Aku join satu program best anjuran company tempat aku kerja bersama Malaysian Nature Society (MNS) Pahang iaitu Program Tanam Bakau & Lepaskan Anak Penyu. Lokasi kali ni kat Pantai Chendor, Kuantan. Yang bestnya, program ni memang open untuk bawa family sekali, jadi aku tak lepaskan peluang bawa bini dan anak-anak.
Program start pukul 2.30 petang sampai 6.30 petang. Aktiviti dimulakan dengan sesi briefing dulu. Masa tu kami diberitahu, tak boleh terus tanam bakau sebab air tengah pasang. Jadi, kena tunggu air surut sikit baru boleh turun ke kawasan penanaman.
Sambil tunggu tu, apa lagi… kami enjoy hi tea yang disediakan. Ada kuih-muih, minuman panas dan beberapa makanan ringan. Budak-budak pun seronok makan sambil tengok laut.
Lebih kurang pukul 4.30 petang, barulah aktiviti tanam bakau bermula. Semua seronok menoggak selut. Ada yang pakai kasut but, ada yang pakai selipar dan ada juga yang bekaki ayam. Macam-macam gaya nak turun ke kawasan bakau. Anak-anak aku memang teruja. Bukan selalu dapat main selut sampai baju comot habis!
Untuk program kali ni, kami tanam sebanyak 3,000 anak pokok bakau. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit atau dalam kes ni, jadi hutan bakau. Projek tanam bakau oleh MNS Pahang kat Pantai Chendor ni sebenarnya bermula sejak 2023, dan sampai sekarang dah berjaya tanam lebih 30,000 anak pokok bakau. Memang salute dengan usaha ni!
Lepas selesai tanam, masuk pula acara yang dinanti-nanti iaitu melepaskan anak penyu. Masa tu memang semua excited. Anak-anak aku teruja tengok baby turtle yang comel-comel dilepaskan ke laut. Momen tu memang priceless, bila tengok haiwan kecil tu merangkak menuju ombak pertama dia.
Baca juga - Weekend Paling Function. Ceritera Family, Standy Kerja dan Komuniti Masyarakat
Secara keseluruhan, program ni memang best. Back to nature betul rasanya. Sama-sama belajar menghargai alam sekitar sambil buat aktiviti keluarga. Harap tahun depan ada lagi program macam ni, confirm aku join!
Enjoy...!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan