20.8.25

BINI BAGI LESEN...!!! BPC Man Wellness Challenge 2025 kat Gopeng - Explorace, Rafting & Gua Tempurung

Last weekend aku join satu program yang dianjurkan oleh kilang – Man Wellness Challenge. Macam nama dia, program ni memang khas untuk geng lelaki je. Semua peserta lelaki (isteri & anak tolong bagi green light je. Hahaha).

Tahun ni program dibuat di Gopeng, Perak dan disertai oleh 20 kumpulan keseluruhannya. Setiap team ada 4 orang dan pemilihan ahli kumpulan ni memang suka hati. Korang boleh pilih geng sendiri. Jadi tak payah cerita panjang… aku terus bentuk team dengan geng lab aku sendiri. Nama kumpulan: Aroma Lab.

Perjalanan (Hari Jumaat)

Walaupun program rasmi start malam Jumaat dengan dinner & taklimat, semua team dibenarkan gerak ikut timing masing-masing asalkan sampai resort Gopeng sebelum jam 8 malam. Masing-masin amek AL sendiri ya. Takde nya company nak bagi release.

Kitorang bertolak dari Kuantan pukul 8.00 pagi, tapi tak terus ke Gopeng… kami lajak terus ke Penang dulu.

Yes, kau rasa? Dah alang-alang berada di Utara, baik terus cari pasemboq Padang Brown dan mee sotong.


Plan memang padu padu hari pertama kitorang:

  • Makan pasemboq & mee sotong
  • Singgah beli asam jeruk Pak Ali
  • Baru gerak turun semula ke Gopeng

Sampai di resort Gopeng lebih kurang pukul 9 malam, which means kami adalah team yang paling last sampai. Turun kereta terus pergi dinner + dengar taklimat untuk aktiviti hari Sabtu & Ahad.

Apa Jadi Lepas Tu? Taklimat malam tu agak santai. Semua team diberi briefing tentang aktiviti outdoor yang bakal dijalankan. Yang pasti waktu makan tu semua geng lelaki berkumpul, berkenalan antara group, gelak-gelak, sure vibe dia memang best.

Day 2: Explorace + Water Rafting (Penat Tapi Best!)

Seawal 7.00 pagi, semua peserta kena turun untuk senam robik. Warm up pun dah rasa macam aktiviti pertama. Habis senam terus breakfast — dan tak lama lepas tu terus flag off untuk Explorace.

Untuk aktiviti Explorace ni, team kami Aroma Lab kena combine dengan team Bayu Damai. Jadi terus gabung nama jadi Bayu Lab (total 8 orang dalam satu team). Lagi ramai, lagi havoc. Tapi lagi letih juga sebenarnya.


Explorace dibuat sekitar kawasan resort je, tapi checkpoint dia memang tak bagi chance:

  • Menyumpit
  • Jawab riddle
  • Puzzle game
  • Makan peria katak fresh (Allah, yang ni paling tak boleh)
  • Beberapa aktiviti teamwork & mental challenge



Walaupun sambil main sambil gelak dan muntah-muntah sebab peria, team Bayu Lab berjaya habiskan semua checkpoint dan dapat tempat ke-4. Dapat la sorang voucher Lotus RM50. Not bad. Balik boleh topup beras dengan sabun. Heheh

Belum Habis – Lepas Lunch Terus Water Rafting!

Tepat 12.30 tengah hari explorace habis. Lunch kejap… dan pukul 1.45 dah kena ready untuk next activity iaitu WATER RAFTING. Tak sempat nak tarik nafas betul-betul pun. Terus sarung helmet, life jacket, turun sungai.



Water rafting ni serius paling penat.

  • Boat sangkut, kena “henjut” sampai lepas.
  • Dayung sambil menjerit.
  • Air sungai laju, adrenaline time ni memang peak.

Tapi walaupun letih, serius best. Semua orang enjoy. Pakej jerit, gelak, tertelan air sungai, semua ada. Aktiviti rafting ni berakhir hampir pukul 6.30 petang. Masa naik ke darat tu, rasa macam tangan dah tak ada fungsi. 

Lepas water rafting kita layan KENDURIAN pulak. Penat-penat ni kita isi perut memang mantopppp..!!!

Malam: BBQ + Karaoke (Aku Surrender Awal)

Malam tu ada dinner & BBQ, siap dengan session karaoke. Tapi aku tak bertahan lama. Badan dah rasa ranap. Pukul 9.00 malam aku cabut balik bilik and tidur terus. Memang penat habis. Esoknya pulak… masuk Gua Tempurung!! Aduhhh...!!!



Day 3: Gua Tempurung – Merangkak, Meniarap & Terpana

Sejujurnya… tidur malam Hari Sabtu tu memang nyenyak habis. Badan rasa macam baru lepas kena lenjan 10 round. Tapi pukul 7.00 pagi semua dah bangun dan turun breakfast. Sebab hari ni cabaran lain menanti. Gua Tempurung!

Lepas sarapan, masing-masing bersiap. Tak naik bas yer. Kami naik lori ramai-ramai macam rombongan kilang pergi menuai. Meriah weh atas lori.


±9.00 pagi sampai di kawasan Gua Tempurung. Set up dulu, dengar briefing keselamatan, dan lebih kurang 9.30 pagi kami mula masuk.

Masuk je pintu gua terus rasa… “MasyaAllah… cantiknya ciptaan Allah.”






Serius..!! Stalaktit dan stalagmit dalam gua tu memang buat aku terpana. Level pertama & kedua ok lagi sebab ada tangga dan lampu. Masih boleh selfie, masih boleh senyum.

Masuk Stage 3, haa mula dah.

  • Track off-road. Kau kena lalu sungai dalam gua.
  • Lampu dalam gua dah makin kurang.
  • Setiap orang kena bawa torchlight

Kat dalam ni kami menunduk, merangkak, meniarap, mengensot – semua gaya keluar. Ada satu bahagian tu, guide suruh padam semua torchlight. Masa tu… serius gelap TOTAL DARKNESS. Tak nampak apa… tangan sendiri pun tak nampak.

Rasa betul-betul kerdil dalam ciptaan Allah.

Kami dalam gua tu lebih kurang 2 jam. Bila keluar je… terus kena tempias cahaya tengahari. Macam baru dilahirkan semula.

Lepas tu tunggu lori sampai, naik balik ke resort. ±1.00 tengahari sampai resort than makan lunch and siap-siap untuk check-out & balik Kuantan.

Baca juga - Let's Main Selut dan Lepas Penyu Kat Pantai Chendor Pantai Chendor, Kuantan

Overall Trip = Penat + Enjoy + Banyak Pengalaman

3 hari 2 malam yang penuh dengan pengalaman dan cabaran. 3 main aktivity termasuk explorace, water rafting dan juga explore gua tempurung memang buat aku tak senang duduk dan tak sempat nak bernafas dengan sempurna. 

Aroma Lab + Bayu Damai (Bayu Lab) memang all-out kali ni. 

Penat? Ya

Seronok? Sangat

Nak join lagi tahun depan? InsyaAllah… tapi tunggu badan recover dulu.

Enjoy...!!!

1 ulasan:

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com