16.1.16

10 Tips Temuduga Yang Jarang Orang Guna

Persiapan lengkap untuk temuduga


Assalamualaikum

10 Tips Temuduga Yang Jarang Orang Guna | Dalam pasaran kerja semasa, anda perlu bertindak bersama-sama, atau anda tidak akan berpeluang untuk memenangi persaingan kerja yang ada. Periksa diri anda dengan 10 tips temuduga yang kerap diabaikan di bawah ini.



1. Buat kajian. Kaji syarikat bakal majikan anda dan pelajari selok-beloknya yang mungkin termasuklah perkhidmatan, produk, pelanggan dan pesaing kerana ia bakal memberikan kefahaman kepada anda. Lebih banyak perkara yang anda ketahui tentang syarikat tersebut, lebih besar peluang untuk anda “menjual diri” anda semasa temuduga.

2. Pemerhatian teliti. Pilih pakaian yang perlu dipakai semasa temuduga. Bergantung kepada industri dan posisi, dapatkan pakaian terbaik yang boleh anda pakai dan pastikan tiada kesan koyak padanya. Biar pun syarikat yang bakal anda sertai tidak mensyaratkan begitu, anda harus tunjukkan betapa seriusnya anda mahu berkhidmat dengan mereka. Anda berpakaian untuk menampilkan keyakinan anda.

3. Bersedia. Bawa bersama fail yang mengandungi resume, salinan rujukan dan kertas untuk mencatat nota. Anda perlu ada beberapa soalan yang perlu disediakan untuk ditanyakan pada akhir sesi temuduga. Sertakan senarai semak pada kertas kecil untuk semakan akhir sebelum temuduga berlangsung.

4. Tepati masa. Usah datang lewat untuk temuduga. Ambil inisiatif untuk datang lebih awal. Penting untuk anda memperuntukkan masa untuk merancang perjalanan, mungkin anda akan tersesat semasa mencari lokasi temuduga.

5. Tunjukan minat. Tampilkan minat anda untuk mendapatkan posisi yang ditawarkan menerusi segenap aspek. Bersalaman dengan erat dengan temuduga dan tunjukkan “eye contact” untuk menzahirkan keyakinan anda. Berucaplah dengan nada yang yakin walau pun sebenarnya anda ada sedikit rasa gementar.

6. Dengar. Ini merupakan salah satu kemahiran dalam temuduga yang kerap diabaikan. Anda tidak boleh hanya mendengar. Adakalanya perkara yang tidak dikatakan sama penting dengan apa yang disebutkan.

7. Jawab soalan yang ditanya. Kebanyakan calon tidak fikir sama ada soalan yang diberikan oleh penemuduga benar-benar dijawab atau pun tidak. Mungkin anda faham apa yang ditanya, namun anda boleh mendapatkan penjelasan sekiranya anda tidak pasti.

8. Beri contoh spesifik. Siapkan teks kisah anda sebelum ditemuduga. Berikan contoh yang menceritakan kejayaan dan betapa uniknya anda. Sikap anda yang lalu boleh jadi pengukur kepada prestasi masa depan anda.

9. Tanya soalan. Kebanyakan calon temuduga melepaskan peluang ini kerana tidak berminat untuk mencari informasi yang bernilai.  Soalan yang bakal anda tanyakan menjadi kayu pengukur untuk menilai minat anda terhadap bakal majikan.

10. Tindakan susulan. Sama ada menerusi emel, surat atau panggilan telefon, tindakan susulan untuk menghubungi semula syarikat yang pernah menemuduga anda. Tindakan susulan selepas temuduga adalah peluang untuk mengingatkan penemuduga mengenai semua perkara yang berharga tentang diri anda untuk disumbangkan kepada syarikat. Jangan lepaskan peluang terakhir ini untuk “pasarkan diri” anda.

Kesimpulannya, penting untuk anda yakin dan tenang dalam sesi temuduga. Satu perkara yang patut ada ialah bersedia dengan sebaik-baiknya yang mungkin mengikut kemampuan anda. Dengan mengikuti panduan yang telah disebutkan di atas, anda akan berasa kurang gementar dan bersedia dengan positif untuk membentangkan diri anda.

Tahukah anda, 80% dari pencari-pencari kerja yang menghadiri temuduga gagal semasa temuduga sebenar. Gagal di sini bukan kerana tidak layak tetapi gagal untuk menunjukkkan kepada  panel temuduga bahawa diri mereka adalah yang paling layak untuk diambil bekerja. Ini sangat merugikan anda...lebih-lebih lagi anda tak buat persediaan se'BIJAK' yang mungkin.

Ada banyak faktor yang dilihat mampu menyebabkan anda tidak dilihat sebagai calon yang paling sesuai dipilih. Perkara paling mudah yang  menyebabkan anda di 'reject' adalah saat ketika anda masuk bilik temuduga.

Dengan keterampilan yang salah, cara komunikasi yang tidak bagus serta bahasa badan yang lemah sudah boleh memberi anda markah yang amat kurang. Oleh itu, anda perlu ketahui dan belajar ilmu ini. Ingat, pihak penemuduga adalah manusia dan selagi ianya bernama manusia maka setiap tindakan dan keputusannya akan dipengaruhi oleh emosinya.

Jika awal-awal mereka tidak berkenan dengan anda maka jangan harap mereka akan tertarik dengan kepakaran anda yang lain. Inilah yang dinamakan 'First Impression'. Dengan cara komunikasi yang lemah, anda telah mensia-siakan peluang terbaik anda untuk beritahu pihak penemuduga tentang kelebihan diri anda dan bagaimana anda boleh memenuhi kriteria pekerja yang mereka inginkan.

Maka, jadilah bijak sebelum anda melangkah masuk di dalam bilik temuduga. PapaG nak kongsikan satu panduan persediaan temuduga yang berguna untuk digunakan :

Klik sini untuk melihatnya :


With Love
Papaglamz

-sekian-

4 ulasan:

  1. Perkongsian yang bagus :)

    BalasPadam
  2. tips yang pasti membantu mereka yang bakal menghadapi temuduga ,in shaa allah

    BalasPadam
  3. terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
  4. menarik =)

    eronoknyermelukis.blogspot.my

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com