12.3.17

Sotong Masak Lemak Menu Untuk Lunch

Assalamualaikum semua. Untuk entri kali ni aku just nak share kat korang semua menu termudah aku masak untuk korang buat. Menu sotong masak lemak untuk lunch ni aku masak pepagi buta sebelum aku pergi kerja. Masak untuk makan lunch. 

Sejak wife aku bersalinkan anak kedua ni, aku rasa kawasan dapur ni sudah menjadi territory aku sekarang. Bini aku busy dengan uruskan anak, menyusukan anak kami dan nak buat stok EBM lagi, kerja-kerja sekolah lagi. So, untuk meringakan beban, aku denan rela amek tugas masak-memasak ni la. Termasuk juga buat kek ye. Tapi masak ala kadar je la. Tak la extravaganza sangat. Hehehe. Ok memula layan gambar bawah ni dulu. Hasil sotong masak lemak aku.

sotong masak sambal, sotong masak merah, resepi sotong masak kari, sotong masak hitam, sotong masak paprik, sotong masak kicap, masakan sotong paling sedap, Resepi masakan sotong,

Ini lah dai rupanya. Makan dengan nasi panas dan kicap. Memang terangkat tau. Aku kalau sotong ni suka tank kepala. Memang masyuk je makan. Dengan ada mata dia. kadang-dang tergigit otak sotong tu sendiri. Memang best...!!! Ok la, kalau korang nak cuba menu sotong masak lemak dari aku ni, boleh la check it out resepi kat bawah ni.

sotong masak sambal, sotong masak merah, resepi sotong masak kari, sotong masak hitam, sotong masak paprik, sotong masak kicap, masakan sotong paling sedap, Resepi masakan sotong,

SOTONG MASAK LEMAK

Oleh : Papaglamz

Bahan
  • 3 Ekor sotong yang sedang-sedang besarnya (Family aku kecik je. Sikit-sikit sudah)
  • Sebatang serai
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah
  • 1/2 inci halia
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Minyak masak
  • Garam dan gula
Caranya
  • Potong sotong ikut suka korang nak style apa.
  • Tumbuk atau blend serai, bawang merah dan putih, dan halia.
  • Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi dan masukkan sekali serbuk kunyit.
  • Agak-agak sudah naik bau dan garing bahan tumisan, masukkan sotong yang sudah di potong. 
  • masak beberapa ketika dan masukkan 1/2 kotak santan (100 ml) atau ikut suka korang nak banyak mana kuahnya.
  • Terus mengacau untuk mengelakkan pecah minyak.
  • Sambil itu, perasakan sotong masak lemak korang dengan memasukkan garam dan gula. 
  • Setel...!!!!!

Mudah kan? Mungkin utuk menu sotong masak lemak ni ada banyak lagi resepi dan cara yang lebih hebat dari ni. Well said, bila amatur masak kan? Gini la ghupanya. So, kalau nak cuba sila la cuba dan jangan lupa share juga pada yang lain tau. Hehehe

With love
Papaglamz

-sekian-

8 ulasan:

  1. sedap masakannya...

    BalasPadam
  2. SA biasa masak sekor2..kalau dapat sotong yang siap ada telur ke lemak ke huiii lagi mantop..cuba masak kari plak PapaG

    BalasPadam
  3. tak pernah masak sotong masak lemak..Nak try jugak ni

    ~ Kisahsidairy~

    BalasPadam
  4. sedapnya papa oooiiii

    BalasPadam
  5. Pergh dapnyaa.. Kena beli sotong banyak2 ni besok.. Nak cuba resepi ni hari2

    BalasPadam

Papaglamz.com © . Designed by MaisarahSidi.com