21.1.16

Wanita Itu Dambaan Syurga Ku

Wanita Dambaan Syurga


Assalamualaikum

Wanita Dambaan Syurga | Baiklah, bila bercakap tentang pasangan idaman ni tentu sahaja kita sebagai manusia inginkan pasangan yang sempurna kan? Kalau lelaki mahukan wanita yang umpama bidadari seperti dalam syurga. Yang wanita pula mahukan lelaki yang romantis dan soleh serta lengkap serba serbi. Tapi ingat, manusia ini tidak ada yang sempurna. Allah SWT sahaja yang maha sempurna. Diri kita sendiri tidak lah sempurna. Adalah lebih elok jika di katakan pasangan kita itu pelengkap kekurangan kita. Dan kita pula pelengkap bagi kekurangan dia. Haaa ni la ciri-ciri pasangan idaman PapaG. Saling melengkapi. Yela, bukankah perkahwinan itu adalah pelengkap sebahagian dari iman kita? Jika kita berkahwin, maka lengkaplah iman di dalam hati. Insyallah.

Pada PapaG itu lah satu-satunya ciri pasangan yang diidam-idamkan. Ia melengkapi kekurangan yang ada pada diri ini. Sekiranya ciri-ciri itu ada, maka bersyukur pada Allah tidak terhingga.

Hubungan_Intim_Sex_Suami_Isteri

Perasan tak dalam dunia ini, semua Allah ciptakan berpasangan. Malam ada siangnya, cas positif ade cas negatifnya, lelaki mesti berpasangan dengan perempuan. Tak tau sekiranya ade yang berpasangan sesama jenis. Nauzubillah.. Jadinya, isteri itu pelengkap bagi suami. Sebagai insan yang serba kekurangan, tiada sebarang kesempurnaan yang berhak kita miliki. Sebab itu setiap pasangan haruslah saling melengkapi. Isteri pelengkap kekurangan suami dan begitu lah sebaliknya. 

Bagi PapaG, peranan isteri dalam sebuah rumah tangga amat besar sekali. Ok cuba bayangkan bermula seawal pagi lagi, isteri sudah sebok bersilat di dapur, kejutkan suami dan anak-anak. Bagi yang bekerja, balik dari kerja nak menguruskan rumah lagi. Fuhhh.. Maaf PapaG cakap awal-awal tak terlarat nak buat semua itu. Tapi, itulah kehebatan seorang wanita. Itulah kelebihan yang mampu mengisi kekurangan dalam diri PapaG.

Ya, PapaG akui, hidup berumah tangga begitu indah ala-ala di dalam syurga gitu. Tapi, harus diingat, pasang surut alam rumah tangga itu pasti. Apa yang harus dilakukan saling memahami dan bertolak ansur demi mencari jalan keluar untuk menuju kebahagiaan rumah tangga itu. Insyallah jika saling bermuafakat, keindahan di dalam rumah tangga akan tercapai.

Nah itulah dia ciri pasangan idaman PapaG. MELENGKAPI kekurangan diri PapaG. Harapnya, PapaG juga dapat menyempurnakan kekurangan yang ada di dalam diri isteri PapaG. Insyallah. Ternyata hidup PapaG zaman bujang dan sekarang ni banyak perbezaannya. Isteri PapaG begitu banyak menyokong dalam banyak hal. Lebih-lebih lagi dunia blogging. Mana yang yang tak elok dia akan menasihati untuk jadi lebih elok. Alhamdulillah kurniaan Allah begitu hebat. 

Terima kasih buat isteri Dambaan Syurga Ku Halimatu Sa'adiah (Ibu Dhia). Sayang ketat-ketat.

<3 <3 <3 <3 until janah okayyy.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com