21.7.25

Book Hunting kat Popular Kuantan City Mall

Weekend lepas, kami sekeluarga ‘tersangkut’ lama juga dalam Popular Bookstore kat Kuantan City Mall. Asalnya masuk nak jalan-jalan je… Tapi biasalah, bila dah ramai-ramai masuk kedai buku ni memang susah nak keluar.

Mula-mula tengok-tengok je. Tapi lepas tu, sorang demi sorang mula “tersangkut” kat rak masing-masing. Cik wife pun ambil peluang pilih bahan rohani. Grab jugak la satu dua buku. Yang dia beli Al-Ma’thurat dan Surah Pilihan. Katanya untuk bacaan harian dan hafazan anak-anak.

Anak bongsu aku pula, dari awal dah “demand” nak mainan. Jadi kami belikan set tanah liat lengkap dengan penggelek comel. Dalam kepala dia, dah siap nak buat kek la, aiskrim la, biskut la semua tu.

Paling wow, kami dapat “Magical Wonderland Puzzle Book”. Harga asal RM118 tapi masa tu ada offer jadi RM38 je! Tak pasti betul ke tidak nilai asalnya, tapi yang pasti… Anak-anak aku suka betul. Dalam set tu siap ada puzzle comel dan buku cerita warna-warni. Memang menarik untuk aktiviti santai hujung minggu.

Oh ya, korang perasan tak pen comel dalam gambar tu? Itu macam pen 10 warna dalam satu! Tekan je warna mana yang nak guna. Anak-anak aku excited sebab boleh tukar warna ikut suka hati dalam satu batang pen je. Nostalgia zaman kita sekolah dulu pun ada jugak rasanya kan.

Antara hasil tangkapan lain:

📘 Komik Pekan Sempoi – kelakar habis

📗 Bacalah Anakku – untuk adik-adik belajar membaca

📙 Balik Sekolah karya Ernest Ng – nostalgia komik zaman sekolah

Seronok tengok anak-anak excited dengan pilihan masing-masing. Tak kisahlah komik ke, buku puzzle ke, mainan tanah liat ke. Yang penting, mereka terlibat dalam memilih. Itu yang buat mereka hargai dan sayang barang tu.

Baca juga - Short Vacation dengan Family Mertua di Sugeh Resort, Janda Baik

Waktu yang kami luangkan kat Popular tu nampak simple je… Tapi bagi aku, itulah momen-momen bonding yang paling bermakna. Tengok anak-anak gelak, berborak, baca sama-sama memang priceless.

Next trip, mungkin ke kedai buku lagi. Tapi kali ni kena bajet lebih sikit.

Enjoy...!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com