Kadang-kadang hidup ni kelakar juga. Tahun lepas aku terlibat dengan satu event besar we called it Eco Schools Green Science & Technology Carnival & GISPRO anjuran BASF PETRONAS Chemicals, kerjasama dengan Green Growth Asia Foundation (GGAF), UMPSA, dan disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Aku jadi part of the team yang handle aktiviti macam kids lab gitu la. Seronok bila tengok budak-budak excited dengan eksperimen-eksperimen sains yang kita siapkan. Masa tu, rasa puas dapat bawa sains dekat dengan dunia kanak-kanak.
Tapi tahun ni lain ceritanya....
Aku langsung tak terlibat dalam event ni. Tak jaga booth, tak angkat barang, tak sibuk rehearsal hari sebelumnya. Tapi guess what? Anak-anak aku dan bini aku pula yang join tahun ni!
Bebudak Sekolah Kebangsaan Beserah dengan cikgu-cikgu pengiring |
Khusyuk anak-anak aku dengan penerangan akak-akan kat booth lab |
Kakak-kakak kat booth sangat bersemangat bagi penerangan kat adik-adik |
Muka Aku Tak Ada, Tapi Genetik Aku Ada
Event tahun ni buat kat Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (Intek). Lebih 1,200 pelajar dari 108 sekolah seluruh Malaysia datang memeriahkan program ni. 88 sekolah bertanding dalam GISPRO, dan 20 sekolah tempatan join karnival. Macam biasa, suasana memang meriah. Penuh dengan booth, projek inovasi, aktiviti hands-on dan pameran dari pelbagai industri.
Anak-anak aku datang atas tiket jemputan sekolah, dan bini aku pula jadi guru pengiring. Diorang siap cerita balik macam mana suasana kat sana dengan penuh inspirasi dan happening. Anak aku seronok join aktiviti yang ada, bini aku pun impressed dengan semangat dan kreativiti pelajar-pelajar yang bawa projek inovasi berkaitan kelestarian alam sekitar.
Baca juga - Kids Lab - Magis di Open Day BASF PETRONAS Chemical 2024
Aku suka dengan mesej event ni. Ya, ia bukan sekadar untuk menang pertandingan, tapi lebih kepada nak pupuk minat terhadap sains dan teknologi, serta kesedaran menjaga alam sekitar. Inilah generasi yang bakal jadi pemimpin changemakers untuk masa depan kita.
Tahun Lepas Aku Jadi Crew, Tahun Ni Jadi Penonton Dari Jauh
Walaupun aku tak berada secara fizikal kat event tahun ni, tapi bila anak-anak balik rumah cerita dengan penuh semangat, siap tunjuk gambar dan cerita aktiviti satu-satu, rasa macam aku ada juga kat sana. Dalam hati aku cakap, "Tahun ni aku tak jaga kids lab, tapi kids aku sendiri yang jadi peserta. Fair enough."
![]() |
Team GISPRO 2024 |
Terpaling fokus |
Tahniah kepada semua sekolah yang terlibat, pelajar-pelajar yang bertanding dan yang datang melawat, guru-guru, dan semua rakan kolaborator yang menjayakan Eco Schools Green Science & Technology Carnival & GISPRO 2025. Semoga program macam ni terus subur dan berkembang di masa akan datang!
Enjoy...!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan