Baca juga

16.9.25

Picnic Santai Sempena Maulidur Rasul @ Taman Dato' Abdul Rashid

Alhamdulillah, tahun ni kami sambut Maulidur Rasul kat taman aku, Taman Dato’ Abdul Rashid, Kuantan dengan cara yang cukup meriah tapi santai. Tarikh program jatuh pada 5 September 2025, kebetulan hari Jumaat pulak tu. Memang ngam!

Seawal 7.30 pagi, semua penduduk taman dah berkumpul depan masjid. Aku pulak jadi MC untuk program ni, jadi memang kena pastikan semuanya jalan smooth la kan. Lepas semua siap, kami pun mula berarak keliling taman sambil berselawat. Serius rasa syahdu, satu taman bergema dengan selawat, anak-anak kecil pun join sekali.



Habis berarak, kami terus ke padang. Kat sini la acara santai bermula. Picnic ramai-ramai! Setiap keluarga dah bawak tikar masing-masing, jadi bayangkan satu padang penuh dengan tikar warna-warni. Kami bentang tikar, buka bekal, makan sama-sama sambil borak dan gelak ketawa. Macam picnic keluarga besar gitu.





Lepas perut kenyang, giliran anak-anak pulak ambik spotlight. Ada macam-macam pertandingan – mewarna, azan, khutbah, jawi, hafazan dan lain-lain. Best tengok anak-anak taman tunjuk bakat masing-masing, mak ayah pun semangat bagi support anak masing-masing.


Lebih kurang 11.00 pagi, semua pertandingan habis. Aku pun terus kendalikan acara penutup dan penyampaian hadiah. Alhamdulillah semua berjalan lancar, tepat 11.45 pagi majlis selesai. Lepas tu masing-masing berkemas, bersedia untuk solat Jumaat pula.

Baca juga - Pengalaman Jadi Bendahari Masjid: Antara Amanah, Cabaran, dan Pembelajaran

Malamnya, sambungan program dengan ceramah khas Maulidur Rasul kat masjid. Memang lengkap. Pagi ada aktiviti santai & meriah, malam ada pengisian rohani.

Secara jujurnya, aku rasa program kali ni bukan saja meriah, tapi juga buatkan hubungan antara penduduk taman makin rapat. Bila tengok semua lapisan penduduk dari budak kecil sampai pakcik makcik duduk sama-sama atas padang sambil makan dan sembang, memang rasa ukhuwah tu hidup.

Semoga lepas ni banyak lagi program macam ni boleh dibuat. Best weh!

Enjoy...!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com