2.9.15

Resepi Nasi Goreng Ikan Sardin Hadiah Dari Hati

Assalamualaikum

Bertemu kembali dalam entri masakan dari PapaG. Baru-baru ni PapaG ada masak nasi goreng ikan sardin. Kebetulan pada malamnya Ibu Dhia ada masak sardin lebih. Pagi tu PapaG macam rajin la pulak nak masuk dapur kan. Hehehe. Kami berdua memang macam ni. Kadang-kadang PapaG masuk dapur, Kadang-kadang Ibu Dhia la yang masuk. Tapi kebanyakannya Ibu Dhia la. Sebab dia masak sedap. Tak macam kite ni. Hehehe. #Bodek

Pagi-pagi selain beri senyuman PapaG nak beri hadian ikhlas dari hati. Nak masakkan isteri tercinta. Orang kata amek hati gitu. Hehehe. Sebab tu la nama dia Nasi Goreng Ikan Sardin Hadiah Dari Hati. Ala-ala lagu Dato' Siti Nurhaliza kan.
Resepi-Nasi-Goreng-Ikan-Sardin-Mudah-Sedap

Ok la jom layan resepi ringkas ni.

Bahan-bahan membuat Nasi Goreng Ikan Sardin

3 cawan nasi putih
Ikan sardin - hancur kasar kasar
2 biji telur
1 biji bawang
1 biji bawang putih
3 biji cili merah
Garam
Kacang panjang (jika ada)
Lobak merah (Jika ada)

Cara-cara membuat Nasi Goreng Ikan Sardin


  • Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili merah.
  • Panaskan minyak di dalam kuali.
  • Tumis sehingga naik bau bahan yang telah di tumbuk tadi. 
  • Masukkan sardin yang telah di kisar.
  • Pecahkan telur di dalam kuali.
  • Masukkan nasi putih.
  • Gaul kesemua campuran tadi seingga sebati. Pastikan api yang sederhana untuk mengelakkan nasi tadi hangus.
  • Suaikan rasa dengan masukkan garam. 
  • Siap..!! Boleh la hidangkan panas-panas. Gerenti sedap.
Selamat mencuba..!!!

With Love
Papaglamz

-sekian-

Dapatkan Resepi-resepi masakan terbaik untuk anda - Klik Disini
Dapatkan Resepi Kek Coklat BEST dengan - Klik Disini
Brownies Kedut ini MESTI korang suka - Klik Disini
Koleksi Resepi Kek MESTI Korang suka - Klik Disini

21 ulasan:

  1. Jangan lupa letak telur mata...kuningnya cair tau...baru sedap makan...up plak sekali ngan budu...hehehehehe

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. memang sedap.. lelbih dr tgn papaG.. Hahahha...

      Padam
  3. tu diaaa 2 batang serai sekali tuu dia punya garnishing... ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ganaih kan?? Tangan lelaki uolssss.. hahaha

      Padam
  4. lawanyaa chopstick... warna hijou

    BalasPadam
  5. kalau tak tahu masak apa, sebagai student memang inilah antara makanan yang wajib ada setiap semester. haha

    BalasPadam
  6. Wah bestnyerr ..Nanti bak sini sikit Pejal oiii nak rasa jugak hahhaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak lya meh la dtg kuantan nnt sy buat kn. bkn jauh pun.. heheh

      Padam
  7. sedapnya. nak try la buat. hehe.

    BalasPadam
  8. macam sedappp jeeee..
    menu yang senang ni untuk org x reti masak. haha :D

    BalasPadam
  9. Saya suka makan ikan sardin..masak apa sekali pun mmg suka..kalau buat ns goreng cam ni lagi suka...
    tq sudi sggh ke blog saya

    BalasPadam
  10. Air tangan suami biasanya mahal, dan sesekali mengerjakan dapur dengan masakan......pastinya menjadi tanda mata yang terhebat buat isteri tercinta. Terima kasih kerana berkunjung ke blog saya Papaglamz

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com