Book Hunting kat Popular Kuantan City Mall

Book Hunting kat Popular Kuantan City Mall

Weekend lepas, kami sekeluarga ‘tersangkut’ lama juga dalam Popular Bookstore kat Kuantan City Mall. Asalnya masuk nak jalan-jalan je… Tapi biasalah, bila dah ramai-ramai masuk kedai buku ni memang susah nak keluar.

Mula-mula tengok-tengok je. Tapi lepas tu, sorang demi sorang mula “tersangkut” kat rak masing-masing. Cik wife pun ambil peluang pilih bahan rohani. Grab jugak la satu dua buku. Yang dia beli Al-Ma’thurat dan Surah Pilihan. Katanya untuk bacaan harian dan hafazan anak-anak.

Anak bongsu aku pula, dari awal dah “demand” nak mainan. Jadi kami belikan set tanah liat lengkap dengan penggelek comel. Dalam kepala dia, dah siap nak buat kek la, aiskrim la, biskut la semua tu.

Paling wow, kami dapat “Magical Wonderland Puzzle Book”. Harga asal RM118 tapi masa tu ada offer jadi RM38 je! Tak pasti betul ke tidak nilai asalnya, tapi yang pasti… Anak-anak aku suka betul. Dalam set tu siap ada puzzle comel dan buku cerita warna-warni. Memang menarik untuk aktiviti santai hujung minggu.

Oh ya, korang perasan tak pen comel dalam gambar tu? Itu macam pen 10 warna dalam satu! Tekan je warna mana yang nak guna. Anak-anak aku excited sebab boleh tukar warna ikut suka hati dalam satu batang pen je. Nostalgia zaman kita sekolah dulu pun ada jugak rasanya kan.

Antara hasil tangkapan lain:

๐Ÿ“˜ Komik Pekan Sempoi – kelakar habis

๐Ÿ“— Bacalah Anakku – untuk adik-adik belajar membaca

๐Ÿ“™ Balik Sekolah karya Ernest Ng – nostalgia komik zaman sekolah

Seronok tengok anak-anak excited dengan pilihan masing-masing. Tak kisahlah komik ke, buku puzzle ke, mainan tanah liat ke. Yang penting, mereka terlibat dalam memilih. Itu yang buat mereka hargai dan sayang barang tu.

Baca juga - Short Vacation dengan Family Mertua di Sugeh Resort, Janda Baik

Waktu yang kami luangkan kat Popular tu nampak simple je… Tapi bagi aku, itulah momen-momen bonding yang paling bermakna. Tengok anak-anak gelak, berborak, baca sama-sama memang priceless.

Next trip, mungkin ke kedai buku lagi. Tapi kali ni kena bajet lebih sikit.

Enjoy...!!!

Splash Day ON! Rasmi Pool Baru

Splash Day ON! Rasmi Pool Baru

Weekend ni memang dinanti-nanti. Seperti yang dijanjikan minggu lepas, hari ni splash day ON!

Anak-anak dah lama countdown nak rasmikan kolam baru yang aku beli kat Shopee tu. Saiz besar 3 meter, jadi memang puas hati la diorang nak terjun, melompat, main air sama-sama. Tapi minggu lepas barang sampai hari sekolah. Jadi sepanjang minggu, kolam tu jadi macam pameran dalam rumah. Tengok boleh, guna belum lagi. Hahaha.


Hari ni, seawal 9 pagi lagi dah request nak isi air. Tak sabar sangat gayanya. Aku pun on je lah… sekali-sekala bagi reward bila anak-anak excited dengan aktiviti sihat macam ni.

Masa aku tulis entri ni, dah nak masuk pukul 1 tengah hari, masing-masing masih belum nak naik. Dah jadi macam resort mini depan rumah. Ada yang buat-buat berenang, ada yang main tembak-tembak air, ada yang baring je dalam kolam gaya macam tengah bercuti kat hotel. Syok sungguh!

Baca juga - Beli Pool Baru, Tapi Sampai Time Hari Sekolah.....

Aku pun ambil peluang update blog ni sambil duduk bawah kipas, wife pulak ready-ready masak lunch. Nikmat juga tengok anak-anak seronok main depan mata. Lagi-lagi bila benda yang simple macam ni boleh buat memori yang indah untuk diorang.

Kadang-kadang, moment paling best tu tak perlu tempat jauh pun. Cukup dengan kolam depan rumah, anak-anak yang gembira, dan hati yang tenang.

Enjoy...!!!

Bila Aku Tak Join, Anak-anak Pula Yang Join. Cerita dari GISPRO 2025

Bila Aku Tak Join, Anak-anak Pula Yang Join. Cerita dari GISPRO 2025

Kadang-kadang hidup ni kelakar juga. Tahun lepas aku terlibat dengan satu event besar we called it Eco Schools Green Science & Technology Carnival & GISPRO anjuran BASF PETRONAS Chemicals, kerjasama dengan Green Growth Asia Foundation (GGAF), UMPSA, dan disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Aku jadi part of the team yang handle aktiviti macam kids lab gitu la. Seronok bila tengok budak-budak excited dengan eksperimen-eksperimen sains yang kita siapkan. Masa tu, rasa puas dapat bawa sains dekat dengan dunia kanak-kanak.

Tapi tahun ni lain ceritanya....

Aku langsung tak terlibat dalam event ni. Tak jaga booth, tak angkat barang, tak sibuk rehearsal hari sebelumnya. Tapi guess what? Anak-anak aku dan bini aku pula yang join tahun ni!

Bebudak Sekolah Kebangsaan Beserah dengan cikgu-cikgu pengiring

Khusyuk anak-anak aku dengan penerangan akak-akan kat booth lab

Kakak-kakak kat booth sangat bersemangat bagi penerangan kat adik-adik

Muka Aku Tak Ada, Tapi Genetik Aku Ada

Event tahun ni buat kat Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (Intek). Lebih 1,200 pelajar dari 108 sekolah seluruh Malaysia datang memeriahkan program ni. 88 sekolah bertanding dalam GISPRO, dan 20 sekolah tempatan join karnival. Macam biasa, suasana memang meriah. Penuh dengan booth, projek inovasi, aktiviti hands-on dan pameran dari pelbagai industri.

Anak-anak aku datang atas tiket jemputan sekolah, dan bini aku pula jadi guru pengiring. Diorang siap cerita balik macam mana suasana kat sana dengan penuh inspirasi dan happening. Anak aku seronok join aktiviti yang ada, bini aku pun impressed dengan semangat dan kreativiti pelajar-pelajar yang bawa projek inovasi berkaitan kelestarian alam sekitar.

Baca juga - Kids Lab - Magis di Open Day BASF PETRONAS Chemical 2024

Aku suka dengan mesej event ni. Ya, ia bukan sekadar untuk menang pertandingan, tapi lebih kepada nak pupuk minat terhadap sains dan teknologi, serta kesedaran menjaga alam sekitar. Inilah generasi yang bakal jadi pemimpin changemakers untuk masa depan kita. 

Tahun Lepas Aku Jadi Crew, Tahun Ni Jadi Penonton Dari Jauh

Walaupun aku tak berada secara fizikal kat event tahun ni, tapi bila anak-anak balik rumah cerita dengan penuh semangat, siap tunjuk gambar dan cerita aktiviti satu-satu, rasa macam aku ada juga kat sana. Dalam hati aku cakap, "Tahun ni aku tak jaga kids lab, tapi kids aku sendiri yang jadi peserta. Fair enough."

Team GISPRO 2024

Terpaling fokus

Tahniah kepada semua sekolah yang terlibat, pelajar-pelajar yang bertanding dan yang datang melawat, guru-guru, dan semua rakan kolaborator yang menjayakan Eco Schools Green Science & Technology Carnival & GISPRO 2025. Semoga program macam ni terus subur dan berkembang di masa akan datang!

Enjoy...!!!


Beli Pool Baru, Tapi Sampai Time Hari Sekolah.....

Beli Pool Baru, Tapi Sampai Time Hari Sekolah.....

Aku ada beli kolam lipat untuk anak-anak. Beli je kat Shopee je. Pool ni  jenis foldable, bukan yang perlu tiup-tiup. Saiz aku ambil terus yang besar, dalam 3 meter, biar puas hati. Nak baring ke nak guling ke, semua boleh. Review pun banyak yang positif, tu yang buat aku confident beli.

Nampak tu penampakan budak kecik tu healing baring-baring dalam pool

Pool Sampai… Tapi Hari Sekolah

Tapi biasalah kan, bila kita excited beli barang anak-anak, barang tu pulak sampai… hari weekdays. Hari sekolah pulak tu! Anak-anak masa tu semua tengah sibuk sekolah, homework, kelas petang.

So bila parcel besar tu sampai rumah, bukan boleh terus main. Apa jadi?

Baca juga - Weekend Paling Function. Ceritera Family, Standy Kerja dan Komuniti Masyarakat

Kitorang buka je pool tu dalam rumah. Belum isi air pun lagi. Tapi anak-anak punya excited tu masuk pool tu macam dah kat waterpark! Siap main masak-masak dalam kolam, ada yang bawa buku, duduk bersila macam tengah camping.

Tahan gelak je la aku tengok. Tapi dalam hati, syukur sangat dapat bagi diorang moment macam ni. Tak ada air pun tak apa. Janji ada imaginasi.

Siap ajak kucing main dalam tu

Menghitung Hari ke “Real Splash”

Plan asal memang nak guna weekend nanti baru isi air. Bila masa lebih lapang, cuaca okay, dan aku pun ready nak jadi lifeguard tak rasmi kat tepi pool. Haha.

Sekarang ni pool tu dah jadi macam port lepak rasmi anak-anak dalam rumah. Siap bentang bantal, bawa mainan. Diorang tukar fungsi pool jadi benda lain. Hebat betul imaginasi.

Weekend Nanti Confirm Meriah

InsyaAllah bila weekend nanti tiba, air masuk, baju renang keluar, tuala standby. Aku pun join sekali rendam kaki, snap gambar banyak-banyak, dan dengar tawa anak-anak yang memang priceless.

Baca juga - Short Getaway di Sugeh Resort, Janda Baik – Best ke Tak? Ini Review Aku!

Kadang-kadang kita fikir nak bahagia kena bercuti jauh. Tapi rupanya, kolam dalam rumah pun boleh jadi “syurga kecil” anak-anak kalau kita bagi ruang untuk mereka enjoy cara mereka.

P/S: Stay tuned ya, nanti aku update blog ni lagi untuk versi “Pool Edition Basah!” Mungkin siap ada jeritan, air melimpah, dan ayah terpaksa mop satu rumah. Hahaha.

Enjoy...!!!

Weekend Paling Function. Ceritera Family, Standy Kerja dan Komuniti Masyarakat

Weekend Paling Function. Ceritera Family, Standy Kerja dan Komuniti Masyarakat

Weekend kali ni memang lain macam. Kalau biasanya cuti hujung minggu aku lebih ke arah “slow life”, kali ni boleh dikatakan semua slot waktu dari pagi sampai malam penuh berisi. Penat memang penat, tapi puas. Betul-betul rasa function hidup.

Sabtu - Kakak Singgah Rumah, Ikan Patin & Misi Membungkus

Pagi Sabtu, kakak aku dari Johor singgah sekejap kat Kuantan. Dia sebenarnya dalam perjalanan dari Terengganu, jenguk anak dia kat UNiSZA menghala ke Johor. Tapi sempatlah singgah makan sama. Kami ajak pergi makan dekat Sedap Weyhh, port ikan patin yang memang padu kat sini.

Family akak aku singgah kejap


Ajak makan Sedap Weyhh

Lepas makan, kakak aku terus balik semula ke Johor. Aku dan family sambung hari dengan top up barang dapur kat TMG, kemudian terus ke Eco Shop cari barang-barang hadiah untuk program Awal Muharam dekat PASTI taman aku. Bini aku in charge bahagian protokol & hadiah. Kitorang team up cari, susun dan bungkus hadiah ramai-ramai.

Antara hadiah-hadiah hasil tangan kami

Sementara kami bungkus hadiah, anak-anak main air kat mini pool luar rumah. Biar diorang seronok dan tak kacau “team logistik” ni buat kerja. Hahaha.

korang main la situ diam-diam

Petang Sabtu - Masuk Office Sekejap

Petang tu aku pula kena masuk office, sebab minggu ni aku standby. Ada kerja urgent yang perlu diselesaikan walaupun hari Sabtu. Nasib baik tak lama sangat, settle semua dalam pukul 9 malam. Balik rumah terus dinner dan sambung aktiviti santai.

Malam - Netflix & Keajaiban Air Mata Wanita

Lepas makan malam, kami decide nak lepak dan tenangkan fikiran dengan Netflix time. Pilihan malam tu: Keajaiban Air Mata Wanita.

Cerita ni sebenarnya kisah tentang seorang isteri yang kehilangan suami. Bila suami meninggal, hidup dia terus berubah, emosi tak stabil, rasa kosong, dan hampir hilang arah. Tapi yang buat aku tersentuh, dia mula kembali dekatkan diri kepada Allah, dan dari situ semangat dia perlahan-lahan datang semula.

Cerita ni ringkas tapi dalam. Tak penuh drama meleret, tapi cukup menyentuh perasaan. Ada nilai ketaatan, kecekalan, dan bagaimana seorang wanita boleh bangkit bila bersandar sepenuhnya pada iman.

Ahad - Bubur Asyura, Anak-anak Mewarna & Audit Masjid

Hari Ahad pun tak kurang meriahnya. Isteri aku ke PASTI, sambung urus program awal Muharam yang dia uruskan.

Anak-anak ikut sekali, sebab ada aktiviti mewarna dan cabutan bertuah. Alhamdulillah dua-dua menang, balik rumah senyum lebar.

Menggalas tanggungjawab sebagai MC


Suasana pertandingan mewarna

MAsing-masing dapat hadiah. Alhamdulillah

Aku pula ke masjid taman, ada program gotong-royong kacau bubur asyura. Duduk dari pagi sampai ke pukul 3 petang. Lama dah tak kacau kawah ni, lenguh tangan tapi puas hati. Suasana gotong-royong memang best, jumpa geng masjid, sembang sambil kacau, rasa kampung sangat.

Acah-acah. Hahaha


Pak cik - Pak cik terpaling mantap

Audit Kewangan Masjid

Lepas tu sempat lagi aku uruskan sesi audit kewangan masjid.

Kami semak dan sahkan laporan kewangan Januari hingga Jun 2025 bersama juru audit dalaman. Alhamdulillah tiada isu besar, semua diterima dan disahkan. Sekarang tinggal tugas terakhir, iaitu  bentangkan laporan pada AJK masjid hujung bulan nanti.

Satu tanggungjawab selesai, satu lagi menanti. Tapi rasa lega tu tak boleh nak cakap. Serius.

Letih Tu Ada, Tapi Syukur Lagi Banyak

Weekend ni mungkin tak fancy macam pergi travel atau bercuti ke mana-mana, tapi sangat penuh & bermakna.

Baca juga - Rasa Hari Ini Campur-campur Tapi Syukur

Daripada urus hal keluarga, bantu isteri, settle kerja, bantu komuniti, sampai ke urus audit masjid, semuanya sempat dilalui satu-satu. Alhamdulillah.

Letih tu memang letih. Tapi bila tengok balik…

Anak-anak happy

Isteri senyum

Kerja selesai

Amanah terlaksana

Hati pun rasa puas

Syukur. Tu je yang mampu aku kata. Syukur sangat.

UPKK Tahun Ni.!Harap Anak Rajin, Ibu Bapa Lagi Lah Kena Sedia

UPKK Tahun Ni.!Harap Anak Rajin, Ibu Bapa Lagi Lah Kena Sedia

Tahun ni anak sulung aku, Imtiyaz, akan ambil UPKK. Rasa macam cepat sangat masa berlalu. Dulu baru hantar PASTI, sekarang dah nak duduk dewan exam.

Sebagai mak ayah, selain doa dan galakan, apa lagi yang kita boleh bantu? Salah satunya, aku mulakan dengan belikan buku latihan lengkap untuk semua subjek UPKK.

Siri Latihan Tubi UPKK ni lengkap semua subjek. Aku beli satu set buku dari siri FUNBOOK – EDISI EXAM. Dalam tu ada 6 subjek utama UPKK termasuklah Ibadah, Jawi, Sirah, Bahasa Arab, Akidah dan Adab.






Konsep buku ni bagus, dia gabungan soalan-soalan tahun lepas dan ada juga soalan ramalan. Layout dia pun menarik, tak serabut, dan sesuai dengan pelajar Tahun 5 dari segi gaya dan bahasa.

Aku harap sangat Imtiyaz boleh konsisten jawab sikit-sikit setiap hari. Tak perlu stress, tapi biar biasa dengan bentuk soalan & isi kandungan.

Baca juga - Si Kecik Solehah Main Netball dengan Semangat Tak Kalah Walaupun Kalah. Kah..!!

Harapan Kecil Tapi Bermakna

Sebagai ibu bapa, kita tahu kejayaan tu bukan datang dari tekanan, tapi dari sokongan yang konsisten. Aku tak nak paksa Imtiyaz. Cuma nak dia tahu, kita sama-sama usaha.

Aku bantu sediakan bahan.

Dia cuba jawab.

Kita bincang sama-sama bila tak faham.

Dan akhirnya, kita tawakal sama-sama juga nanti.

Kalau Nak Dapatkan Buku Yang Sama:

Aku beli buku ni kat Shopee — link dia sini kalau korang nak tengok:

๐Ÿ”— Klik Sini – Buku Latihan UPKK FUNBOOK (6 Buku Set)

Kalau korang pun ada anak Tahun 5 tahun ni, jom kita sama-sama doakan anak-anak ni tenang, faham ilmu, dan berjaya dalam UPKK.

Bukan untuk markah semata-mata, tapi untuk bekal ilmu agama mereka insyaAllah.

Aminnn..!!

Si Kecik Solehah Main Netball dengan Semangat Tak Kalah Walaupun Kalah. Kah..!!

Si Kecik Solehah Main Netball dengan Semangat Tak Kalah Walaupun Kalah. Kah..!!

Baru-baru ni, anak aku yang paling kecik ni umur dalam 6 tahun, sekolah PASTI. Die masuk pertandingan netball wakil PASTI taman tempat aku duduk ni.

Bukan main bangga dia bila dapat tahu dia terpilih.

WD paling kecik belah kiri sekali tu anak aku. Ni gambar game friendly

Spot the different antara WA dengan WD

Hari Pertandingan, Satu Family Turun Padang

Hari game, kami satu keluarga turun padang jadi supporter rasmi. Tempat pertandingan dibuat kat POLO, Indera Mahkota.

Dari jauh dah nampak budak-budak comel beratur pakai jersey warna-warni, dengan tudung diikat kemas, semangat berkobar-kobar walau tak cukup tinggi nak lawan bola tinggi.

Kat sebelah pula ada acara bola sepak untuk budak lelaki. Meriah suasananya macam karnival mini, tapi penuh suara mak ayah jerit "lariii, lariii!", dan "bagusnya anak aku!" walau bola entah ke mana. Kah kah kah.




Ni team bola sepak. Dapat nombor 3. Terbaik..!!!

Anak Aku jadi WD Tapi Laju Macam Runner

Anak aku jadi WD (Wing Defense). Dalam court tu, dia la paling rajin. Kejar bola ke sana ke mari, kadang siap jatuh bangun sebab terlalu semangat.

Tapi yang lawaknya, dia asyik kejar bola je, jarang dapat pegang betul-betul. Tapi takpelah, pengalaman tu yang mahal.

Kami kat tepi court pun seronok tengok dia.

Baca juga - Throwback Sambut Hari Lahir Imtiyaz ke-11

Walaupun Kalah, Hadiah Tetap Buat Senyum Lebar

Pasukan dia tak menang, tapi semua peserta dapat hadiah saguhati. Bagus la, tak la pulang tangan kosong kan.


Hati mak ayah mana yang tak cair tengok anak bahagia dengan pencapaian kecil tapi bermakna tu?

Bagi aku, bukan menang yang penting untuk budak-budak macam ni. Tapi semangat, pengalaman, dan keberanian tu yang paling berharga.

Dia belajar masuk padang, dengar arahan coach, bekerjasama dengan kawan-kawan, dan yang paling penting, dia berani cuba. Itu yang buat aku bangga.

Nanti kalau ada lagi game macam ni, confirm satu family jadi supporter tetap!

Dan siapa tahu, WD kecik ni mungkin jadi shooter pula satu hari nanti. Insyallah.

Enjoy...!!!

Tengok Sendiri Projek Mural Khat Adik Ipar. Cantik, Kemas & Penuh Jiwa.!

Tengok Sendiri Projek Mural Khat Adik Ipar. Cantik, Kemas & Penuh Jiwa.!

Baru-baru ni aku sempat singgah tengok projek mural khat adik ipar aku kat sekolah agama Senggarang.

Kebetulan balik kampung kat Batu Pahat, dia ajak tengok sendiri hasil tangan dia.

“Wow, memang power jugak adik ipar aku ni. Tangan dia melakar seni, hati dia sabar tenang.”

Mural Khat, Lebih Daripada Sekadar Tulisan

Bila tengok depan-depan, aku terus kagum. Mural khat ni bukan sekadar hiasan dinding.

Tapi seni yang hidup. Ayat Quran, doa harian, dan kata-kata hikmah tu semua ditulis dengan penuh teliti, warna yang cantik, dan susunan yang harmoni.

Setiap tulisan tu macam ‘bercakap’ dengan budak-budak yang tengok hari-hari.

Supporter paling kuat. Mak..!!


Setiap dinding tu hasil tangan Pakmal Mural

Kita pun nak cuba waakk..!!

Pandai Bahagi Masa Antara Cikgu, Mural & Keluarga

Yang buat aku lagi kagum dan bangga, adik ipar aku ni bukan buat mural je. Dia cikgu sekolah. Ada komitmen harian, tugas hakiki. Lepas tu, ada anak-anak kecil yang perlu perhatian dan kasih sayang.

Tapi dia tetap mampu cari ruang dan masa untuk terus hasilkan mural yang berkualiti. Bukan calang-calang orang boleh bahagi masa macam tu.

It takes heart, passion, and discipline.

Aku salute betul bro..!!

Baca juga - Serumpun Challenge: Famili Aku Pun Join Sekali!

Kalau Area Batu Pahat, Ramai Sekolah Dah Jemput. Adik ipar aku banyak hasilkan mural sekitar Batu Pahat.

Sekolah agama, sekolah rendah, pusat tahfiz, memang banyak tempat dah jemput dia untuk bermural.

Mural dia bukan setakat "cantik tengok", tapi juga jadi nilai tambah pada suasana pembelajaran.

Nak Tengok Hasil Kerja Dia?

Kalau nak tengok sendiri, boleh follow TikTok dia: @pakmal_mural

@pakmalmural Mural #keceriaansekolah #muralsekolah #sogame #muralkhat #lukismural #doa ♬ Subhan Allah - Mohamed Youssef

Kat situ dia selalu kongsi proses mural dari awal sampai siap.

Serius, puas hati tengok, dengan warna terang, tulisan kemas, vibe sekolah terus naik seri.




Boleh juga dijadikan inspirasi untuk yang minat seni khat atau mural dakwah.

Semoga Allah luaskan rezeki adik ipar aku ni, dan terus bagi kekuatan untuk sebarkan kebaikan melalui seni.

P/S:

Kalau cikgu-cikgu kat Batu Pahat tengah cari pelukis mural yang faham kehendak sekolah, boleh je contact dia.

InsyaAllah puas hati. Dapat mural cantik, dapat juga ‘pahala senyap’ bila anak-anak tengok ayat-ayat Quran hari-hari.

Insyallah..

Enjoy...!!!

 

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com