15.7.25

Beli Pool Baru, Tapi Sampai Time Hari Sekolah.....

Aku ada beli kolam lipat untuk anak-anak. Beli je kat Shopee je. Pool ni  jenis foldable, bukan yang perlu tiup-tiup. Saiz aku ambil terus yang besar, dalam 3 meter, biar puas hati. Nak baring ke nak guling ke, semua boleh. Review pun banyak yang positif, tu yang buat aku confident beli.

Nampak tu penampakan budak kecik tu healing baring-baring dalam pool

Pool Sampai… Tapi Hari Sekolah

Tapi biasalah kan, bila kita excited beli barang anak-anak, barang tu pulak sampai… hari weekdays. Hari sekolah pulak tu! Anak-anak masa tu semua tengah sibuk sekolah, homework, kelas petang.

So bila parcel besar tu sampai rumah, bukan boleh terus main. Apa jadi?

Baca juga - Weekend Paling Function. Ceritera Family, Standy Kerja dan Komuniti Masyarakat

Kitorang buka je pool tu dalam rumah. Belum isi air pun lagi. Tapi anak-anak punya excited tu masuk pool tu macam dah kat waterpark! Siap main masak-masak dalam kolam, ada yang bawa buku, duduk bersila macam tengah camping.

Tahan gelak je la aku tengok. Tapi dalam hati, syukur sangat dapat bagi diorang moment macam ni. Tak ada air pun tak apa. Janji ada imaginasi.

Siap ajak kucing main dalam tu

Menghitung Hari ke “Real Splash”

Plan asal memang nak guna weekend nanti baru isi air. Bila masa lebih lapang, cuaca okay, dan aku pun ready nak jadi lifeguard tak rasmi kat tepi pool. Haha.

Sekarang ni pool tu dah jadi macam port lepak rasmi anak-anak dalam rumah. Siap bentang bantal, bawa mainan. Diorang tukar fungsi pool jadi benda lain. Hebat betul imaginasi.

Weekend Nanti Confirm Meriah

InsyaAllah bila weekend nanti tiba, air masuk, baju renang keluar, tuala standby. Aku pun join sekali rendam kaki, snap gambar banyak-banyak, dan dengar tawa anak-anak yang memang priceless.

Baca juga - Short Getaway di Sugeh Resort, Janda Baik – Best ke Tak? Ini Review Aku!

Kadang-kadang kita fikir nak bahagia kena bercuti jauh. Tapi rupanya, kolam dalam rumah pun boleh jadi “syurga kecil” anak-anak kalau kita bagi ruang untuk mereka enjoy cara mereka.

P/S: Stay tuned ya, nanti aku update blog ni lagi untuk versi “Pool Edition Basah!” Mungkin siap ada jeritan, air melimpah, dan ayah terpaksa mop satu rumah. Hahaha.

Enjoy...!!!

2 ulasan:

  1. perkara yang paling seronok untu anak-anak dapat berendam main pool. anak bulus pun ikut sekali 😍😍😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Si bulus tu kalua ade air, tak maunya nak masuk sekali. Heheh

      Padam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com