Nasihat Tak Terjangka: Aib Pasangan yang Perlu Dijaga

Nasihat Tak Terjangka: Aib Pasangan yang Perlu Dijaga

Hari ini aku nak share something. Takdir Allah memang indah dan penuh kejutan. Bayangkan, aku saja je scroll media sosial seperti biasa, menonton video-video pendek untuk mengisi masa lapang. Namun, di tengah-tengah semua itu, telinga aku tiba-tiba tertangkap satu ceramah motivasi tentang rumah tangga. Aku tak ada niat pun nak dengar, tapi entah kenapa hati tertarik. Jadi, aku teruskan mendengar hingga habis.

Ceramah itu membahas "Aib Pasangan yang Perlu Dijaga", dan ada beberapa perkara penting yang aku rasa kena dengan kehidupan kita. Antara pesanan yang disampaikan:

  1. Jangan bertengkar di depan anak-anak.
    Anak-anak adalah amanah, dan mereka berhak hidup dalam suasana kasih sayang. Kalau kita bertengkar di depan mereka, kita bukan sahaja merosakkan pandangan mereka tentang keluarga tetapi juga mungkin menyemai trauma dalam jiwa kecil mereka.

  2. Jangan bertengkar di depan orang tua dan mertua.
    Orang tua kita adalah insan yang paling risau bila melihat anak-anak mereka bermasalah. Jangan bebankan mereka dengan drama rumah tangga kita.

  3. Jangan bercerita kepada teman-teman tentang rumah tangga.
    Kadang-kadang, kita memang perlukan tempat meluah, tapi perlu bijak memilih siapa yang boleh dipercayai. Pesan penceramah itu, kalau mahu bercerita, biarlah kepada teman rapat yang benar-benar memahami dan tidak menyebarkan cerita.

  4. Jangan bertengkar di keramaian.
    Kalau kita berbalah di tempat awam, cerita itu boleh tersebar dan jadi bualan orang. Rumah tangga kita bukan untuk hiburan sesiapa.

  5. Seburuk-buruknya pasangan, dunia tak perlu tahu.
    Setiap pasangan ada kekurangan, tapi dunia luar tak perlu tahu kelemahan itu. Cukup kita berdua saling memperbaiki.

  6. Selagi masih ingin bersama, saling memperbaiki dan memahami.
    Tiada rumah tangga yang sempurna, tetapi selagi ada cinta dan kesungguhan untuk berubah, semuanya boleh diperbaiki.

Aku terkesima dengan nasihat ini. Betul, kadang-kadang Allah mahu menegur kita melalui cara yang tak disangka-sangka. Dalam kesibukan kita scroll media sosial sana sini, ada detik di mana Allah menarik perhatian kita kepada sesuatu yang bermanfaat.

Aku bersyukur kerana dipertemukan dengan ceramah ini. Pesan terakhir penceramah itu benar-benar menusuk hati: “Rumah tangga bukan tentang siapa yang menang atau siapa yang kalah. Ia tentang bagaimana dua jiwa saling melengkapi dan memuliakan.”

Terima kasih, ya Allah, atas teguran-Mu yang indah ini. ❤️

Enjoy...!!!

Honda Civic Facelift 2025: Dia dah Sampai!

Honda Civic Facelift 2025: Dia dah Sampai!

Aku baru saja terbaca tentang Honda Civic Facelift 2025 yang dilancarkan di Malaysia dan serius, aku rasa sangat teruja nak tahu lebih lanjut! Model generasi ke-11 ni bukan sekadar facelift biasa—banyak perubahan menarik menanti.

Reka Bentuk Baharu yang Menggoda

Apa yang membuatkan aku terpukau dulu? Reka bentuk luaran dia! Gril depan nampak lebih segar, lampu utama lebih tajam, dan bampar belakang punya gaya sporty memang cukup untuk buat sesiapa pun menoleh dua kali. Kalau korang jenis yang suka kereta nampak elegan tapi sporty, Honda Civic 2025 ni memang kena dengan citarasa.

Teknologi Terkini, Lagi Canggih

Lepas tu, aku baca tentang teknologi baru yang ditambah. Civic 2025 ada sistem infotainmen yang lebih besar dan mesra pengguna. Nak dengar lagu, guna navigasi, atau sambungkan telefon, semuanya mudah! Lagi satu, Honda Sensing dah jadi standard untuk semua varian. Maknanya, korang tak perlu risau tentang keselamatan sebab teknologi ni memang power untuk bantu pemanduan lebih selamat.

Varian dan Harga – Pilihan untuk Semua

Sama seperti penawaran sebelum ini, Honda Civic Facelift 2025 akan hadir dengan empat varian menarik:

  • 1.5L E – RM133,900
  • 1.5L V – RM144,900
  • 1.5L RS Petrol – RM149,900
  • e:HEV 2.0L RS hibrid – RM167,900

Dengan pelbagai pilihan varian, korang boleh pilih model yang paling sesuai dengan keperluan dan bajet. Dari varian petrol hingga hibrid dengan sistem elektrifikasi, semuanya menawarkan teknologi terkini dan prestasi yang mantap.

Aku rasa, Honda Civic Facelift 2025 ni memang bakal jadi pilihan utama peminat automotif di Malaysia. Gabungan reka bentuk moden, teknologi canggih, dan ciri keselamatan premium mesti ramai tak sabar nak memilikinya. Tapi tengok poket masing-masing dulu ya. Heheheh

#HondaCivic2025 #FaceliftCivic #KeretaImpianku #HargaCivic2025

Enjoy...!!!

Diam-diam Dah Ada Gen Beta: Selamat Datang, Generasi Beta!

Diam-diam Dah Ada Gen Beta: Selamat Datang, Generasi Beta!

Baru-baru ini, aku terbaca satu perkongsian menarik di Facebook tentang generasi baru yang akan mula mewarnai dunia pada tahun 2025 iaitu Generasi Beta (Gen Beta). Wah, rasa teruja pula nak bercerita lebih lanjut!

Sumber - HotFM

Tahu tak? Gen Beta ini adalah generasi yang lahir bermula tahun 2025 hingga 2040. Mereka hadir selepas Generasi Alpha (2013–2024) dan sebelum itu, Generasi Z (lahir selepas 1996). Bermakna, bayi-bayi kecil yang comel lahir pada tahun ini secara rasmi menjadi perintis Gen Beta!

Apa yang Menarik Tentang Gen Beta?

Kita semua tahu setiap generasi ada keunikan tersendiri. Gen Beta ini dijangka membesar dalam dunia yang lebih maju dengan teknologi seperti AI, automation, dan mungkin dunia metaverse yang lebih matang! Bayangkan, anak-anak ini mungkin tak lagi mengenal telefon dengan butang, apatah lagi VCD mahupun disket. Mereka akan belajar di dunia yang aku sendiri tak pernah bayangkan sebelum ini.

Aku Adalah Gen Y

Untuk korang yang tak tahu, aku adalah dari golongan Generasi Y (Gen Y), lahir pada tahun 1988. Gen Y ini pun ada kelebihan tersendiri tau! Kami hidup di antara dua zaman, iaitu zaman Generasi X dan Generasi Z. Dua-dua zaman kami dapat rasa—zaman sebelum adanya internet yang meluas dan zaman teknologi berkembang pesat. Bayangkan, aku pernah main telefon rumah dengan dial pad, tapi sekarang hidup dengan telefon pintar yang macam komputer kecil.

Buat Ibu Bapa dengan Bayi Gen Beta

Tahniah kepada korang yang menyambut kelahiran bayi Gen Beta! Ini adalah satu permulaan baharu bukan sahaja untuk keluarga korang tetapi juga untuk dunia. Dengan kehadiran mereka, semoga tahun 2025 membawa lebih banyak kebahagiaan, harapan, dan impian yang cerah.

Dan untuk kita semua, ini adalah peluang untuk memastikan kita mencipta persekitaran yang terbaik buat generasi ini—dengan pendidikan, nilai murni, dan ruang untuk mereka berkembang menjadi insan hebat.

Jadi, jom raikan tahun ini dengan penuh semangat! Selamat datang, Gen Beta, dan semoga cahaya mata baharu ini membawa sinar harapan kepada kita semua. ❤️

#GenerasiBeta #GenBeta2025 #KehidupanBaru #Tahun2025 #BayiGenerasiBaru #GenY

Enjoy...!!!

Logo dan Lagu Visit Malaysia 2026: Truly Asia

Logo dan Lagu Visit Malaysia 2026: Truly Asia

Baru-baru ini, aku terbaca tentang pelancaran logo rasmi Visit Malaysia 2026 di media sosial. Acara itu dirasmikan oleh Perdana Menteri kita, Dato’ Sri Anwar Ibrahim, dan walaupun aku tak menghadiri majlis tersebut, aku tetap teruja dengan berita dan visual yang dikongsi ramai di platform media.

Logo Visit Malaysia 2026 yang baru dilancarkan memang mencuri perhatian aku. Dengan reka bentuk bermotifkan batik, logo itu melambangkan keindahan budaya Malaysia yang kaya, keunikan alam semula jadi kita, dan daya tarikan negara sebagai destinasi global. Batik, yang menjadi elemen utama logo itu, seperti mengirimkan mesej bahawa Malaysia bersedia menyambut pelancong dari seluruh dunia dengan kehangatan dan keindahan tradisi kita.

Selain itu, aku juga sempat menonton sedutan pelancaran lagu tema Visit Malaysia 2026 di media sosial. Lagu bertajuk Surreal Experiences ini pertama kali dimainkan semasa acara tersebut, dan selepas mendengarnya, aku terus terngiang-ngiang dengan melodi dan liriknya. Lagu ini sangat indah, seolah-olah membawa pendengar mengembara merasai pengalaman unik yang hanya boleh ditemui di Malaysia – dari keindahan semula jadi hingga kemeriahan budaya.

Baca juga - Percutian Impian: Menginap di 4 Points Sheraton KL & Camping Bersama Kawan-Kawan

Aku baca di salah satu hantaran media sosial bahawa lagu ini akan menjadi elemen penting dalam kempen Visit Malaysia 2026, bertujuan menarik perhatian pelancong dari seluruh dunia. Aku rasa ia cukup kuat untuk mewakili tarikan negara kita.

Walaupun aku hanya mengikuti pelancaran ini dari jauh, aku tetap merasa bangga. Logo dan lagu tema ini bukan sekadar simbol, tetapi juga cerminan keunikan Malaysia. Aku yakin ia akan berjaya menarik lebih ramai pelancong untuk mengenali dan mencintai negara kita. Tak sabar rasanya nak melihat kempen ini berkembang menjelang 2026!

VM2026

Enjoy...!!!

Belajar Memaafkan dari Anak-Anak

Belajar Memaafkan dari Anak-Anak

Sebagai ayah, aku selalu kagum dengan hati anak-anak. Walaupun mereka kecil, jiwa mereka besar – lebih besar dari kita yang dewasa ni. Kadang-kadang, dalam sibuk menguruskan hidup, aku belajar sesuatu yang penting dari mereka, terutama tentang memaafkan.

Ada satu malam tu aku terlepas marah dengan diorang. Masa tu, anak-anak pula tengah aktif – berlari ke sana sini, bergaduh sikit-sikit, dan minta perhatian tanpa henti. Aku cuba sabar, tapi akhirnya aku meletus juga. Suara aku naik, lebih tinggi dari yang sepatutnya. Mereka semua terdiam, wajah kecil mereka penuh rasa bersalah.

Yang buat aku tersentuh ialah, tak lama lepas tu, mereka datang pada aku, senyum, dan peluk aku macam tak ada apa-apa yang berlaku. Husna minta aku tolong dia buat kerja sekolah, Imtiyaz tunjuk lukisan dia, dan yang kecil sekali, datang duduk di pangkuan aku, tanya, “Ayah sayang adik, kan?”

Baca juga - Reset Rumah, Reset Jiwa: Kemas Rumah dengan Anak-anak

Anak-anak ajar aku satu perkara penting – memaafkan dengan sepenuh hati dan bergerak ke hadapan. Kita yang dewasa ni selalu sukar nak buat macam tu. Bila marah atau terasa hati, kita simpan. Kadang-kadang dendam, kadang-kadang kita putus hubungan. Tapi anak-anak, mereka tak ada dinding dalam hati mereka. Mereka mudah memaafkan, sebab mereka hanya tahu sayang.Mereka mengingatkan aku bahawa memaafkan adalah kunci untuk hidup dengan hati yang lebih tenang.

Sejak itu, aku cuba belajar dari mereka – jangan biarkan amarah atau dendam membebankan hati. Kalau anak-anak boleh memaafkan kita, kenapa kita tak boleh? Insyallah.

Enjoy...!!!

Report, Audit, dan Amanah: Cerita Awal Tahun 2025

Report, Audit, dan Amanah: Cerita Awal Tahun 2025

Awal tahun memang masa sibuk untuk kebanyakan kita, terutama kalau memegang tanggungjawab dalam satu organisasi. Sebagai bendahari, tugas pertama aku untuk tahun baru ni ialah menyediakan laporan kewangan bagi tahun 2024. Nak buat laporan ni bukan sekadar tulis-tulis nombor, tapi perlu cukup terperinci, sebab nanti kena bentang masa mesyuarat AJK.

Sebelum sampai tahap mesyuarat, ada satu "boss level" yang perlu aku hadapi dulu – juruaudit dalaman. Ini bahagian yang aku paling kurang gemar. Serius, siapa je yang suka diaudit, kan? Tapi sebagai amanah yang telah diberikan, aku tetap kena buat dengan sebaik mungkin. Benda-benda macam ni, walaupun nampak remeh, sebenarnya melibatkan tanggungjawab besar. Duit masjid ni bukan main-main, kena telus dan jujur.

Baca juga - Pengalaman Jadi Bendahari Masjid: Antara Amanah, Cabaran, dan Pembelajaran

Prosesnya pula, aku biasanya ambil masa seminggu. Banyak langkah yang perlu dilalui: kemas kini akaun, semak semula resit dan dokumen, pindahkan data dari Excel, dan jadikan semua tu dalam bentuk graf dan grafik yang menarik dan mudah difahami. Ini bukan sekadar untuk auditor faham, tapi juga untuk AJK yang pelbagai latar belakang. Kadang-kadang, aku sendiri pening tengok nombor dan resit-resit ni, apatah lagi orang lain.

Pengalaman aku selama lima tahun sebagai bendahari masjid ni memang banyak mengajar. Walaupun setiap kali musim audit ni rasa macam nak elak je, aku tahu ini tanggungjawab yang perlu disempurnakan. Doakan aku berjaya untuk kali ni! Lepas semua selesai, bolehlah aku tarik nafas lega sekejap sebelum kembali di audit untuk setiap 6 bulan.

Korang yang baca ni, macam mana awal tahun korang? Sibuk jugak ke? Jom kongsi cerita, sebab kadang-kadang bila kita tahu orang lain pun sama sibuk, rasa penat tu jadi lebih ringan.

Enjoy...!!!

Plan Percutian Sempurna untuk Family Besar: Penat Tapi Berbaloi!

Plan Percutian Sempurna untuk Family Besar: Penat Tapi Berbaloi!

Dalam keluarga aku, kalau bab merancang percutian, aku biasanya jadi orang yang kena pikul tanggungjawab tu. Bukan sebab aku pakar sangat, tapi mungkin sebab aku ni jenis yang boleh atur-atur benda dengan baik, kot. Kalau bercuti dengan family besar – mak, ayah, kakak, abang, ipar, dan anak-anak saudara, tugas ni memang mencabar. Tapi tak apa, sebab matlamatnya cuma satu: buat semua orang happy.

Mula dengan Tujuan Percutian

Setiap kali nak plan, aku selalu tanya soalan asas: "Apa tujuan percutian ni?". Nak chill dalam rumah homestay, atau nak berjalan-jalan explore tempat menarik? Contohnya, masa aku rancang percutian keluarga ke Negeri Sembilan dulu, tujuannya lebih kepada bonding time. Jadi aku pilih homestay yang besar, selesa, ada dapur, dan ruang untuk anak-anak main. Aktiviti lebih santai – masak sama-sama, borak panjang-panjang, dan lepak sambil main board game.


Bajet: Aspek Paling Kritikal

Tak kira betapa seronok idea percutian tu, kalau bajet tak sesuai, semua tak jadi. Untuk family besar, biasanya aku akan tong-tong bajet sama-sama. Aku bahagikan kos kepada beberapa bahagian:

  1. Homestay
  2. Makan (bahan masak + makan luar, kalau ada)
  3. Aktiviti (contohnya lawatan ke tempat menarik atau aktiviti outdoor)

Semuanya aku senaraikan dalam satu Google Sheet, supaya semua orang nampak. Kalau ada yang keberatan, aku akan adjust supaya bajet sesuai untuk semua.


Pilih Tarikh dengan Teliti

Ini antara bahagian paling mencabar. Nak kumpulkan satu family besar pada tarikh yang sama tu ibarat misi mustahil. Semua ada komitmen sendiri – kerja, sekolah anak-anak, dan lain-lain. Jadi, aku akan mula cari tarikh 6-7 bulan awal. Lepas semua setuju, aku pesan siap-siap: "Mark kalendar, kosongkan tarikh ni!" Kalau tak, memang ada risiko beberapa orang tak dapat join.

Plan Itinerari dan Aktiviti

Percutian tanpa plan biasanya kelam-kabut. Aku selalu pastikan ada itinerari, walaupun santai. Contohnya:

  • Hari 1: Sampai, check-in, masak dan makan malam sama-sama.
  • Hari 2: Sarapan, pergi tempat menarik (contohnya melawat pantai atau muzium), balik masak BBQ malam.
  • Hari 3: Kemas-kemas, brunch, dan balik.

Aktiviti masak sama-sama memang jadi highlight. Bukan sebab nak berjimat sangat, tapi sebab moment tu yang priceless. Tengok anak-anak saudara sibuk tolong kupas bawang, abang ipar bakar ayam, mak dengan kakak sibuk susun meja – semua tu kenangan yang tak boleh beli.

Persediaan untuk Kecemasan

Plan memang sentiasa kena ada "Plan B."

  • Kalau hujan, mungkin gantikan aktiviti outdoor dengan indoor game atau movie night.
  • Kalau ada yang sakit, pastikan bawa first-aid kit.

Akhirnya, Enjoy Percutian

Bila semua dah berjalan lancar, jangan lupa nikmati percutian tu. Aku suka tengok semua orang gelak, borak-borak, dan meluangkan masa bersama. Penat tu memang ada, sebab aku yang kena uruskan semuanya dari awal. Tapi bila tengok semua orang happy, rasa puas sangat.

Percutian yang sempurna bukan tentang pergi tempat paling mahal atau buat aktiviti paling hebat. Ia tentang siapa yang kita bersama, dan bagaimana kita mencipta memori indah dengan mereka.

Jadi, kalau lepas ni family besar aku nak bercuti lagi, aku okay je nak uruskan. Sebab aku tahu, penat tu berbaloi.

Enjoy...!!!

My QC Life: 12 Tahun Dalam Lab

My QC Life: 12 Tahun Dalam Lab

Selama 12 tahun aku bekerja dalam bidang QC, makmal telah menjadi dunia aku. Ada orang bertanya, "Tak bosan ke duduk kat lab?" Jawapannya? Bosan atau tidak, itulah sumber rezeki. Hidup ini tak semudah yang disangka, die keras bang.! Tapi aku percaya setiap usaha ada ganjarannya.

Belajar Tak Pernah Rugi

Ramai orang kata apa yang kita belajar di universiti jarang digunakan dalam pekerjaan. Tapi aku tak rasa begitu. Apa yang aku pelajari, terutamanya chemistry knowlede yang aku belajar dulu, banyak membantu aku dalam tugas harian. Dari zaman diploma ke ijazah, enam tahun hidup aku kat makmal, dan ilmu itu terus berguna hingga ke hari ini.

Dulu Lain Sekarang Lain

Awal-awal kerja dulu, tugas aku lebih fokus kerja-kerja direct dalam makmal. Fokus aku hanya buat testing dan pastikan hasilnya tepat. Tapi sekarang, perjalanan kerja aku dah berubah. Sebagai salah seorang dalam team management, cabarannya lebih besar.

Baca juga - Cerita Santai: Team Building BPC SHQ di Manggala Resort, Kuantan 2024

Aku kene jadi so called team leader dalam team aku, untuk make sure semua berjalan lancar. Selain itu, aku lebih banyak berurusan dengan department lain, transfer maklumat, menjawab soalan-soalan orang, jawab complaint, dan menyelesaikan isu-isu yang timbul. Komunikasi dan arrangemnet jadi kunci, dan aku perlu memastikan semuanya in place. Gituuuu.

Paper Work

Jujurnya, bidang pengurusan banyak melibatkan paper work. Tapi itu sebahagian daripada tanggungjawab. Dari buat report sampailah nak make sure apa yang kita buat tu dipatuhi, aku belajar menjadi lebih sistematik dan fokus. Kadang-kadang, aku rasa tekanan, tapi aku percaya, "Kalau tak boleh handle sendiri, minta la bantuan orang lain."

QC: Lebih Dari Sekadar Kerja

Hidup aku kat makmal bukan tentang buat testing je. Ia juga tentang pengalaman, pembelajaran, dan membina hubungan dengan team dan department lain. QC bukan sekadar kerja, ia adalah sebahagian daripada hidup aku.

Biarpun ada hari-hari yang sukar, aku tetap cintakan apa yang aku lakukan. Aku percaya setiap cabaran adalah peluang untuk berkembang.

QC is my life, and I love it!

Enjoy...!!!

HMPV, Virus Yang Sedang Hangat Diperkatakan di China

HMPV, Virus Yang Sedang Hangat Diperkatakan di China

Hai semua! Aku nak kongsikan sesuatu yang menarik yang aku baru baca. Baru-baru ni aku terbaca satu artikel dari NDTV tentang satu virus yang dipanggil HMPV atau nama penuhnya Human Metapneumovirus. Artikel tu cerita bagaimana China sedang mengalami lonjakan kes virus ini, dan ia mencetuskan kebimbangan di kalangan pakar kesihatan.

Menurut artikel tersebut, HMPV ni sebenarnya bukanlah virus baru sepenuhnya. Virus ni pertama kali dikenalpasti pada tahun 2001. Tapi, macam COVID-19, ia boleh menyebabkan masalah pernafasan yang serius, terutama sekali dalam golongan kanak-kanak, warga emas, dan mereka yang ada sistem imun yang lemah.

Apa Itu HMPV?

HMPV ni adalah sejenis virus yang menyerang saluran pernafasan atas dan bawah. Walaupun ia boleh menjangkiti semua peringkat umur, golongan kanak-kanak, warga emas, dan individu dengan imuniti rendah lebih mudah terdedah kepada komplikasi serius. Virus ni katanya ada persamaan dengan influenza dan RSV (Respiratory Syncytial Virus).

Simptom HMPV

Simptom-simptom HMPV ni hampir sama dengan flu atau selesema biasa. Antaranya:

  • Batuk
  • Demam
  • Hidung tersumbat
  • Sesak nafas

Dalam kes yang lebih serius, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti bronkitis atau pneumonia. Tempoh pengeraman virus ni biasanya antara tiga hingga enam hari.

Bagaimana HMPV Merebak?

Virus ni merebak melalui cara-cara yang sama macam kebanyakan virus pernafasan lain:

  1. Titisan daripada batuk atau bersin.
  2. Sentuhan rapat, macam bersalaman atau sentuh tangan orang lain.
  3. Permukaan tercemar, contohnya bila kita sentuh sesuatu yang ada virus dan lepas tu gosok mata, hidung, atau mulut.
Siapa Yang Paling Berisiko?

Golongan yang paling mudah terkena impak serius HMPV adalah:

  • Kanak-kanak kecil
  • Orang tua
  • Mereka yang ada masalah imunisasi
Langkah Pencegahan

Kalau korang nak elak jangkitan HMPV, korang boleh ikut langkah-langkah ni:

  • Cuci tangan dengan sabun sekurang-kurangnya 20 saat.
  • Elakkan menyentuh muka dengan tangan yang kotor.
  • Jarakkan diri daripada orang yang nampak tak sihat.
  • Bersihkan permukaan yang selalu disentuh macam tombol pintu dan mainan kanak-kanak.
HMPV vs COVID-19

Ramai yang bandingkan HMPV dengan COVID-19 sebab dua-dua menyebabkan masalah pernafasan. Tapi, ada perbezaan penting. COVID-19 lebih dikenali kerana kadar kebolehjangkitannya yang tinggi dan komplikasi yang lebih meluas. Walaupun HMPV tak seagresif itu, ia tetap sesuatu yang perlu kita ambil serius, terutama bagi golongan rentan.

Serius, bila aku baca artikel ni, aku rasa penting sangat kita semua lebih peka tentang kesihatan dan kebersihan. Kalau korang rasa ada simptom macam yang aku cerita tadi, eloklah jumpa doktor untuk pemeriksaan. Stay safe, semua! Dan haraplah jangan jadi macam zaman baru-baru Covid-19 hari tu. Terseksa tau.

Kalau nak baca lebih lanjut, korang boleh semak artikel tu di NDTV.

Enjoy...!!!

Misi Top-Up Barang Dapur kat Tunas Manja

Misi Top-Up Barang Dapur kat Tunas Manja

Weekend ni aku teruskan rutin biasa, aktiviti santai bersama keluarga. Lepas kemas-kemas rumah dan lepak-lepak kejap, aku keluar buat misi top-up barang dapur yang dah habis. Kali ni, destinasi pilihan aku ialah Tunas Manja Indera Mahkota, antara TMG yang memang selalu jadi tempat persinggahan aku untuk beli barang. Sebab apa? Dekat gila dengan rumah aku, tak sampai 5 minit pun dah sampai. Jimat masa!



Masuk je TMG tadi, rasa suasana vibe Chinese New Year (CNY) sangat kuat. Dari pintu masuk sampai ke rak-rak barang, penuh dengan dekorasi bertemakan CNY. Yelah, hujung bulan ni kan CNY. Kedai-kedai pun sibuk naikkan mood perayaan. Ada tanglung merah, bunga sakura plastik, dan lagu-lagu klasik CNY berkumandang. Memang terasa auranya.

Untuk misi grocery hunting kali ni, aku solo je. Yang lain semua stay kat rumah. Sebab apa? Sebab aku keluar sekejap je nak beli barang yang tak banyak ni. Minggu lepas kami dah buat big stock-up, jadi kali ni hanya nak top-up sikit je barang dapur yang kurang.



Apa yang aku beli? Ha, tengok dalam troli ni. Ada beberapa jenis sayur, telur, sos cili, bawang, dan sedikit barang keperluan harian. Boleh kata beli yang asas je, tapi cukup untuk stok seminggu lebih. Biasanya aku memang suka beli barang kat TMG sebab harga dia berpatutan, dan pilihan sayur-sayuran dia selalu segar.

Lepas bayar semua barang, aku terus balik rumah. Sekejap je keluar, misi selesai. Weekend kali ni rasa lebih produktif, sambil menikmati vibe CNY kat TMG. Nanti bila sampai CNY betul-betul, aku plan nak beli lagi barang dan tengok kalau ada promosi menarik!

Enjoy...!!!

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com