Nak kongsi satu cerita biasa-biasa je, tapi bagi aku… cukup buat rasa lega dan seronok sikit.
Aku baru beli printer baru!
Jenis Canon juga — dari model lama G2010, sekarang naik taraf ke Canon PIXMA G3010.
Printer Lama: G2010, Si Setia 5 Tahun
Canon G2010 ni dah banyak berjasa.
Ni Canon PIXMA G2010. Dah 5 tahun pakai, masih elok lagi |
Lima tahun teman aku print segala benda — dari kerja pejabat, latihan anak-anak, sampai la ke borang dan dokumen masjid.
Cuma satu je yang jadi cabaran — dia tak ada scanner.
Jadi bila nak scan resit atau surat rasmi, kena cari tempat lain. Kadang snap pakai phone, tapi tak semua benda sesuai guna cara tu.
Upgrade ke Canon G3010 – Sebab Hidup Kena Makin Mudah
Lepas fikir-fikir, aku pun upgrade ke Canon PIXMA G3010.
Aku beli kat kedai dekat-dekat dengan Megamall Kuantan — tak jauh dari rumah, boleh terus bawa balik lepas survey.
Kenapa aku pilih model ni?
- Ada scanner – ini yang aku paling perlukan sekarang
- Boleh print secara wireless – print terus dari phone, tak payah sambung kabel
- Masih pakai ink tank refill – jimat & tahan lama
- Sesuai untuk kegunaan rumah, kerja, dan urusan masjid
Selain guna untuk anak-anak dan kerja sendiri, printer ni sangat membantu untuk urusan masjid.
Kadang aku perlu:
- Print bil-bil dan laporan bulanan
- Scan resit untuk penyata kewangan
- Cetak surat edaran, notis mesyuarat, atau label fail
Biasanya kerja-kerja ni kena cepat dan kemas. Jadi dengan ada printer yang ada scanner & boleh print terus dari phone, banyak urusan jadi lancar. Insyallah.
Kadang kita tak sangka, benda macam printer boleh bagi impak besar.
Bukan sekadar jimat masa, tapi juga bantu mudahkan urusan yang penting. Terutama untuk komuniti & kerja sukarela macam kat masjid.
Baca juga - Benda-Benda Kecil Tapi Boleh Buat Kau Bahagia
Anyhow, tak semestinya kena beli benda besar baru rasa puas.
Kadang upgrade kecil pun dah cukup buat kita rasa “yes, ini memudahkan.”
Selamat datang ke rumah, Canon G3010.
Moga panjang umur, dan bantu urus kerja dunia & akhirat.
Enjoy...!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan