Masjid An-Nur Lancar Tabung Sumbangan Am Sempena Bulan Ramadhan

Masjid An-Nur Lancar Tabung Sumbangan Am Sempena Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan semakin hampir, dan seperti tahun-tahun sebelumnya, Masjid An-Nur, Taman Dato' Abdul Rashid Salleh, Kuantan, sekali lagi membuka Tabung Sumbangan Am bagi mengumpul dana untuk pelbagai aktiviti pengimarahan sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.

Sebagai sebahagian daripada jawatankuasa masjid, kami amat mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai yang ingin turut serta dalam usaha murni ini. Sumbangan yang dikumpulkan akan digunakan sebaik mungkin untuk memastikan program-program seperti iftar jama’i, tadarus Al-Quran, qiamullail, sumbangan kepada asnaf, dan aktiviti lain dapat dijalankan dengan lancar dan memberi manfaat kepada jemaah serta masyarakat setempat.

Cara untuk menyumbang juga sangat mudah! Anda boleh memilih untuk:

✅ Menyumbang secara tunai di masjid 

✅ Melakukan transaksi online ke akaun masjid 

✅ Menggunakan QR code yang disediakan untuk pembayaran tanpa tunai

Setiap sumbangan, kecil atau besar, amatlah dihargai dan semoga menjadi bekalan pahala yang berterusan. Sesungguhnya, Allah sahaja yang mampu membalas setiap kebaikan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.

Mari kita manfaatkan peluang ini untuk memperbanyakkan sedekah di bulan yang penuh rahmat ini. Ramadhan Bersedekah, Pahala Melimpah!

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak pengurusan Masjid An-Nur atau datang terus ke masjid. Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan anda!

Terima Kasih

Senarai Hotel di Kuantan

Senarai Hotel di Kuantan

Kuantan, ibu negeri Pahang, menawarkan pelbagai pilihan penginapan yang sesuai untuk pelancong. Berikut adalah beberapa hotel yang boleh anda pertimbangkan:





Senarai Hotel di Kuantan

Senarai Hotel di Kuantan

Hai semua! Kalau korang tengah plan nak bercuti ke Kuantan, tapi masih blur nak pilih hotel, jangan risau! Aku dah senaraikan beberapa pilihan menarik untuk korang. Tak kisahlah nak yang bajet atau mewah, semua ada. Jom tengok senarai ni!

Hotel Sentral Kuantan

No 45, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang

Harga: RM118 - RM168

Hotel Sentral Kuantan

Mega View Hotel Kuantan

Lot 567, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang

Harga: RM120 - RM245

Mega View Hotel Kuantan

The Zenith Hotel

Jalan Putra Square 6, 25200 Kuantan, Pahang

Hotel Mewah

The Zenith Hotel

Hyatt Regency Kuantan Resort

Teluk Cempedak, 25050 Kuantan, Pahang

Resort tepi pantai

Hyatt Regency Kuantan Resort

Swiss-Garden Beach Resort

2656-2657, Mukim Balok Beach, 26100 Kuantan, Pahang

Resort tepi pantai dengan fasiliti lengkap

Swiss-Garden Beach Resort Kuantan

AC Hotel by Marriott Kuantan

Jalan Teluk Sisek, 25000 Kuantan, Pahang

Hotel moden dengan kemudahan bertaraf antarabangsa

AC Hotel by Marriott Kuantan
AJL 39: Bila Highlight YouTube Jadi Penyelamat

AJL 39: Bila Highlight YouTube Jadi Penyelamat

Ok, semalam berlabuhlah tirai Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL 39). Aku? Jujurnya, tak tengok sampai habis. Bukan sebab tak minat, tapi sebab mata kalah dengan bantal. Setengah jalan je sempat layan sebelum aku terlelap.

Tapi pagi tadi, sebaik je bangun, benda pertama aku buat bukan scroll WhatsApp atau tengok berita, tapi terus buka YouTube cari highlight persembahan AJL. Dah macam satu ritual pagi Isnin pula.

Dan… aku baru tahu keputusan AJL 39 pagi ni. Marsha Milan menang juara dengan lagu “Hening Rindu”! Wah, ini betul-betul kejutan. Bukan sebab aku tak suka lagu tu, tapi sebab persaingan AJL tahun ni memang sengit.

Naib juara pula jatuh kepada Nadeera dengan lagu “Bukan Lagi Kita”, dan tempat ketiga dimenangi oleh Akim & The Majistret dengan “Saksama”. Aku ulang tayang balik video pengumuman pemenang—serius, Marsha nampak macam tak percaya dia menang!

Baca juga - The Trauma Code: Heroes on Call – Drama Korea Terbaru yang Tengah Viral!

Lagi satu yang buat aku speechless, Vokal Terbaik dimenangi oleh Ernie Zakri. Aku memang dah agak, sebab suara dia power gila semasa nyanyi “Aura”. Tapi yang buat aku paling teruja, Persembahan Terbaik dimenangi oleh Aina Abdul. Seperti biasa, dia memang tak pernah fail buat sesuatu yang dramatik dan luar biasa.

Sambil layan video highlight, aku terfikir—AJL ni memang tak pernah gagal buat kita terkejut. Tahun lepas kita ada kontroversi, tahun ni kita ada kemenangan yang tak disangka. Aku tengok balik persembahan Marsha, memang dia layak menang. Vokal steady, penuh emosi, dan persembahan dia memang kena dengan konsep lagu.

Korang rasa result ok ke?

Enjoy...!!!

Throwback Travel: Umrah Bersama Mak, Ayah & Kakak – Perjalanan yang Paling Bermakna

Throwback Travel: Umrah Bersama Mak, Ayah & Kakak – Perjalanan yang Paling Bermakna

Setiap kali aku teringat perjalanan umrah bersama mak, ayah, dan kakak, hati aku terus rasa sebak. Bukan sekadar kerana ia perjalanan ke Tanah Suci, tapi kerana cara aku sampai ke sana adalah satu rezeki yang aku tak pernah jangka.

Aku dan kakak dapat peluang ke Mekah kerana satu sebab untuk menjaga dan menolak kerusi roda mak dan ayah sepanjang ibadah umrah. Dan yang lebih menyentuh hati, ada insan yang baik hati menaja perjalanan aku. Alhamdulillah.

  

Hari Pertama: Langkah Pertama di Tanah Suci

Masa kapal terbang mendarat di Jeddah, berbagai rasa dalam hati menjelma. Ya, ni bukan mimpi, kita betul-betul ada di sini. Mak dan ayah duduk di kerusi roda, sementara aku dan kakak tolong uruskan mereka.

Perasaan masa pertama kali tengok Kaabah di depan mata, tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Selama ni hanya tengok dalam gambar dan siaran langsung, sekarang aku berdiri betul-betul di hadapannya. Aku pandang mak dan ayah, nampak wajah mereka penuh rasa syukur.

Tawaf dengan Kerusi Roda: Ujian yang Mengajar Kesabaran

Salah satu pengalaman yang paling aku ingat ialah menolak kerusi roda mak dan ayah sepanjang tawaf dan sa’i.

Masa pertama kali tolak kerusi roda mengelilingi Kaabah, aku baru faham betapa mencabarnya ibadah ini bagi mereka yang uzur. Lautan manusia yang ramai, tenaga yang perlu digunakan, dan cabaran mencari ruang untuk bergerak tanpa mengganggu jemaah lain.

Walaupun penat, aku rasa sangat bersyukur. Ini mungkin pertama kali aku dapat benar-benar berbakti kepada mak dan ayah dalam bentuk yang paling bermakna. Kalau selama ni mereka yang jaga aku sejak kecil, kali ini aku pula yang bantu mereka untuk sempurnakan ibadah.




Masa sa’i, tolak kerusi roda di antara Bukit Safa dan Marwah, aku dah mula rasa lenguh tangan dan kaki. Tapi aku tengok mak dan ayah, mereka lebih letih dari aku. Jadi aku kuatkan hati. Ini bukan sekadar ibadah untuk diri sendiri, tapi satu bentuk khidmat kepada orang tua aku sendiri.

Kakak aku pun sama, dia tolak kerusi roda mak sementara aku tolak ayah. Kadang-kadang kami bertukar tempat, sambil saling memberi semangat. Kami tak banyak cakap, tapi aku tahu dalam hati masing-masing, ada rasa syukur yang tak terungkap.

Pertolongan Allah Sentiasa Ada

Sepanjang berada di sana, aku perasan satu benda—bila kita niat untuk berkhidmat kepada ibu bapa, pertolongan Allah sentiasa ada.

Ada satu masa, tengah kami struggle menolak kerusi roda di kawasan yang agak padat, tiba-tiba datang seorang jemaah yang tak kami kenal, tolong angkat dan betulkan laluan kami. Dia cuma senyum dan angguk, lepas tu terus hilang dalam lautan manusia.

Baca juga - Kaki Kekejangan 13 Jam Lebih Dalam Flight dari KLIA ke Frankfurt Germany

Masa nak masuk Masjid Nabawi di Madinah pula, ada jemaah lain yang tolong tunjuk laluan khas untuk kerusi roda supaya kami tak perlu bersesak dengan orang ramai. Subhanallah, Allah mudahkan urusan kami melalui tangan orang lain.

Kenapa Aku Sentiasa Rindu Perjalanan Ini?

Sebab ini bukan sekadar perjalanan umrah biasa. Ini adalah perjalanan yang mengajar aku tentang erti pengorbanan, kasih sayang, dan rezeki yang datang tanpa diduga.

Kalau bukan kerana perlu menjaga mak dan ayah, mungkin aku takkan ada rezeki untuk ke sana. Tapi Allah aturkan segalanya dengan sempurna. Aku dapat peluang berbakti kepada mereka, dan pada masa yang sama, Allah jemput aku ke rumah-Nya.

Sampai sekarang, aku selalu doa supaya ada rezeki untuk kembali ke sana, mungkin kali ini dengan isteri dan anak-anak. Sebab Tanah Suci bukan sekadar tempat yang kita lawati, tapi tempat yang sentiasa memanggil kita untuk kembali.

Enjoy...!!!
Kuih Abuk-Abuk: Kuih Rare yang Makin Hilang

Kuih Abuk-Abuk: Kuih Rare yang Makin Hilang

Tiba-tiba aku teringat satu kuih yang dah lama aku tak makan. Kuih legend yang dulu selalu ada masa kecil-kecil, tapi sekarang entah ke mana menghilangnya. Aku panggil kuih ni Kuih Abuk-Abuk. Nama dia pun rare, kan?

Kuih ni simple je sebenarnya. Dibuat dari biji sagu yang kenyal-kenyal, mix dengan kelapa parut yang lemak-lemak manis, dan paling penting—gula merah atau gula Melaka sebagai inti. Semua ni dibungkus dalam daun pisang, dikukus sampai jadi lutsinar, lepas tu bila makan—fuhhh! Manisnya ngam-ngam, kenyalnya cukup, ada aroma wangi dari daun pisang. Memang padu!

Dulu masa aku kecil, aku pernah buat kuih ni sama-sama dengan mak aku. Mak yang siapkan adunan, dari rendam sagu sampai gaul dengan kelapa dan garam. Tapi bab membungkus, itu kerja aku. Aku ingat lagi betapa seronoknya main dengan daun pisang—lipat sana, lipat sini, tapi akhirnya tetap senget juga. Nak mleipat ni pun ad skillnya. Bukan main lipat je.

Bila kuih dah siap dikukus, boleh la makan. Kuih ni makan bila sejuk lagi best. Sebab rasa kenyal-kenyal biji sagu tu memang onz.

Sekarang kuih ni dah susah nak jumpa. Entah ke mana. Orang lebih suka beli bubble tea dari makan kuih sagu ni. Padahal, kalau nak ikut rasa dan nostalgia, Abuk-Abuk ni jauh lebih power!

Cara Membuat Kuih Abuk-Abuk

Nak cuba buat sendiri? Ini resipi ringkasnya:

Bahan-bahan:
1 cawan sagu (rendam selama 30 minit dan toskan)
½ cawan kelapa parut (putih sahaja)
¼ cawan gula Melaka (diparut atau dicincang halus)
1 helai daun pandan (disimpul)
Secubit garam
Daun pisang secukupnya (layurkan supaya lembut)

Cara penyediaan:
Campurkan sagu dengan secubit garam.
Letakkan sedikit sagu di atas daun pisang, kemudian tambahkan kelapa parut dan gula Melaka di tengahnya.
Tutup dengan lapisan sagu lagi dan bungkus kemas dalam daun pisang.
Kukus selama 15-20 minit sehingga sagu menjadi jernih.
Sejukkan sebentar dan sedia untuk dinikmati!

Mungkin dah tiba masa untuk aku cuba hidupkan balik kenangan ni. Bukan sekadar dalam ingatan, tapi dengan tangan sendiri. Sebab kalau kita tak jaga kuih-kuih tradisional ni, siapa lagi?

Jadi, kalau kau terjumpa Kuih Abuk-Abuk kat mana-mana, jangan fikir panjang. Beli, makan, hargai! Sebab esok lusa, kita tak tahu kuih ni masih ada lagi atau sekadar tinggal dalam memori.

Enjoy...!!!

Giveaway Kerajaan Kelapa

Giveaway Kerajaan Kelapa

Lain macam giveaway kali ni. Bukan biasa-biasa. GA dari Kerajaan Kelapa. Kita support la. Kalau korang nak join, boleh klik banner kat bawah ni.



Hadiah menarik menanti 3 blogger bertuah yang join GA ni. Dapat sampul duit raya yang comel-comel. 


Ok gaiz. Jom ramai-ramai join GA ni.

Enjoy...!!!
Muhammad Ramadhan, Cahaya yang Menanti di Syurga

Muhammad Ramadhan, Cahaya yang Menanti di Syurga

Ya, Ramadhan bakal datang lagi. Setiap kali bulan ini tiba, ada satu kisah yang aku takkan lupakan. Tarikh 4 April 2022—tarikh ini selamanya terukir dalam hidup aku.

Hari itu hari lahir aku. Hari itu juga hari lahir anak keempat aku. Dan pada hari yang sama, kami kehilangannya.

Macam-macam perasaan bercampur dalam satu hari. Dari rasa teruja menyambut kelahiran, kepada rasa kehilangan yang tak tergambar dengan kata-kata.

Kenapa kehilangan? Aku tak nak cerita panjang. Cukup aku katakan, anak aku ada komplikasi dalam kandungan. Semuanya berlaku di saat aku hanya menunggu masa untuk bersalin. Kami tak perasan apa-apa yang pelik. Tapi tiba-tiba, berita itu datang jantungnya sudah tidak berdegup.

Saat doktor mengesahkan, dunia aku rasa sunyi seketika. Tapi kami redha. Ini ketentuan-Nya.

Sebagai tanda kasih sayang, sempena bulan Ramadhan yang mulia, aku dan suami namakan dia Muhammad Ramadhan bin Muhammad Faizal. Nama yang indah, setenang jiwanya yang sudah kembali kepada Pencipta.

Muhammad Ramadhan, tunggu ayah, ibu, dan akak-akak di syurga ya, sayang. Minta rakan-rakan hadiahkan fatihah buat beliau.

Ramadhan ini, seperti Ramadhan sebelumnya, aku tetap mengingatinya. Setiap doa, setiap sujud, ada namanya di hati aku.

Enjoy...!!!

Camping @ Pantai Sepat Kuantan dengan budak-budak cendawan

Camping @ Pantai Sepat Kuantan dengan budak-budak cendawan

Ahad lepas, kitorang satu family termasuk budak-budak cendawan (anak-anak aku la) decide untuk spend time kat Pantai Sepat, Kuantan. Tak ada plan yang besar sangat, cuma nak nikmati masa bersama sambil merasai seronoknya camping tepi pantai. 

Kami sampai lebih kurang pukul 10.30 pagi. First thing, cari port yang dekat dengan toilet. Memang penting kan? Bila bawa anak-anak kecil, memang tak nak jauh dari toilet. Lepas tu, pacak khemah, susun barang-barang, dan pastikan semua siap sebelum nak mula aktiviti. Ada yang sibuk setting tempat untuk duduk, ada juga yang sibuk mengatur makanan. 

Yang paling best, kitorang buat ayam grill kat situ. Fuhhh, bau dia memang sedap! Sambil makan, sambil layan angin pantai yang sepoi-sepoi. Anak-anak pun tak boleh duduk diam, terus terjun mandi laut. Mandi laut tu memang best sebab airnya tak terlalu dalam, so memang selamat untuk semua. Kitorang main-main pasir sambil gelak-gelak sebab pasir masuk celah-celah baju.

Dekat pukul 5.30 petang, walaupun penat, tapi hati puas. Semua balik dengan senyum lebar. Penat memang penat, tapi seronok sangat sebab dapat habiskan masa dengan keluarga dengan aktiviti yang simple tapi penuh kenangan.

Enjoy...!!!

5  Tempat Jalan-Jalan Cari Makan di Kuantan, Pahang

5 Tempat Jalan-Jalan Cari Makan di Kuantan, Pahang

Kuantan, ibu negeri Pahang, bukan sahaja terkenal dengan pantainya yang indah tetapi juga dengan pelbagai pilihan makanan yang memikat selera. Dalam artikel ini, aku akan membawa korang menjelajah beberapa tempat makan terbaik di Kuantan. Mari kita mulakan perjalanan gastronomi ini!

1. Ana Ikan Bakar Petai

Terletak di Jalan Tanjung Lumpur, Ana Ikan Bakar Petai adalah destinasi wajib bagi pencinta makanan laut. Restoran ini terkenal dengan ikan bakar yang disajikan bersama petai, memberikan rasa yang unik dan menyelerakan. Korang boleh memilih sendiri ikan segar dari tangki dan meminta untuk dimasak mengikut citarasa korang.

2. Satay Zul

Tidak lengkap rasanya perjalanan makan korang di Kuantan tanpa mencuba satay di Satay Zul. Terletak di Jalan Teluk Sisek, restoran ini terkenal dengan satay ayam dan daging yang lembut serta kuah kacang yang pekat dan lazat. Satay Zul Kuantan sentiasa menjadi pilihan ramai, terutama pada waktu malam.

3. Kula Cakes

Bagi pencinta pencuci mulut, Kula Cakes di Jalan Besar adalah tempat yang harus korang kunjungi. Mango cheesecake mereka adalah yang terbaik di bandar ini. Dengan suasana kafe yang santai, ia adalah tempat yang sempurna untuk berehat sambil menikmati kek yang lazat.

Baca juga - Kuantan: Destinasi Wajib Singgah dengan Pelbagai Tempat Menarik

4. Jaman Tory Resepi

Bagi mereka yang ingin mencuba masakan Melayu yang lebih eksotik, Jaman Tory Resepi di Indera Mahkota adalah tempat yang sesuai. Hidangan istimewa mereka, Patin Tempoyak, adalah satu kemestian. Dengan dekorasi vintaj dan suasana yang nyaman, restoran ini menawarkan pengalaman makan yang unik.

5. La Casa Kuantan

Untuk pengalaman makan malam yang lebih mewah, La Casa Kuantan di Jalan Teluk Sisek menawarkan hidangan Mediterranean dan Eropah yang lazat. Restoran ini terkenal dengan steak yang dimasak dengan sempurna dan suasana yang romantis, sesuai untuk makan malam bersama orang tersayang.

Kuantan sememangnya sebuah destinasi yang kaya dengan pelbagai pilihan makanan yang menarik. Dari makanan laut segar hingga pencuci mulut yang manis. Sebenarnya banyak lgi tempat makan menarik yang korang boleh simggah kalau ke Kuantan. Setiap sudut bandar ini menawarkan sesuatu yang istimewa. Jadi, apa tunggu lagi? Mari jalan-jalan cari makan di Kuantan dan nikmati keunikan kulinari yang ditawarkan!

Selamat menjamu selera!

Enjoy...!!!

Misi Tawan Bukit Pelindung oleh Pendaki Junior

Misi Tawan Bukit Pelindung oleh Pendaki Junior

Petang Sabtu lepas Asar, cuaca nyaman, tapi aku, Imtiyaz, dan Husna? Bosan tak tahu nak buat apa. Rumah dah rasa macam terkurung. Tengah fikir nak buat apa, otak aku tiba-tiba bagi idea liar hiking Bukit Pelindung! Dah lama tak panjat bukit tu, dan kali ni, first time nak bawa anak-anak naik sekali.


Sebenarnya banyak je Tempat Hiking Menarik di Kuantan ni. Cuma nak tak nak je mendakinya tu. Heheh. Untuk kali ni kitorang decide daki Bukit Pelindung la. Ibu dan Solehah decide nak duduk rumah je. Mungkin dorang dah boleh ramal akan ada ahli ekspedisi yang mengeluh separuh jalan. Tapi aku tetap optimis!

Sampai je di kaki bukit, semangat masih tinggi. Husna dan Imtiyaz nampak excited. Tapi biasalah, baru lima minit jalan, ada yang dah mula tanya, "Jauh lagi ke?" Aku buat-buat tak dengar.

Baca juga - Gambar di puncak Bukit Panorama, Sungai Lembing

Makin naik, makin mencabar. Peluh mula membasahi dahi, dan bunyi pernafasan mula berubah dari steady ke mode dinosaur kehausan. Husna beberapa kali bagi hint nak patah balik, tapi aku pujuk dengan ayat klasik pendaki veteran, "Sikit lagi!", padahal macam jauh lagi. Hihihi. Si Imtiyaz pun lebih kurang je. Hampir give up jugak.

Lepas 40 minit pendakian penuh peluh dan drama, kami berjaya sampai puncak! Alhamdulillah. Husna yang tadi hampir give up terus lupa kepenatan bila sampai atas.

Jom layan gambar-gambar kitorang kat Bukit Pelindung.




Turun bukit, lagi laju. Kene lebih berhati-hati. Takut tergelincir. Alhamdulillah misi hiking kali ni berjaya. Tak tau la bila nak repeat lagi. Mungkin tahun depan ataupun 2 tahun akan datang. hahaha

Enjoy...!!!

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com