29.6.25

Tengok Sendiri Projek Mural Khat Adik Ipar. Cantik, Kemas & Penuh Jiwa.!

Baru-baru ni aku sempat singgah tengok projek mural khat adik ipar aku kat sekolah agama Senggarang.

Kebetulan balik kampung kat Batu Pahat, dia ajak tengok sendiri hasil tangan dia.

“Wow, memang power jugak adik ipar aku ni. Tangan dia melakar seni, hati dia sabar tenang.”

Mural Khat, Lebih Daripada Sekadar Tulisan

Bila tengok depan-depan, aku terus kagum. Mural khat ni bukan sekadar hiasan dinding.

Tapi seni yang hidup. Ayat Quran, doa harian, dan kata-kata hikmah tu semua ditulis dengan penuh teliti, warna yang cantik, dan susunan yang harmoni.

Setiap tulisan tu macam ‘bercakap’ dengan budak-budak yang tengok hari-hari.

Supporter paling kuat. Mak..!!


Setiap dinding tu hasil tangan Pakmal Mural

Kita pun nak cuba waakk..!!

Pandai Bahagi Masa Antara Cikgu, Mural & Keluarga

Yang buat aku lagi kagum dan bangga, adik ipar aku ni bukan buat mural je. Dia cikgu sekolah. Ada komitmen harian, tugas hakiki. Lepas tu, ada anak-anak kecil yang perlu perhatian dan kasih sayang.

Tapi dia tetap mampu cari ruang dan masa untuk terus hasilkan mural yang berkualiti. Bukan calang-calang orang boleh bahagi masa macam tu.

It takes heart, passion, and discipline.

Aku salute betul bro..!!

Baca juga - Serumpun Challenge: Famili Aku Pun Join Sekali!

Kalau Area Batu Pahat, Ramai Sekolah Dah Jemput. Adik ipar aku banyak hasilkan mural sekitar Batu Pahat.

Sekolah agama, sekolah rendah, pusat tahfiz, memang banyak tempat dah jemput dia untuk bermural.

Mural dia bukan setakat "cantik tengok", tapi juga jadi nilai tambah pada suasana pembelajaran.

Nak Tengok Hasil Kerja Dia?

Kalau nak tengok sendiri, boleh follow TikTok dia: @pakmal_mural

@pakmalmural Mural #keceriaansekolah #muralsekolah #sogame #muralkhat #lukismural #doa ♬ Subhan Allah - Mohamed Youssef

Kat situ dia selalu kongsi proses mural dari awal sampai siap.

Serius, puas hati tengok, dengan warna terang, tulisan kemas, vibe sekolah terus naik seri.




Boleh juga dijadikan inspirasi untuk yang minat seni khat atau mural dakwah.

Semoga Allah luaskan rezeki adik ipar aku ni, dan terus bagi kekuatan untuk sebarkan kebaikan melalui seni.

P/S:

Kalau cikgu-cikgu kat Batu Pahat tengah cari pelukis mural yang faham kehendak sekolah, boleh je contact dia.

InsyaAllah puas hati. Dapat mural cantik, dapat juga ‘pahala senyap’ bila anak-anak tengok ayat-ayat Quran hari-hari.

Insyallah..

Enjoy...!!!

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com