Minggu 16 Ogos lepas memang boleh aku panggil sebagai minggu paling berpeluh dalam kalendar tahun ni. Aku sendiri tengah beraksi kat Man Wellness Challenge di Gopeng, Perak. Cabaran fizikal yang memang buat badan rasa macam mesin basuh “spin mode” selama tiga hari. Dalam masa yang sama, anak aku Dhia Solehah pun ada hari penting dia iaitu Hari Sukan PASTI kat Padang Awam Taman Dato’ Rashid.
Kalau aku sibuk explorace dan ber water raftign, Solehah pulak sibuk berlari keliling padang. Fair enough kan?
Pagi Bermula dengan Perbarisan
Hari sukan tu dimulakan dengan perbarisan berhias. Bayangkan anak-anak kecil dengan uniform rumah sukan masing-masing, berbaris penuh gaya keliling padang. Solehah jadi wakil Rumah Hijau. Dari jauh (bini aku yang update), katanya muka anak aku masa tu penuh dengan semangat. Aku boleh bayangkan je dia jalan sambil melambai-lambai macam selebriti.
Fun Run dan Suasana Meriah
Lepas habis perbarisan, terus sambung dengan Fun Run. Haa… walaupun nama dia fun, sebenarnya untuk budak-budak kecik ni, itu dah kira “marathon dunia” dah. Ada yang lari tak toleh belakang, ada yang lari sambil tengok mak ayah kat tepi padang, ada jugak yang lari dua tiga langkah… terus berhenti sebab kepenatan.
Tapi semua enjoy. Itu yang penting.
Sukaneka untuk Anak-Anak
Lepas tu masuk bab sukaneka. Macam-macam acara ada. Lari bawa bola, acara dalam kumpulan dan macam-macam lagi aktiviti yang confirm buat penonton gelak besar. Sukaneka ni memang trademark hari sukan, sebab tak kisah siapa menang, semua orang happy.
Anak aku pun join acara sukaneka, dan walaupun aku tak dapat tengok live, bini aku siap hantar gambar kat WhatsApp. Nampak jelas muka dia yang tengah excited, dengan crowd kat belakang bersorak-sorak. Sebagai bapak, aku scroll gambar tu sambil senyum sorang-sorang kat Gopeng. Rasa macam ada dua “screen” dalam kepala. Satu aku tengah struggle tarik nafas kat cabaran Man Challenge, satu lagi bayangan anak aku tengah lari kat padang.
Acara Ibu Bapa: Bini Aku Turun Padang
Dan yang paling kelakar, ada jugak acara khas untuk ibu bapa. Masa ni bini aku decide nak masuk. Dia join pertandingan baling bola dalam jaring ala-ala bola jaring. Katanya, bila bola tu masuk jaring dan crowd bersorak, rasa macam dia jadi pemain import kebangsaan sekejap.
Yang bestnya, bini aku menang! Balik siap bawa hamper besar. Haa, yang ni bukan anak je happy, satu rumah happy. Yela masing-masing balik tak tangan kosong.
Baca juga - BINI BAGI LESEN...!!! BPC Man Wellness Challenge 2025 kat Gopeng - Explorace, Rafting & Gua Tempurung
Apapun, walaupun aku tak ada kat situ secara fizikal, tapi cerita-cerita bini aku dan gambar yang dia hantar dah cukup buat aku rasa seolah-olah aku ada sekali.
Jadi minggu tu memang boleh aku panggil minggu wellness keluarga. Bezanya je, aku dapat muscle pain tiga hari, bini aku dapat hamper dan anak aku dapat pengalaman manis yang akan dia ingat sampai bila-bila.
Enjoy...!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan