6.9.25

Cameron Highlands Trip Day 1 – Drive Santai, Scone & Homestay Best!

Baru-baru ni aku berpeluang bawa family bercuti ke Cameron Highlands. Dah lama sebenarnya plan nak ke sini, tapi asyik tertangguh. Alhamdulillah, cuti kali ni jadi juga. Trip kami simple je, 3 hari 2 malam, dari 30 Ogos (Sabtu) sampai 1 September (Isnin). Aku share sikit pengalaman hari pertama dulu, kot ada yang tengah plan nak ke Cameron boleh dapat idea.

First gambar kat Cameron Highland

First day... (Sabtu, 30 Ogos 2025) Travel Kuantan ke Cameron

Pagi tu kami gerak dari Kuantan pukul 9 pagi. Perjalanan agak santai sebab aku tak nak rushing. Jalan slow-slow sambil layan view. Ada satu part tu aku mengantuk sangat, siap berhenti dan tidur dalam kereta kejap. Baru lega nak sambung drive semula.

Lebih kurang pukul 3.30 petang, kami sampai di homestay yang aku book kat area Ringlet. Saja pilih stay belah bawah sebab kawasan ni lebih tenang dan tak sesak macam Tanah Rata atau Brinchang.

Camelia Apartment, Ringlet

Homestay Ringlet, Beyond expectation - Memang Berbaloi!

Ni part yang paling aku teruja nak share. Serius mula-mula aku macam tak percaya dengan harga homestay ni. Aku bayar dalam RM300 lebih je untuk 2 malam, tapi yang kami dapat tu:

  • Apartment 3 bilik tidur
  • Full furnish siap ruang tamu & dapur
  • Ada mesin basuh & dryer
  • Free Netflix untuk anak-anak layan cerita
  • Kitchen complete dengan perkakas kalau nak masak

Memang rasa sangat berbaloi. Selesa betul untuk family stay. Bila masuk je, terus rasa macam rumah sendiri. Aku share gambar-gambar homestay ni kat bawah nih...

Bergambat kat sofa L




Ni gambat kat balkoni

Lepas check in dan rehat kejap, dalam pukul 5 petang kitorang keluar cari dinner. Tapi sebelum tu, sempat singgah Cameron Tea Valley dulu. Kat sini kami cuba scone yang orang selalu recommend, sambil ambil gambar dengan view ladang teh yang cantik.

Cuba scone


Shopping serbuk teh

Lepas tu kami terus naik ke Tanah Rata. Tapi sebelum betul-betul singgah situ, aku saja drive lagi naik atas sampai Brinchang. Ala-ala survey tempat la, nak tengok apa yang menarik untuk hari esok. At least boleh plan siap-siap.

Alhamdulillah, jalan clear, tak ada jammed hari ni. Kat Tanah Rata, kami jumpa satu pasar kecil dekat area Zenith Hotel. Kat sini simple je, banyak gerai makanan dan pilihan masakan panas. Kami makan kat sini je, bukan yang fancy-fancy pun. Janji kenyang, anak-anak pun happy.

Baca juga - Short Getaway di Sugeh Resort, Janda Baik – Best ke Tak? Ini Review Aku!

Balik Homestay & Rehat

Habis makan, kami terus gerak balik ke homestay. Anak-anak dah penat, aku pun sama. Malam tu kami rehat awal sebab esok dah ready untuk full day jalan-jalan yang confirm memenatkan tapi menyeronokkan.

Si ni lah cerita untuk hari pertama. Esoknya memang penuh aktiviti. Dari ladang teh, pasar, sampai ke tempat-tempat ikonik Cameron. Nantikan sambungan aku untuk Hari Kedua nanti.

Enjoy...!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com