8.1.16

Resepi Pais Ikan Mengancam

Resepi masakan ikan pais yang sihat


Assalamualaikum

Resepi Pais Ikan Mengancam | Ya allah sedapnya Pais Ikan. Menu masakan ikan yang paling PapaG gemari. Selain rasanya yang sedap ianya juga merupkana antara masakan yang boleh menyihatkan kerana kita bakar atau kukus bila memasaknya. Jadi, entri kali ini PapaG kongsikan pada semua resepi mudah dan ringkas Pais Ikan yang korang harus cuba.

ikan-pais

Resepi Pis Ikan

Bahan-bahannya

4 ekor ikan selar besar
daun pisang, disalai
toothpick

Bahan untuk dikisar

8 batang lada merah
8 batang cili padi thailand 
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci lengkuas
2 cm belacan
1 helai daun kunyit sederhana besarnya 
6 biji limau kasturi, ambil jusnya
1 1/2 sudu makan gula 
garam secukup rasa
serbuk peras jika suka

Cara-caranya

1. Bahan-bahan dikisar dengan sedikit air. Digaul dengan ikan dan diperap 1 jam.
2. Letakkan ikan diatas daun pisang bersama rempahnya. Balut rapi dan disemat hujung daun pisang dengan lidi.
3. Kemudian boleh dibakar atau dikukus pais ikan sehingga masak.

Selamat mencuba..

With Love
Papaglamz

-sekian-

1 ulasan:

  1. erm...tak pernah lagi makan makanan ni...
    insya Allah boleh cuba nanti


    ~Admin : My New Blogger~
    http://munirahmustafar84.blogspot.my

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com