13.7.25

Weekend Paling Function. Ceritera Family, Standy Kerja dan Komuniti Masyarakat

Weekend kali ni memang lain macam. Kalau biasanya cuti hujung minggu aku lebih ke arah “slow life”, kali ni boleh dikatakan semua slot waktu dari pagi sampai malam penuh berisi. Penat memang penat, tapi puas. Betul-betul rasa function hidup.

Sabtu - Kakak Singgah Rumah, Ikan Patin & Misi Membungkus

Pagi Sabtu, kakak aku dari Johor singgah sekejap kat Kuantan. Dia sebenarnya dalam perjalanan dari Terengganu, jenguk anak dia kat UNiSZA menghala ke Johor. Tapi sempatlah singgah makan sama. Kami ajak pergi makan dekat Sedap Weyhh, port ikan patin yang memang padu kat sini.

Family akak aku singgah kejap


Ajak makan Sedap Weyhh

Lepas makan, kakak aku terus balik semula ke Johor. Aku dan family sambung hari dengan top up barang dapur kat TMG, kemudian terus ke Eco Shop cari barang-barang hadiah untuk program Awal Muharam dekat PASTI taman aku. Bini aku in charge bahagian protokol & hadiah. Kitorang team up cari, susun dan bungkus hadiah ramai-ramai.

Antara hadiah-hadiah hasil tangan kami

Sementara kami bungkus hadiah, anak-anak main air kat mini pool luar rumah. Biar diorang seronok dan tak kacau “team logistik” ni buat kerja. Hahaha.

korang main la situ diam-diam

Petang Sabtu - Masuk Office Sekejap

Petang tu aku pula kena masuk office, sebab minggu ni aku standby. Ada kerja urgent yang perlu diselesaikan walaupun hari Sabtu. Nasib baik tak lama sangat, settle semua dalam pukul 9 malam. Balik rumah terus dinner dan sambung aktiviti santai.

Malam - Netflix & Keajaiban Air Mata Wanita

Lepas makan malam, kami decide nak lepak dan tenangkan fikiran dengan Netflix time. Pilihan malam tu: Keajaiban Air Mata Wanita.

Cerita ni sebenarnya kisah tentang seorang isteri yang kehilangan suami. Bila suami meninggal, hidup dia terus berubah, emosi tak stabil, rasa kosong, dan hampir hilang arah. Tapi yang buat aku tersentuh, dia mula kembali dekatkan diri kepada Allah, dan dari situ semangat dia perlahan-lahan datang semula.

Cerita ni ringkas tapi dalam. Tak penuh drama meleret, tapi cukup menyentuh perasaan. Ada nilai ketaatan, kecekalan, dan bagaimana seorang wanita boleh bangkit bila bersandar sepenuhnya pada iman.

Ahad - Bubur Asyura, Anak-anak Mewarna & Audit Masjid

Hari Ahad pun tak kurang meriahnya. Isteri aku ke PASTI, sambung urus program awal Muharam yang dia uruskan.

Anak-anak ikut sekali, sebab ada aktiviti mewarna dan cabutan bertuah. Alhamdulillah dua-dua menang, balik rumah senyum lebar.

Menggalas tanggungjawab sebagai MC


Suasana pertandingan mewarna

MAsing-masing dapat hadiah. Alhamdulillah

Aku pula ke masjid taman, ada program gotong-royong kacau bubur asyura. Duduk dari pagi sampai ke pukul 3 petang. Lama dah tak kacau kawah ni, lenguh tangan tapi puas hati. Suasana gotong-royong memang best, jumpa geng masjid, sembang sambil kacau, rasa kampung sangat.

Acah-acah. Hahaha


Pak cik - Pak cik terpaling mantap

Audit Kewangan Masjid

Lepas tu sempat lagi aku uruskan sesi audit kewangan masjid.

Kami semak dan sahkan laporan kewangan Januari hingga Jun 2025 bersama juru audit dalaman. Alhamdulillah tiada isu besar, semua diterima dan disahkan. Sekarang tinggal tugas terakhir, iaitu  bentangkan laporan pada AJK masjid hujung bulan nanti.

Satu tanggungjawab selesai, satu lagi menanti. Tapi rasa lega tu tak boleh nak cakap. Serius.

Letih Tu Ada, Tapi Syukur Lagi Banyak

Weekend ni mungkin tak fancy macam pergi travel atau bercuti ke mana-mana, tapi sangat penuh & bermakna.

Baca juga - Rasa Hari Ini Campur-campur Tapi Syukur

Daripada urus hal keluarga, bantu isteri, settle kerja, bantu komuniti, sampai ke urus audit masjid, semuanya sempat dilalui satu-satu. Alhamdulillah.

Letih tu memang letih. Tapi bila tengok balik…

Anak-anak happy

Isteri senyum

Kerja selesai

Amanah terlaksana

Hati pun rasa puas

Syukur. Tu je yang mampu aku kata. Syukur sangat.

6 ulasan:

  1. Tanpa Nama13 Julai, 2025

    Alhamdulillah mantappp

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. masih lagi bernafas.

      Padam
  2. Tanpa Nama13 Julai, 2025

    Tahniah
    Syukur atas nikmat yang Allah berikan
    Alhamdulilah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. masih lagi bernafas.

      Padam
  3. Padat jadual aktviti weekend...alhamdullilah....

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com