Cuti balik kampung meriah dengan pool party & BBQ family dari tengahari sampai malam. Penuh gelak tawa, makan sedap & kenangan indah bersama. Apa taknya, dah 2 bulan lebih aku tak balik kampung. kali ni balik cuti seminggu aku kat kampung. Selain balik jumpa mak ayah, tapi kali ni semua adik-beradik belah bini aku sepakat untuk buat satu aktiviti gathering. Sekali sekala kan dapat peluang kumpul semua, so kita layan la.
Kitorang siap sewa Supa Do Pa dengan pool sekali. Memang syok! Anak-anak bukan main lagi terjun mandi kolam, mak bapak pun join sekali feeling macam cuti-cuti resort gitu. Padahal kat rumah sendiri je.
Yang paling highlight tentulah sesi BBQ dari tengahari sampai ke malam. Start je tengahari, ayam perap dah naik atas grill. Lepas tu bersambung dengan kambing bakar, sosej. Berhenti kejap than sambung lagi sampai ke malam. Makan sambil mandi, mandi sambil makan. Memang tak bagi chance langsung perut nak lapar.
Macam biasa, geng-geng ayah ada tugasan tetap iaitu bakar arang & jaga BBQ station. Bab ni memang ada je cerita. Kadang arang buat hal, susah nak hidup api. Terus teringat kisah kat Sugeh Resort hari tu, berpeluh-peluh nak bagi arang menyala. Tapi itulah, bila semua pakat bergelut dengan kipas, kertas, sampai guna tiup mulut pun ada, suasana jadi lagi meriah. Last-last kita pasang kipas kilang pulak. Senang..!! Hahaha
Baca juga - Short Vacation dengan Family Mertua di Sugeh Resort, Janda Baik
Syok kan bila tengok menu seharian hari tu? Ada daging wrap, BBQ ayam, kambing, daging, sosej, kentang putar dan macam-macam lagi. Pendek kata, memang tak sempat langsung nak rasa lapar. Settle je satu hidangan, muncul pulak menu lain. Haha!
Lagi best bila tengok anak-anak sendiri dan anak-anak buah yang lain seronok main air dalam pool. Gelak tawa tak berhenti, masing-masing enjoy dengan dunia kanak-kanak mereka. Sebagai mak ayah, dapat tengok moment tu pun dah cukup buat hati rasa lapang.
Paling best bila semua duduk ramai-ramai sambil borak, gelak, throwback kisah lama. Dengan bunyi anak-anak main air, suasana memang jadi meriah gila.
Kadang-kadang kita tak sedar masa cepat sangat berjalan. Semua sibuk dengan kerja, dengan urusan masing-masing. Jadi bila ada peluang macam ni, dapat kumpul semua sekali memang priceless. Memori yang anak-anak pun boleh kenang sampai besar nanti.
Sekarang ni time entri ni ditulis, aku dah pun balik semula ke Kuantan. Habis dah la cuti seminggu aku. Esok dah start kerja balik macam biasa. Walaupun berat hati nak tinggalkan mood cuti, tapi kenangan balik kampung kali ni memang akan aku simpan lama.
Enjoy...!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan