18.1.16

Kenapa Resume Punca Anda Gagal Untuk Mendapatkan Pekerjaan?

Punca gagal mendapat pekerjaan


Assalamalaikum

Kenapa Resume Punca Anda Gagal Untuk Mendapatkan Pekerjaan? | Mendapat tahu permohonan pekerjaan kita ditolak adalah sesuatu yang amat meyedihkan. Apa tidaknya, kita begitu berharap untuk mendapat sesuatu pekerjaan itu, tetapi tidak berjaya. Hancur luluh hati ni kan? Pernah tak kita fikirkan mengapa permohonan kerja kita itu di tolak. Bukan sahaja di tolak malahan di panggil untuk interview juga tidak di terima. Mungkin ramai yang cakap ianya rezeki. Tapi, kalau tanpa usaha rezeki nak datang bergolek ke? Mesti la tak kan? Korang rasa RESUME korang dah cukup mantap nak pukau bakal majikan korang? Sila tengok semula reseume korang. Sebab apa, resuma adalah perkara pertama dan yang paing penting untuk anda semua dalam mencari pekerjaan. Ada je orang yang gagal untuk mendapatkan pekerjaan berpunca daripada resume yang tidak begitu baik. KENAPA RESUME MENJADI PUNCA KITA GAGAL UNTUK MENDAPAT PEKERJAAN?

resume

1. Resume tidak menyerlah. Setiap kali bakal majikan membuat pengiklanan berkaitan dengan kekosongan jawatan, beratus-ratus permohonan yang akan diterima setiap hari. Mereka sudah pastinya meletakkan keutamaan kepada calon yang memenuhi kriteria yang diperlukan. Resume yang dihantar perlu menepati citarasa atau sekurang-kurangnya bertepatan dengan sebahagian besar ciri-ciri yang diiklankan. Oleh itu, resume anda perlu disertakan dengan pendidikan, pengalaman dan pencapaian yang anda miliki. Komponen tersebut bakal membantu untuk dipanggil ke temuduga sekaligus membuka peluang yang lebih besar untuk menyertai kekosongan jawatan tersebut.

2. Surat iringan permohonan menjelikkan. Surat permohonan anda bukanlah ringkasan daripada resume anda, tetapi kata-kata aluan dengan menerangkan mengapa mereka perlu ambil anda berkhidmat dalam syarikat. Masukkan informasi yang tidak terdapat dalam resume contohnya tugas-tugas yang bakal anda sumbangkan kepada mereka sekiranya diterima bekerja di sana. Usah tulis dengan kata-kata yang terlalu hype dan mengakibatkan bakal majikan berasa jelik ketika membaca surat iringan permohonan anda.

3. Tidak menarik. Usah berkelakuan seperti yang anda begitu terdesak untuk mendapatkan pekerjaan tersebut. Walau bagaimana pun, anda boleh menunjukkan rasa serius anda kepada penemuduga. Tampilkan minat anda untuk bekerja dengan menjawab soalan-soalan semasa temuduga dengan baik dan berisi. Usah biarkan mereka melihat anda solah-olah memandang rendah kepada bakal jawatan yang dipohon.

4. Tidak bersedia untuk bekerja. Tidak serius untuk memulakan kerjaya menyebabkan kegagalan menimpa. Anda sudah tentu biasa mendengar pepatah yang mengatakan “gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal”. Ia bukanlah pepatah yang dicipta untuk main-main tetapi untuk memberi peringatan supaya anda tidak leka. Kurangnya persediaan seperti latihan menjawab temuduga, soal selidik syarikat bakal majikan dan kurang minat untuk berkhidmat merupakan masalah yang biasa melanda mereka yang gagal. Untuk berjaya mendapat tempat dalam kerjaya yang diidamkan, anda haruslah membuat persediaan yang perlu dan berkaitan dengan kerjaya tersebut.

5. Fokus yang keterlaluan. Semasa anda ditemuduga, pastikan anda bersikap jujur dengan penemuduga. Kongsikan kelebihan dan kemahiran yang ada pada diri anda secara santai. Kejujuran anda merupakan kunci utama kejayaan dalam karier anda. Usah terlebih bicara hingga menimbulkan kesangsian kepada majikan. Elakkan daripada menceritakan kemahiran yang tiada pada diri anda kerana ia bakal menjerat anda apabila diterima berkerja nanti. Bila disuruh untuk berbuat demikian, anda terkial-kial memberitahu yang anda sebenarnya tidak mampu menunaikan kata-kata anda.

Kesimpulannya, memang tidak mudah untuk mendapatkan pekerjaan yang diidam-idamkan. Tetapi bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk mencapainya. Tunjukkan kesungguhan anda bermula dengan resume yang terampil, surat iringan yang menawan dan sesi temuduga yang cemerlang. Sebenarnya, apa yang anda lakukan itu adalah cerminan kepada diri anda.

Ingatlah..... Resume adalah tiket untuk ke temuduga kerja. Rahsia Resume Kerja merupakan sebuah panduan khas untuk menulis resume bagi memohon pekerjaan baik kerja kerajaan atau kerja swasta.

DAPATKAN PANDUAN MENULIS RESUME BERKESAN DENGAN CARA (KLIK DI SINI) Seriously, panduan menulis resume dari A-Z yang boleh membuatkan bakal majikan anda terpesona. Tempah sekarang.....!!!!!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com