21.1.16

10 jalan utama di Kuala Lumpur ditutup sempena Thaipusam

Jalan-jalan yang ditutup di Kuala Lumpur sempena Thaipusam


Assalamualaikum

Jalan-jalan yang ditutup di Kuala Lumpur sempena Thaipusam | Seperti sedia maklum pada hari Ahad (24 Januari 2016) masyarakat India yang beragama hindu akan menyambut perayaan hari Thaipusam. Seperti kebiasaannya, perayaan ini akan memperlihatkan kepada kira ritual-ritual dan juga perarakan yang menjadi kepercayaan kepada agama mereka. Sehubungan dengan itu, terdapat 10 jalan utama di ibu negara akan ditutup bagi memberi laluan kepada perarakan ‘Pedati Perak’ bersempena sambutan ini.

Jalan-tutup-di-kl-sempena-thaipusam

Antara laluan terlibat dengan penutupan ini ialah Jalan Sultan, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Lebuh Ampang, Jalan Ampang, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Sogo, Jalan Raja Laut dan Jalan Sri Amar.

"Perarakan pergi pada Jumaat akan bergerak dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H.S. Lee dan melalui sepuluh jalan utama tersebut, kemudian ke Jalan Tun Razak (pusingan-U depan Bomba), Jalan Ipoh (Jalan Salleh), Jalan Kovil Hilir, Lorong Konvil Hulu, Jalan Perhentian, Jalan Ipoh, Jalan Ipoh Batu 5 dan Batu Caves,"DSP S. Markandan.

Katanya perarakan pulang pula bermula 4 petang Isnin (25 Januari) dan dijangka berakhir pagi esoknya (26 Jan). Kumpulan perarakan akan bergerak dari Kuil Sri Subramaniar di Batu Caves, seterusnya melalui Jalan Ipoh, Batu 5, Jalan Perhentian, Lorong Konvil Hulu, Jalan Kovil Hilir, Jalan Tun Razak dan Jalan Ipoh.

Markandan berkata laluan yang ditutup turut melibatkan Jalan Raja Laut, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Ampang, Jalan Lebuh Ampang, Jalan Tun Perak, Jalan Sultan, Jalan Hang Kasturi, Jalan Hang Lekir dan Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H.S Lee.

"Penutupan jalan yang berakhir Selasa depan akan dilakukan mengikut pergerakan kumpulan perarakan dan dibuka semula kepada pengguna jalan raya setelah mereka selesai melalui jalan tersebut," katanya.

Justeru itu, orang ramai yang ingin melalui kawasan tersebut dinasihatkan supaya menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas pada hari berkenaan.

(Sumber : Astro Awani)

With Love
Papaglamz

-sekian-

2 ulasan:

  1. Alahai..Thaipusam akak kojo..perarakan ni besar- besaran as usual la ni kan...

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com