9.1.16

5 Rahsia Penulisan Resume Berkesan Umpama Santau Buat Bakal Boss Anda

Maklumat penting dalam resume


Assalamualaikum

5 Perkara Penting Dalam Menulis Resume | Sekian lama anda bekerja, mungkin agak lama tidak mengemaskini resume. Besar kemungkinan resume anda mengandungi informasi yang tidak lagi diperlukan, atau sudah lapuk untuk dikongsikan. Akibatnya, resume anda akan kelihatan tidak professional dan tiada sentuhan. Di sini PapaG senaraikan 5 perkara yang tidak perlu ada dalam resume anda.



1. Bertanggung  jawab kepada.... Sekiranya anda melakukan sesuatu perkara, pastinya anda bertanggung jawab tentangnya. Menggunakan perkataan “bertanggung jawab kepada…” ini kelihatan tidak menarik kerana kurang efektif dan anda tidak serius dengannya. Sebagai contoh, “bertanggung jawab kepada rekaan senibina menara Kuala Lumpur” tidak memberikan impak berbanding “mereka senibina menara Kuala Lumpur”. Perkataan ini tidak akan menambah nilai kepada pencapaian anda.

2. Format yang pelik. Menggunakan tulisan yang bersimpul seperti rekaan kad kahwin memang tidak sesuai. Atau paling kurang anda meletakkan font dengan gaya tulisan komik. Pilih font yang biasa digunakan dalam dokumentasi sudah cukup. Elakkan juga dari mewarnakan resume anda kerana biasanya pengurus jawatan kosong berkenaan akan mencetak resume anda dengan hitam putih sahaja mengakibatkan resume anda tidak kelihatan seperti yang anda mahukan.

3. Pengalaman kerja yang lama. Kerjaya anda mungkin sudah melebihi 10 tahun, namun anda tak perlu tuliskan secara panjang lebar. Pilih pengalaman yang berkaitan dengan skop kerja yang bakal anda pohon. Anda boleh letakkan senarai syarikat yang pernah anda sertai dalam surat iringan resume.

4. Emel yang meloyakan. Perkara ini nampak enteng sahaja, namun ia perlu diambil kira. Gunakan emel yang kelihatan profesional dan serius. Ia bakal digunakan untuk berkomunikasi dengan pelbagai pihak di kemudian hari. Usah letakkan budaknakal@yahoo.com sebagai emel anda, kerana sedikit sebanyak ia mencerminkan siapa diri anda. Ambil inisiatif untuk menghasilkan satu emel khas untuk kerjaya anda.

5. Senarai sekolah dan institusi yang meleret. Kecuali untuk mereka yang baru hendak memulakan kerja yang pertama, informasi ini tidak perlukan senarai yang panjang. Anda hendak memohon pekerjaan yang baru, jadi keluarkan senarai sekolah rendah dan sekolah menengah. Masukkan pendidikan yang tertinggi dan senarai pengalaman anda.

Begitulah 5 perkara yang perlu anda titik beratkan di dalam penulisan resume. Sesuaikan ia dengan keperluan syarikat atau bakal majikan yang anda pohon. Resume anda mencerminkan bagaimana anda bekerja. Biar resume anda kelihatan skema asalkan ia berpotensi untuk menjadi tiket kejayaan anda. 

Resume adalah tiket untuk ke temuduga kerja. Rahsia Resume Kerja merupakan sebuah panduan khas untuk menulis resume bagi memohon pekerjaan baik kerja kerajaan atau kerja swasta.

DAPATKAN PANDUAN MENULIS RESUME BERKESAN DENGAN CARA (KLIK DI SINI) Seriously, panduan menulis resume dari A-Z yang boleh membuatkan bakal majikan anda terpesona. Tempah sekarang.....!!!!!!



4 ulasan:

  1. singgah sini..jemput baca entry terbaru saya dan nak minta LIKE juga untuk pertandingan yang saya sertai.tq

    Hari #1: Misi 12 Hari untuk dapatkan LIKE Sesi Pemilihan 25 Peserta bagi Pertandingan Pencarian Duta Produk 3BSkin Malaysia 2016 (8-20 Januari 2016)

    http://qiyasaad.blogspot.my/2016/01/hari-1-misi-12-hari-untuk-dapatkan-like.html?showComment=1452314286414#c3456669018357826809

    BalasPadam
  2. the tips are awesome!
    thanks papaG :D

    BalasPadam
  3. Berguna sekali perkongsiannya tksh.

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com