Baca juga

19.9.25

Alam Ria PASTI 2025 - Its Ok Girl Walau Tak Menang

Dalam hari yang sama, lepas je aku setelkan larian aru kat event Gynae Cancer Awareness Run & Walk 2025 di KOTASAS Kuantan, aku terus tukar gear. Kali ni haluan ke SAR KAFA Al-Makmur, Masjid Taman Balok Makmur untuk program Alam Ria PASTI Kawasan Indera Mahkota 2025. Isteri dan anak-anak aku dah sampai dulu, sebab ada pelbagai pertandingan menarik:

  • Nasyid
  • Kalam Jamaie
  • Pidato
  • Hafazan
  • Bercerita
  • Sajak
  • Azan & Khutbah

Yang paling aku nantikan mestilah pertandingan nasyid, sebab anak aku join sekali. Alhamdulillah, rezeki betul sebab kumpulan anak aku perform paling last. Jadi sempatlah aku habiskan larian, gerak ke Balok, dan tiba tepat pada masanya.


Suasana memang meriah, ibu bapa sporting bagi sokongan, mualimah-mualimah penuh semangat uruskan anak-anak. Bila tengok anak-anak kecil berani naik pentas, nyanyi dan beraksi depan orang ramai, rasa terharu betul.

Yang buat aku tersentuh, aku sendiri tak percaya bila nampak anak aku si Solehah tu berani naik pentas. Sebab kalau ikut perangai dia sehari-hari, memang jenis pendiam dan pemalu bila depan orang. Bila dia boleh berdiri atas pentas, menyanyi nasyid dengan kumpulan dia, itu dah kira satu improvement besar. Sebagai ayah, aku rasa bangga sangat.

Walaupun team nasyid anak aku tak menang apa-apa, aku tetap rasa bangga. Cukuplah sekadar jadi pengalaman berharga untuk dia. Belajar berani berdiri atas pentas, bina keyakinan diri, dan kumpul memori manis zaman kecilnya. Menang kalah tu adat pertandingan, tapi yang lebih penting adalah proses belajar dan mencuba.

Baca juga - Benda-Benda Kecil Tapi Boleh Buat Kau Bahagia

Kadang-kadang hidup ni ibarat marathon kecil kita sendiri. Dari satu acara ke acara lain. Penat memang penat, tapi bila semuanya kerana nak support keluarga, rasa tu jadi berbaloi.

enjoy...!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com