4.6.25

Throwback Raya dengan Geng Office. Makan, Sembang & Gelak Tak Ingat Dunia

Walaupun raya aidilfitri dah lepas, kenangan raya dengan kawan-kawan kilang ni masih segar dalam kepala.

Kitorang bukan buat majlis besar-besaran pun…

Tapi sebab ada makan sedap, gelak besar, dan kawan-kawan yang sekepala, terus jadi salah satu raya yang paling best!

Port Raya: Rumah Athma

Tahun ni kitorang decide nak lepak rumah die.

Tak tahu kenapa, tapi rumah dia macam ada aura "raya" sangat. Alaa ikut turn sebenarnya. Huhuhuh. 

Tahun ni kami buat konsep potluck raya. Semua orang bawak makanan sendiri. Kiranya, meja makan tu penuh dengan kasih sayang. Gituuuu

Aku Bawak Apa? Aku bawak khas dari dapur rumah aku, Rendang daging, Lemang (beli..!! Tak kuasa aku nak membakarnya), Kuah lontong Johor (as Johorean, this is pride & honour ok!), dan yang lain bawak macam-macam jugak. Ada ketupat palas, kek homemade, dessert manis yang confirm naik gula dan macam-macam. Tak sangka pulak hari tu penuh makanan atas meja tu. 

Lepak Selepas Asar Sampai Malam

Kami start lepas Asar. Bukan setakat makan je. Tapi ada sesi Sembang, Gossip suam-suam manja, dan borak-borak. 

Wajib: Video Raya Ikut Trend TikTok

Yang ni tak boleh tinggal.

Setiap tahun mesti ada satu video raya trend. Siap dengan skrip, aksi kelakar, gaya lenggok lembut ala-ala iklan TV.

Apa Yang Paling Best?

Raya dengan membe-membe ni lain. Tak perlu fancy. Tak perlu meja panjang berlapis-lapis. Yang penting, ada membe yang buat kita rasa syok, rasa diterima, rasa "aku boleh jadi diri aku". Ha gituuuu.

Raya mungkin sehari dua, tapi kenangan macam ni... boleh buat kita senyum sepanjang tahun.

Terima kasih Athma untuk rumah, dan semua yang bawa bukan je makanan, tapi juga gelak ketawa yang mahal nilainya.

Enjoy...!!!

@papaglamz

Nyam nyam ketupat nyammmmm...

♬ original sound - Papaglamz
@papaglamz

Masih raya lagi..!! POT LUCK RAYA Thank you tuan rumah Tumpang sepahkan rumah

♬ Meriah Suasana Hari Raya - yuli

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com