Baru hari ni sempat tulis.
Padahal sambut dah bulan 5 haritu. Tapi takpelah, moment tetap momentkan. Dan rasa sayang tu tak expired walau lewat update. Tibaaaa..!! Haha
Bulan Mei lepas, anak sulung kami Imtiyaz genap 11 tahun. Allahu… cepatnya masa. Rasa macam baru semalam aku iqamahkan die masa lahir, sekarang dah pandai order kek sendiri. Requst macam-macam.
Pilih Secret Recipe, Sebab Semua Orang Confirm Makan!
Kitorang celebrate sederhana tapi penuh makna. Just makan-makan kat Secret Recipe.
Bukan sebab fancy sangat pun, tapi sebab semua suka.
Daripada pasta, nasi goreng, kek sampai la ke air coklat pekat, semua settle!
Makanan penuh atas meja. Muka semua excited. Tapi yang paling penting, Imtiyaz senyum tak henti.
Takde surprise party. Takde belon helium. Tapi aku bagi hadiah paling mahal iaitu masa aku sepenuhnya untuk dia hari tu.
Sembang, makan sama, borak gelak-gelak.
Kadang kita lupa, benda tu je pun dah cukup buat anak rasa dihargai.
Imtiyaz, Si Kakak yang Lembut Tapi Tegas
Dia anak sulung, tapi jiwa dia penuh kelembutan.
Suka tolong, sayang adik-adik, dan rajin tengok mak ayah kalau sibuk.
Tapi bila dia cakap "tak nak", maknanya memang tak nak. Haha! Tegas pun ada.
Doa Kami Untuk Imtiyaz
Semoga Imtiyaz terus membesar dengan sihat, cerdik, bijak agama dan dunia.
Semoga jadi anak yang menyejukkan mata dan hati kami.
Kami sayang awak sangat-sangat, dunia akhirat, sampai syurga, insyaAllah.
Baca juga - Dah 37 Pun Masih Dapat Hadiah, Alhamdulillah!
P/S:
Kalau ada yang tanya, kek red velvet tu memang sedap. Tapi paling manis malam tu, senyuman Imtiyaz yang tak lekang dari mula sampai habis.
Enjoy...!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan