21.1.16

RESEPI SALMON BAKAR & SOS LADA HITAM

Resepi masakan ikan


Assalamualaikum

RESEPI SALMON BAKAR & SOS LADA HITAM | Ya Allah melihatnya sahaja bikin hati teruja. Terus PapaG nak kongsi resepi ikan salmon bakar dari rakan facebook PapaG iaitu Atie Jumaat. Kita simpan dulu resepi ni dalam blog PapaG ni. Nanti ada masa kita buat yer. Thankz akak sharing resepi ini. Nanti dah buat saya share yer. Untuk korang semua apa kata cuba masab resepi ikan salmon ni. Macam best je kan. Selamat mencuba..

resepi-ikan-salmon

Bahan Ikan

Ikan Salmon 1 keping
Serbuk lada hitam 2sb
Paprika 1sb
Minyak bijan 1sb
Minyak zaitun 1sb

Caranya:

Lumurkan semua bahan ke ikan..
Perap 2 jam..Pastu bakar

Bahan Sos Lada Hitam

Serbuk lada hitam 3sb
Oregano 1sk
Paprika 1sk
Sos Tiram 1sb
Kicap manis 1sb
Gula perang 1sb
Susu HL 5sb
Air 1/2 cawan

Caranya: 

Campurkan semua sekali. Masak hingga mendidih..Tambahlah apa yang kurang ikut selera sendiri. Bila dah siap.. Curahkan sikit sos pada ikan yg telah dimasak.. Siap... Mudah je.. Heheh

With Love
Papaglamz

-sekian-

Nak melihat aku masak secara live dalam video? Jom tonton di Youtube Channel Papaglamz TV. Jangan lupa subscribe, like dan komen ya.!!


6 ulasan:

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com