Hari pertama puasa tahun ni bermula dengan satu momen yang bercampur rasa. Ada gembira, sayu, dan syukur.
Mak ayah mertua aku berangkat ke umrah.
Dan aku diberi peluang untuk jadi sebahagian daripada perjalanan kecil sebelum mereka sampai ke Tanah Suci.
| Bergambar dengan jamaah lain sebelum terbang |
Dari Kuantan Ke Seremban
Sehari sebelum tu, aku dah gerak dari Kuantan ke Seremban.
Singgah rumah adik ipar.
Lepak santai.
Sembang keluarga.
Mood Ramadhan dah mula terasa.
Walaupun penat perjalanan, suasana berkumpul tu buat semuanya jadi ringan.
Kadang-kadang bukan aktiviti besar pun… cukup duduk sama-sama dah rasa bermakna.
| Dirumah Nurul (Adik ipar aku) |
Tarawih Pertama Di Masjid Forest Heights
Malam pertama Ramadhan, kami pergi tarawih di Masjid Forest Heights.
Masjid cantik.
Tenang.
Jemaah ramai.
Ada rasa syahdu yang susah nak digambarkan. Biasala, tarawih pertama memang selalu ada aura dia.
Dalam hati aku sempat fikir…
Ramadhan kali ni bermula dengan langkah yang baik.
| Laman masjid yang sangat luas dan selesa |
Moreh Yang Meriah
Lepas tarawih, kami teruskan misi penting Ramadhan:
moreh....
Destinasi malam tu ke Nasi Arab Damsyik Ampangan.
Suasana bising dengan gelak ketawa.
Moment macam ni yang buat Ramadhan terasa hidup. Bukan sekadar ibadah, tapi kebersamaan.
Lepas makan, masing-masing balik untuk rehat.
Esoknya hari penting.
| Semua adik beradik anak cucu ada. Full house |
| Mak dan ayah yang always sweet. Pakej umrah kali ni pakej berdua ya. Jangan ada adik lagi dah la. Hehehe |
Malam Sebelum Berangkat
Mak ayah mertua aku malam tu stay homestay area KLIA.
Praktikal.
Dekat dengan airport.
Kurang rushing pagi esok.
Kami adik-beradik yang lain stay di Seremban saja.
Plan pagi esok terus berkumpul di homestay sebelum bergerak ke KLIA.
| Bergambar depan homestay |
Hari Berangkat, Rasa Yang Susah Nak Dijelaskan
Sekitar jam 12.30 tengah hari, kami semua dah berkumpul di homestay.
Suasana bercampur:
sibuk kemas barang
semak dokumen
borak ringan
bergambar kenangan
Dalam pukul 3 petang, mak ayah mula proses check-in.
Moment tu… rasa makin real.
Doa dipanjatkan.
Pesanan disampaikan.
Pelukan jadi sedikit lama dari biasa.
| Mak & Ayah dah sampai sana. Honeymoon ketuuwww.. |
Perpisahan Yang Penuh Doa
Sekitar 4.30 petang, kami mula bergerak meninggalkan KLIA.
Itu bahagian yang paling sunyi.
Walaupun tahu ini perjalanan ibadah yang indah, tetap ada rasa kosong bila berpisah.
Tapi rasa sayu tu ditutup dengan doa:
Semoga dipermudahkan urusan mereka.
Semoga dikurniakan kesihatan sepanjang ibadah.
Semoga pulang nanti dengan cerita dan keberkatan.
Perjalanan Bersambung
Lepas tinggalkan KLIA, aku teruskan perjalanan balik ke Johor.
Perjalanan jauh, tapi hati terasa tenang.
Cuti aku masih ada sampai hari Ahad.
Jadi sempat juga rancang untuk singgah kampung, jumpa mak, dan luangkan masa dengan keluarga.
Ramadhan baru bermula… tapi dah penuh dengan memori.
Ramadhan Yang Bermula Dengan Doa
Kadang-kadang Ramadhan tak bermula dengan rutin biasa.
Ada Ramadhan yang bermula dengan perjalanan, perpisahan, dan doa dari jauh.
Dan aku bersyukur, Ramadhan kali ni bermula dengan menghantar orang tersayang menuju tempat yang paling mulia.
Semoga perjalanan mereka diberkati.
Dan semoga Ramadhan kita semua dipenuhi ketenangan.
Amin....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan