24.7.18

Lunch Di 1Cafe At Kemensah Grocer, Ampang

Assalmualaikum semua. Kalau sebelum ni aku bercerita tentang banglo mewah tempat kitorang bergathering (boleh baca di artikel AFB Fun Day 2018 - Blogger Gathering Event Di Banglo Mewah Taj Villa Taman Zooview Ampang), kali ni aku nak cerita tentang satu cafe yang berdekatan dengan banglo ni. 

Pandangn hadapan 1cafe yang berkongsi bangunnan dengan Kemensah Grocery

Sebenarnya selepas je kami check in di banglo Taj Villa, masing-masing sudah kelaparan. Nasib baiklah villa kami ni berdekatan dengan 1Cafe. Mudah la nak cari makan.

Ruang makan diluar. Untuk mereka yang hendak merokon sambil lepak-lepak di cafe ini

Rungan dalam cafe yang berekon sangat selesa!

Selain dari itu, 1Cafe juga berdekatan dengan masjid. Memang sangat-sangat memudahkan.

Masjid berdekatan 1Cafe sangat memudakan untuk anda solat

Hari Jumaat, yang lelaki nak solat Jumaat. Jadi sementara nak menunggu makanan sampai, kami yang lelaki ni pergi la solat dulu.

Posing sikit!

Bercakap tentang makanan, memang sedap.! For those yang hard fans dengan makanan Thai, aku suggest korang datang sini pukul 12.30 hari sebab ada masakan Ala Cart Thai masa ni.

Antara menu yang ada di sini

Milo ais untuk isteri aku dan jus tembikai untuk aku

Roti bakar telur goyang

Kek juga ada dijual disini

Cup cake yang memang sedap!



Nak datang sarapan pagi bermula 8 pagi. Atau minum petang 4.30 petang hingga 7 malam. Ada Sup Al-Deen Dorai (sup mamak). Terus terbayang sup kambing mamak.

Cafe tutup pukul 10 malam

Lokasi: 1CafebybTJ&Shasha
7-A Jalan Romasra 1 ,
Kemensah heights 68000 KL

With Love
Papaglamz

-sekian-

2 ulasan:

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com