Hari kedua di Cameron Highlands bermula lebih awal. Ikut tips yang aku baca, kalau nak elak stuck dalam jammed, kena keluar awal pagi naik ke atas, kemudian turun perlahan-lahan ke bawah. Jadi seawal 8.00 pagi, kami dah keluar dari homestay di Ringlet. Tips ni memang terbukti menjadi!
Baca juga - Cameron Highlands Trip Day 1 – Drive Santai, Scone & Homestay Best!
Destinasi Pertama - Rose Valley
Kami terus naik ke Brinchang dan singgah di Rose Valley. Masa sampai, tempat tu masih belum buka, jadi kami pusing-pusing dulu sekitar kedai kecil yang jual buah-buahan, air dan macam-macam produk tempatan.
Bila jam dah 9.30 pagi, pintu masuk dibuka. Terus kami beli tiket dan masuk. Memang syok! Penuh dengan bunga ros pelbagai jenis dan warna. Anak-anak seronok explore, aku pula sempat juga bersweet dengan isteri sambil posing depan bunga. Memang banyak gambar yang kami snap kat sini.
Taman Rama-Rama
Lepas puas bergambar di Rose Valley, kami gerak ke Taman Rama-Rama. Laluan ke sini agak jammed sikit, mungkin sebab ramai pelancong mula naik waktu tu. Tapi alhamdulillah, sekejap je, tak lama.
Masuk taman ni memang nostalgia. Aku pernah datang 9 tahun lepas, masa tu rama-rama sangat banyak. Kali ni nampak kurang sikit, tapi tetap menarik. Yang best, ada tarikan baru macam:
- 🦙 Alpaca
- 🦘 Kangaroo
- 🐑 Kambing biri-biri
Anak-anak seronok betul dapat tengok dan bagi makan haiwan. Kami pun habiskan masa agak lama kat sini sebab banyak benda boleh explore.
Singgah Bee Farm
Selesai dengan rama-rama, kami terus ke Bee Farm yang berdekatan. Masuk percuma je, jadi kami pun try masuk. Kat sini mostly boleh tengok kotak-kotak lebah dan kedai yang jual produk madu. Honestly, bagi aku tak ada yang terlalu menarik. Tapi okeylah, alang-alang dah sampai.
Raju’s Strawberry Farm
Next, kami singgah Raju’s Strawberry Farm. Excited sebenarnya nak cuba pengalaman petik strawberi sendiri. Tapi bila tengok harga, terus rasa, “tak apa lah, next time je lah.”
Kami ambil peluang bergambar saja sekitar kawasan taman strawberi yang cantik. Anak-anak pun happy, at least dapat feel suasana Cameron Highlands yang memang sinonim dengan strawberi.
Perjalanan Turun – Tips Berjaya!
Dari Raju’s, kami decide untuk mula turun balik. Masa ni baru nampak betapa tips keluar awal pagi tadi sangat membantu. Lane belah kanan (arah naik) tu, masyaAllah, jammed panjang dari Brinchang sampai nak ke Tanah Rata.
Aku dalam kereta sambil tengok lane sebelah tu, memang rasa syukur sangat kami naik awal. Kalau tidak, confirm tersekat lama. So yes, tips keluar awal memang menjadi!
Agro Market
Dalam perjalanan turun, asalnya kami nak singgah Kea Farm, tapi parking penuh habis. Jadi kami terus ke depan sikit dan berhenti kat Agro Market.
Kat sini suasana meriah dengan deretan gerai yang jual:
- Buah-buahan segar
- Sayur-sayuran Cameron
- Pelbagai jenis ubi
- Produk tempatan macam madu & teh
- Dan yang wajib ialah strawberi segar
Rambang mata dibuatnya. Tak plan nak beli banyak pun, tapi sekali pusing, tangan penuh menjinjing plastik.
Ladang Teh BOH. View Saujana Mata Memandang
Destinasi seterusnya ialah Ladang Teh BOH dekat-dekat area Ringlet. Dari jalan besar nak masuk ke ladang tu agak jauh juga, dalam 6 km perjalanan. Sampai parkir, kena naik bas khas lagi untuk ke atas sebab jalan sempit.
Sampai atas, memang wow moment! Kat sini ada:
- Café BOH untuk lepak minum teh sambil layan view ladang hijau
- Lawatan kilang teh. Siap ada guide yang explain proses pembuatan teh
- Spot mendaki & bergambar. Part ni kami naik sikit ke atas bukit, panorama ladang teh yang terbentang luas tu memang padu.
View dia memang tak boleh nak describe, kena tengok sendiri. Aku dengan family ambil peluang snap gambar puas-puas kat sini.
Balik Homestay & Dinner
Habis ronda kat BOH, jam dah pukul 6 petang. Bayangkan, dari pukul 8 pagi sampai 6 petang, kami tak berhenti pusing. Penatnya Allah je yang tahu. Anak-anak pun dah mula cranky, jadi kami balik dulu ke homestay untuk rehat.
Malam tu, kami keluar balik cari makan dekat-dekat area Ringlet je. Jumpa satu restoran masakan panas ala Thai. Simple je menunya, tapi cukup sedap untuk isi perut yang lapar. Habis makan, terus balik homestay untuk tidur. Semua dah flat sebab esok masih ada itinerary Hari Ketiga.
Baca juga - Let's Main Selut dan Lepas Penyu Kat Pantai Chendor Pantai Chendor, Kuantan
Jadi itu cerita penuh Hari Kedua kami di Cameron Highlands. Seharian penuh aktiviti. Dari bunga rose, rama-rama, lebah, strawberi, shopping agro, ladang teh, sampai la dinner ringkas. Memang penat, tapi puas hati sebab dapat cover banyak tempat dalam sehari.
Nanti aku share lagi last day kitorang kat Cameron.
Enjoy...!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan