bakar sikit dengan lilin! Bukan apa, supaya benang kain tak terburai. Dalam hati sempat fikir, “Harap tak terbakar terus tudung ni.” Nasib baik semua okay.

Baca juga - Eco Shop Hunting di Semambu: Aktiviti Santai dan Seronok!

Lepas habis jahit, aku tunjukkan hasil kepada Imtiyaz. Mata dia bersinar-sinar tengok tudung tu. Seronok betul dia nak cuba pakai. Bila dia sarung tudung tu dan tengok cermin, dia senyum lebar. “Cantik!” katanya. Alahai, cair hati kita waaaakkkkkk dengar pujian jujur tu.

Walaupun tudung ni tak sempurna macam yang beli di kedai, tapi puas hati sebab ada nilai sentimental. Aku rasa seronok bila tengok Imtiyaz gembira dengan tudung buatan tangan aku sendiri. Sekarang, tiap kali dia pergi KAFA, dia akan pakai tudung tu dengan bangga.

Boleh la buat "ada-ada," kan? Mana tahu lepas ni boleh upgrade skill menjahit. Tapi buat masa ni, cukup puas hati dengan karya sederhana ni. Kadang-kadang, benda yang kecil macam ni pun boleh jadi kenangan manis untuk kita dan anak-anak.

Enjoy...!!!

2 ulasan:

  1. Wah, hebat, bapak dapat jahit sendiri tudung anak. Jahit tangan pulak tu. Tahniah, jadi!

    BalasPadam
    Balasan
    1. alaa. jahit tegak biasa je ni.. tak sangka pulak menjadi..

      Padam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com