Hunting Baju Hujan kat DIY: Tapi.....

Hunting Baju Hujan kat DIY: Tapi.....

Musim hujan ni memang mencabar. Dari Jumaat lepas, langit Kuantan macam merajuk, tak bagi peluang langsung matahari nak menjenguk. Hujan turun tanpa kompromi, dari pagi ke malam. Jadi, bila baju hujan lama dah bocor sana sini, aku buat keputusan kena cari yang baru.

So, aku ajak keluarga pergi ke DIY. Misi utama? Baju hujan baru. Tapi, macam biasa, bila dah sampai, lain cerita jadinya.

Anak-anak mula dengan gaya comel masing-masing, "Ayah, nak benda ni!" sambil tunjuk barang-barang kecil yang warna-warni. Dari sticker-sticker kecil sampai mainan plastik. Bini aku pulak tiba-tiba teringat itu ini. Kita layan je waaaakkkkk...!!!

Baca juga - Misi Top-Up Barang Dapur kat Tunas Manja

Satu demi satu barang masuk troli. Aku geleng kepala sambil ketawa kecil. “Macam ni lah kalau pergi DIY. Ni hunting baju hujan ke shopping raya?” gurau aku pada si dia. Dia cuma senyum, "Sabar je lah bang. Ni semua penting!"

Hasil hunting budak-budak

Akhirnya, kami jumpa juga baju hujan yang dicari. Jenis tebal dan kalis air betul. Alhamdulillah, selamat beli. Tapi bila tengok troli penuh lebih 10 barang, rasa macam ulang episod hunting kat Eco Shop minggu lepas pula.

Dalam perjalanan balik, hujan lebat lagi. Tapi kali ni hati aku tenang, sebab misi berjaya. Baju hujan dah ready. Anak-anak pula seronok dengan barang-barang yang mereka "hunting". Walaupun penat, rasa puas. Sebab dalam masa sibuk hunting, ada momen-momen kecil yang buat aku sedar, inilah kehidupan—keluarga, hujan, dan DIY!

Enjoy...!!!

Aku yang Nervous di Hari Mesyuarat AJK Masjid An-Nur 2025

Aku yang Nervous di Hari Mesyuarat AJK Masjid An-Nur 2025

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga mesyuarat AJK Masjid An-Nur kali pertama bagi tahun 2025. Kalau korang nak tahu, hari ni memang penuh dengan agenda dan perbincangan penting. Bayangkan, mesyuarat start pukul 8.30 pagi dan habis dekat pukul 1 tengah hari. Nasib baik siap sebelum Zuhur. Kalau tak, mau sambung sesi petang, aduhhh boleh lenguh duduk lama!

Bendahari sedang fokus. Hehehe


Barisan AJK & pegawai masjid

Sebagai Bendahari Masjid, aku macam biasa lah, kena bentang laporan kewangan untuk tahun 2024. Serius, moment ni memang setiap tahun buat aku nervous. Fikirannya, bukan senang nak explain dengan jelas perjalanan kewangan masjid kepada semua AJK. Tapi alhamdulillah, tahun ni semua terima laporan aku tanpa ada pindaan. Fuhhh, lega hati kita wak! Aku memang rasa puas hati bila tengok semua orang faham apa yang aku bentangkan. Good job, Faizal! (Eh, kena puji diri sendiri sikit, kan? Hehe.)


Lepas selesai bab kewangan, kami terus bincang hal-hal lain. Antara yang jadi highlight ialah:
  1. Takwim Program Pengimarahan Masjid
    Banyak program menarik yang dirancang untuk separuh pertama tahun 2025. Harapnya semua ini dapat melibatkan lebih ramai jemaah untuk memakmurkan masjid.

  2. Persediaan Ramadan
    Bulan suci semakin dekat, jadi topik ni memang jadi tumpuan utama. Kami bincang pasal jadual berbuka, moreh, imam jemputan tarawih, dan aktiviti-aktiviti sepanjang Ramadan nanti. Moga semuanya berjalan lancar, inshaAllah.

  3. Isu-Isu Berbangkit
    Ada juga perbincangan tentang van jenazah, projek pembangunan masjid baru, dan beberapa perkara lain yang penting untuk kebajikan jemaah.

Aku harap hasil dari mesyuarat hari ni dapat jadi panduan untuk kami semua, terutama dalam mengimarahkan lagi Masjid An-Nur ni. InshaAllah, dengan kerjasama semua AJK, segala yang dirancang akan tercapai.

Haa, korang pula macam mana? Kalau korang AJK kat mana-mana organisasi, apa benda paling mencabar bagi korang waktu meeting? Meh share kat komen. 😊

Enjoy...!!!

Outing Jalan-jalan Kuantan dengan Anak Angkat

Outing Jalan-jalan Kuantan dengan Anak Angkat

Baru-bru ni, ada satu pengalaman yang buat hati aku rasa bahagia. Ceritanya tentang anak sulung atuk saudara aku, Haziq, yang sekarang belajar di Sekolah Menengah Teknik Kuantan. Sekolah dia tu dekat je dengan rumah aku—tak sampai 10 minit pun kalau naik kereta. Jadi, bila dapat peluang outing dengan dia, kami tak lepaskan peluang.

Kitorang plan simple je. Kebetulan Haziq pun dah lama tak keluar dengan kitorang. Jadi, aku ajak dia pergi makan ikan patin. Dekat Kuantan ni, ikan patin memang famous, kan? Siapa je yang tak tahu. Kami pergi ke salah satu kedai ikan patin yang orang kata top-notch

Kami sembang macam-macam sambil makan. Dia cerita tentang pengalaman di sekolah, rutin harian, dan kawan-kawan baru dia. Aku perasan ada semangat dalam cerita dia. Rasa bangga pulak tengok dia pandai bawa diri jauh dari keluarga.

Lepas kenyang makan ikan patin, kami pun gerak ke tempat bowling. Sampai je sana, masing-masing mula tunjuk gaya confident nak ‘beraksi’. Tapi siapa sangka, bila permainan bermula, semua gaya yakin tu bertukar jadi gelak tawa.

Bola aku banyak masuk longkang. Haziq, isteri dan anak-anak aku yang ikut sekali pun tak kurang lawaknya—sampai ada gaya baling bola macam nak lempar jaring ikan. Tapi, yang paling best bila ada seorang daripada kami berjaya buat strike atau spare. Riuh sorakan satu lorong macam kami baru menang kejohanan besar. Hahaha

Balik outing tu, aku terfikir, outing ni bukan setakat pasal makan sedap je. Ia lebih kepada peluang untuk reconnect dengan orang yang kita sayang, walaupun dia bukan anak sendiri. Tengok dia seronok, aku pun rasa puas hati.

Apa yang aku suka tentang aktiviti ni ialah, walaupun ada yang tak pandai main (termasuklah aku), semua orang tetap enjoy. Tak ada rasa malu atau stress. Semua main suka-suka, gelak-gelak, dan kutuk manja sesama sendiri.

Bila tengok Haziq dan family aku gelak besar dan enjoy masa outing tu, aku rasa puas hati sangat. Kadang-kadang budak asrama ni mungkin rasa stress dengan kehidupan sekolah yang penuh disiplin dan jadual padat. Jadi, bila ada masa untuk keluar, aku rasa penting untuk bawa dia buat aktiviti yang boleh bagi dia rehatkan fikiran.

Aku dah mula fikir, next outing nanti nak bawa dia ke tempat lain pula—mungkin ke pantai untuk santai-santai atau tempat outdoor yang lebih adventure. Yang penting, momen macam ni terus kekal jadi kenangan manis untuk dia dan kami semua. 😊

Enjoy...!!!

Nasi Goreng Cabai Tumbuk Menggamit Memori Masa Kecil

Nasi Goreng Cabai Tumbuk Menggamit Memori Masa Kecil

Aku ternampak perkongsian akak Shamsinar di Facebook tadi, dan hati aku terusik. Resepi nasi goreng cabai tumbuk yang dia kongsikan tu sungguh menggamit memori masa kecil aku dulu. Tiba-tiba aku rasa seperti diheret kembali ke dapur kecil rumah kampung kami, di mana bau tumisan bawang dan ikan bilis memenuhi ruang udara setiap pagi.

Mak aku, walaupun dengan bahan yang serba ringkas, boleh buat masakan yang rasa macam ada ‘sihir’. Salah satu kegemaran aku ialah nasi goreng cabai yang dia masak. Bahan-bahannya tak rumit langsung — nasi sejuk, cabai kering, bawang merah, bawang putih, ikan bilis, dan kadang-kadang isi ikan goreng. Tiada sukatan ya. Semuanya agak-agak je. Tapi cara mak tumbuk bahan-bahan dengan lesung batu tu, lemah-lembut tapi penuh tenaga, membuatkan rasanya lain macam. Tak pernah sekali pun dia guna mesin pengisar, sebab katanya rasa nasi goreng tu tak akan sama.

Aku masih ingat, kami adik-beradik akan duduk bersila di atas lantai dapur, sambil perut berbunyi-bunyi menunggu mak siap masak. Bau nasi goreng tu menusuk hidung, menggoda kesabaran kami. Bila akhirnya mak hidangkan di pinggan besar ataupun dulang, kami semua makan dengan berselera. Selalunya, aku minta tambah.

Bila baca resepi akak Shamsinar tadi, aku rasa macam nak terus ke dapur cuba masak. Resepi dia memang simple je. Serius, tengok gambar nasi goreng dia tu pun dah buat air liur aku meleleh.

Kadang-kadang kita tak sedar, makanan bukan sekadar untuk mengisi perut. Ia adalah perantara kenangan, jambatan kepada masa lalu yang kita rindui. Bau, rasa, dan rupa makanan boleh membawa kita pulang ke zaman kanak-kanak, ke saat-saat di mana hidup terasa lebih mudah dan bahagia.

Baca juga - Santai di Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur, Kuantan

Korang pernah rasa macam tu tak? Tiba-tiba angin rindu datang, teringin nak makan sesuatu yang rasa macam masakan mak atau nenek dulu-dulu? Kalau pernah, aku cadangkan korang cuba resepi nasi goreng cabai tumbuk ni. Sebab aku yakin, sekali korang masak dan makan, korang pun akan rasa ‘vibes’ kampung yang dah lama hilang tu.

Selamat mencuba dan menikmati, ya!

Enjoy...!!!

Tempat Hiking Menarik di Kuantan untuk Semua Peringkat

Tempat Hiking Menarik di Kuantan untuk Semua Peringkat

Sebagai seseorang yang pernah aktif hiking sekitar Kuantan, aku nak kongsikan beberapa tempat menarik untuk korang yang mungkin baru nak mula, atau sekadar mencari idea tempat hiking. Kuantan memang kaya dengan lokasi hiking yang sesuai untuk pelbagai peringkat kecergasan. Berikut adalah tiga tempat kegemaran aku yang kerap aku lawati dahulu:

1. Bukit Pelindung

Bukit Pelindung adalah antara tempat hiking paling popular di Kuantan. Trek di sini tidak terlalu mencabar, jadi sesuai untuk beginner atau mereka yang mencari aktiviti santai. Korang boleh pilih sama ada nak ikut trek jalan tar atau trek hutan. Petang dan hujung minggu biasanya agak ramai orang, jadi suasana meriah dan selamat untuk hiking.


Jom tonton video aku hiking kat bukit pelindung.

2. Bukit Panorama

Kalau korang nak pengalaman unik, Bukit Panorama di Sungai Lembing adalah pilihan terbaik. Trek ini bertangga, dan kebanyakan orang datang ke sini untuk menikmati pemandangan matahari terbit. Hiking perlu dimulakan selepas Subuh, jadi korang akan mendaki dalam suasana gelap menggunakan lampu suluh. Perjalanan ke puncak biasanya mengambil masa sekitar sejam. Penat lelah korang akan terbayar dengan keindahan sunrise yang memukau.

Sumber: visitmalaysia.com


Sumber: jommoutdoor.com

3. Air Terjun Pelangi

Tempat ini adalah satu lagi lokasi ikonik di Kuantan. Air Terjun Pelangi terkenal dengan fenomena pelangi yang muncul di sekitar air terjun kerana pembiasan cahaya matahari. Untuk sampai ke sini, korang perlu menaiki 4WD dari kawasan bawah, kemudian sambung hiking sedikit. Trek ini lebih mencabar tetapi sangat berbaloi. Waktu terbaik untuk sampai ialah sekitar jam 11 pagi, bila matahari cukup tinggi untuk menghasilkan efek pelangi.

Tempat Hiking Lain di Kuantan

Selain tiga tempat di atas, ada banyak lagi lokasi hiking menarik yang boleh korang cuba:

  • Tanjung Tembeling
  • Bukit Galing
  • Old Dam Waterfall Loop via Taman Polo
  • Sekilau Falls
  • Bukit Rangin
  • Bukit Tokki - Bukit Kecil

Setiap tempat ini ada keistimewaannya sendiri. Sama ada korang nak trek mencabar atau pengalaman santai, Kuantan memang ada semuanya.

Mungkin perkongsian ini boleh jadi motivasi untuk aku (dan korang) kembali aktif hiking. Jom sama-sama mulakan langkah kecil untuk kekal sihat dan menikmati keindahan alam sekitar! Kalau korang ada cadangan tempat lain atau pengalaman menarik, jangan lupa kongsikan di ruangan komen.

Tag: #HikingKuantan #BukitPelindung #BukitPanorama #AirTerjunPelangi #AktifKembali #NatureLovers

Enjoy...!!!


Alhamdulillah, Selesai Audit Kewangan Masjid 2024!

Alhamdulillah, Selesai Audit Kewangan Masjid 2024!

Hari ni aku nak cerita sikit pengalaman aku baru selesai sesi review dan audit kewangan masjid bagi tahun 2024. Audit kali ni berjalan lancar, alhamdulillah, walaupun tetap ada beberapa pembetulan kecil yang perlu dijelaskan kepada juruaudit dalaman. Biasalah, kerja melibatkan duit ni kena teliti, apatah lagi kalau duit tu amanah untuk masjid.

Sesi kali ni memang rasa lega sebab tak ada isu besar. Hanya ada kira-kira yang perlukan sedikit penerangan. Alhamdulillah, juruaudit pun memahami dan urusan jadi mudah. Dalam hati, aku rasa bersyukur sebab segala usaha pengurusan kewangan sepanjang tahun ni membuahkan hasil yang baik.

Sekarang, dah masuk tahun 2025. So, are you ready? Aku memang dah siap sedia mental dan fizikal untuk tanggungjawab ni lagi setahun. Setiap ringgit yang keluar masuk, setiap resit yang tersimpan, semuanya ada cerita sendiri. 

Apa yang aku harapkan untuk 2025 ni, semoga semua urusan dipermudahkan dan rezeki masjid terus bertambah. Duit masjid ni amanah besar. Setiap sen kena pastikan sampai pada tempat yang betul – untuk manfaat jemaah dan masyarakat.

Baca juga - Report, Audit, dan Amanah: Cerita Awal Tahun 2025

InsyaAllah, aku akan terus belajar, tingkatkan pengurusan, dan yang penting, jaga niat supaya segalanya untuk kebaikan bersama. Jadi, kalau ada yang baca ni, doakan aku ya, supaya tahun ni pun berjalan lancar macam tahun-tahun sebelum ni.

Semoga 2025 jadi tahun yang baik untuk kita semua. InsyaAllah! 😊

Enjoy...!!!

Nasihat Tak Terjangka: Aib Pasangan yang Perlu Dijaga

Nasihat Tak Terjangka: Aib Pasangan yang Perlu Dijaga

Hari ini aku nak share something. Takdir Allah memang indah dan penuh kejutan. Bayangkan, aku saja je scroll media sosial seperti biasa, menonton video-video pendek untuk mengisi masa lapang. Namun, di tengah-tengah semua itu, telinga aku tiba-tiba tertangkap satu ceramah motivasi tentang rumah tangga. Aku tak ada niat pun nak dengar, tapi entah kenapa hati tertarik. Jadi, aku teruskan mendengar hingga habis.

Ceramah itu membahas "Aib Pasangan yang Perlu Dijaga", dan ada beberapa perkara penting yang aku rasa kena dengan kehidupan kita. Antara pesanan yang disampaikan:

  1. Jangan bertengkar di depan anak-anak.
    Anak-anak adalah amanah, dan mereka berhak hidup dalam suasana kasih sayang. Kalau kita bertengkar di depan mereka, kita bukan sahaja merosakkan pandangan mereka tentang keluarga tetapi juga mungkin menyemai trauma dalam jiwa kecil mereka.

  2. Jangan bertengkar di depan orang tua dan mertua.
    Orang tua kita adalah insan yang paling risau bila melihat anak-anak mereka bermasalah. Jangan bebankan mereka dengan drama rumah tangga kita.

  3. Jangan bercerita kepada teman-teman tentang rumah tangga.
    Kadang-kadang, kita memang perlukan tempat meluah, tapi perlu bijak memilih siapa yang boleh dipercayai. Pesan penceramah itu, kalau mahu bercerita, biarlah kepada teman rapat yang benar-benar memahami dan tidak menyebarkan cerita.

  4. Jangan bertengkar di keramaian.
    Kalau kita berbalah di tempat awam, cerita itu boleh tersebar dan jadi bualan orang. Rumah tangga kita bukan untuk hiburan sesiapa.

  5. Seburuk-buruknya pasangan, dunia tak perlu tahu.
    Setiap pasangan ada kekurangan, tapi dunia luar tak perlu tahu kelemahan itu. Cukup kita berdua saling memperbaiki.

  6. Selagi masih ingin bersama, saling memperbaiki dan memahami.
    Tiada rumah tangga yang sempurna, tetapi selagi ada cinta dan kesungguhan untuk berubah, semuanya boleh diperbaiki.

Aku terkesima dengan nasihat ini. Betul, kadang-kadang Allah mahu menegur kita melalui cara yang tak disangka-sangka. Dalam kesibukan kita scroll media sosial sana sini, ada detik di mana Allah menarik perhatian kita kepada sesuatu yang bermanfaat.

Aku bersyukur kerana dipertemukan dengan ceramah ini. Pesan terakhir penceramah itu benar-benar menusuk hati: “Rumah tangga bukan tentang siapa yang menang atau siapa yang kalah. Ia tentang bagaimana dua jiwa saling melengkapi dan memuliakan.”

Terima kasih, ya Allah, atas teguran-Mu yang indah ini. ❤️

Enjoy...!!!

Honda Civic Facelift 2025: Dia dah Sampai!

Honda Civic Facelift 2025: Dia dah Sampai!

Aku baru saja terbaca tentang Honda Civic Facelift 2025 yang dilancarkan di Malaysia dan serius, aku rasa sangat teruja nak tahu lebih lanjut! Model generasi ke-11 ni bukan sekadar facelift biasa—banyak perubahan menarik menanti.

Reka Bentuk Baharu yang Menggoda

Apa yang membuatkan aku terpukau dulu? Reka bentuk luaran dia! Gril depan nampak lebih segar, lampu utama lebih tajam, dan bampar belakang punya gaya sporty memang cukup untuk buat sesiapa pun menoleh dua kali. Kalau korang jenis yang suka kereta nampak elegan tapi sporty, Honda Civic 2025 ni memang kena dengan citarasa.

Teknologi Terkini, Lagi Canggih

Lepas tu, aku baca tentang teknologi baru yang ditambah. Civic 2025 ada sistem infotainmen yang lebih besar dan mesra pengguna. Nak dengar lagu, guna navigasi, atau sambungkan telefon, semuanya mudah! Lagi satu, Honda Sensing dah jadi standard untuk semua varian. Maknanya, korang tak perlu risau tentang keselamatan sebab teknologi ni memang power untuk bantu pemanduan lebih selamat.

Varian dan Harga – Pilihan untuk Semua

Sama seperti penawaran sebelum ini, Honda Civic Facelift 2025 akan hadir dengan empat varian menarik:

  • 1.5L E – RM133,900
  • 1.5L V – RM144,900
  • 1.5L RS Petrol – RM149,900
  • e:HEV 2.0L RS hibrid – RM167,900

Dengan pelbagai pilihan varian, korang boleh pilih model yang paling sesuai dengan keperluan dan bajet. Dari varian petrol hingga hibrid dengan sistem elektrifikasi, semuanya menawarkan teknologi terkini dan prestasi yang mantap.

Aku rasa, Honda Civic Facelift 2025 ni memang bakal jadi pilihan utama peminat automotif di Malaysia. Gabungan reka bentuk moden, teknologi canggih, dan ciri keselamatan premium mesti ramai tak sabar nak memilikinya. Tapi tengok poket masing-masing dulu ya. Heheheh

#HondaCivic2025 #FaceliftCivic #KeretaImpianku #HargaCivic2025

Enjoy...!!!

Diam-diam Dah Ada Gen Beta: Selamat Datang, Generasi Beta!

Diam-diam Dah Ada Gen Beta: Selamat Datang, Generasi Beta!

Baru-baru ini, aku terbaca satu perkongsian menarik di Facebook tentang generasi baru yang akan mula mewarnai dunia pada tahun 2025 iaitu Generasi Beta (Gen Beta). Wah, rasa teruja pula nak bercerita lebih lanjut!

Sumber - HotFM

Tahu tak? Gen Beta ini adalah generasi yang lahir bermula tahun 2025 hingga 2040. Mereka hadir selepas Generasi Alpha (2013–2024) dan sebelum itu, Generasi Z (lahir selepas 1996). Bermakna, bayi-bayi kecil yang comel lahir pada tahun ini secara rasmi menjadi perintis Gen Beta!

Apa yang Menarik Tentang Gen Beta?

Kita semua tahu setiap generasi ada keunikan tersendiri. Gen Beta ini dijangka membesar dalam dunia yang lebih maju dengan teknologi seperti AI, automation, dan mungkin dunia metaverse yang lebih matang! Bayangkan, anak-anak ini mungkin tak lagi mengenal telefon dengan butang, apatah lagi VCD mahupun disket. Mereka akan belajar di dunia yang aku sendiri tak pernah bayangkan sebelum ini.

Aku Adalah Gen Y

Untuk korang yang tak tahu, aku adalah dari golongan Generasi Y (Gen Y), lahir pada tahun 1988. Gen Y ini pun ada kelebihan tersendiri tau! Kami hidup di antara dua zaman, iaitu zaman Generasi X dan Generasi Z. Dua-dua zaman kami dapat rasa—zaman sebelum adanya internet yang meluas dan zaman teknologi berkembang pesat. Bayangkan, aku pernah main telefon rumah dengan dial pad, tapi sekarang hidup dengan telefon pintar yang macam komputer kecil.

Buat Ibu Bapa dengan Bayi Gen Beta

Tahniah kepada korang yang menyambut kelahiran bayi Gen Beta! Ini adalah satu permulaan baharu bukan sahaja untuk keluarga korang tetapi juga untuk dunia. Dengan kehadiran mereka, semoga tahun 2025 membawa lebih banyak kebahagiaan, harapan, dan impian yang cerah.

Dan untuk kita semua, ini adalah peluang untuk memastikan kita mencipta persekitaran yang terbaik buat generasi ini—dengan pendidikan, nilai murni, dan ruang untuk mereka berkembang menjadi insan hebat.

Jadi, jom raikan tahun ini dengan penuh semangat! Selamat datang, Gen Beta, dan semoga cahaya mata baharu ini membawa sinar harapan kepada kita semua. ❤️

#GenerasiBeta #GenBeta2025 #KehidupanBaru #Tahun2025 #BayiGenerasiBaru #GenY

Enjoy...!!!

Logo dan Lagu Visit Malaysia 2026: Truly Asia

Logo dan Lagu Visit Malaysia 2026: Truly Asia

Baru-baru ini, aku terbaca tentang pelancaran logo rasmi Visit Malaysia 2026 di media sosial. Acara itu dirasmikan oleh Perdana Menteri kita, Dato’ Sri Anwar Ibrahim, dan walaupun aku tak menghadiri majlis tersebut, aku tetap teruja dengan berita dan visual yang dikongsi ramai di platform media.

Logo Visit Malaysia 2026 yang baru dilancarkan memang mencuri perhatian aku. Dengan reka bentuk bermotifkan batik, logo itu melambangkan keindahan budaya Malaysia yang kaya, keunikan alam semula jadi kita, dan daya tarikan negara sebagai destinasi global. Batik, yang menjadi elemen utama logo itu, seperti mengirimkan mesej bahawa Malaysia bersedia menyambut pelancong dari seluruh dunia dengan kehangatan dan keindahan tradisi kita.

Selain itu, aku juga sempat menonton sedutan pelancaran lagu tema Visit Malaysia 2026 di media sosial. Lagu bertajuk Surreal Experiences ini pertama kali dimainkan semasa acara tersebut, dan selepas mendengarnya, aku terus terngiang-ngiang dengan melodi dan liriknya. Lagu ini sangat indah, seolah-olah membawa pendengar mengembara merasai pengalaman unik yang hanya boleh ditemui di Malaysia – dari keindahan semula jadi hingga kemeriahan budaya.

Baca juga - Percutian Impian: Menginap di 4 Points Sheraton KL & Camping Bersama Kawan-Kawan

Aku baca di salah satu hantaran media sosial bahawa lagu ini akan menjadi elemen penting dalam kempen Visit Malaysia 2026, bertujuan menarik perhatian pelancong dari seluruh dunia. Aku rasa ia cukup kuat untuk mewakili tarikan negara kita.

Walaupun aku hanya mengikuti pelancaran ini dari jauh, aku tetap merasa bangga. Logo dan lagu tema ini bukan sekadar simbol, tetapi juga cerminan keunikan Malaysia. Aku yakin ia akan berjaya menarik lebih ramai pelancong untuk mengenali dan mencintai negara kita. Tak sabar rasanya nak melihat kempen ini berkembang menjelang 2026!

VM2026

Enjoy...!!!

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com