25.1.16

Nikmati Air Jagung Pure Di Taman Kerang Kuantan

Minum petang bersama keluarga


Assalamualaikum

Nikmati Air Jagung Pure Di Taman Kerang Kuantan | Cuaca yang panas ni bila dapat meneguk air sejuk alangkah nikmatnya. Lebih-lebih lagi minum bersama keluarga yang tersayang di temani burung-burung merpati yang jinak. Indah betul. Salah satu tempat menarik yang boleh korang kunjungi untuk menikmati suasana yang PapaG ceritakan di atas tu tadi adalah di Taman Kerang Kuantan. Taman yang terletak berdekatan dengan Masjid Negeri amat lah strategik bagi mereka yang hendak bersantai bersama keluarga sambal-sambil menuggu-menuggu waktu masuk solat, boleh lah mencuba air jagung yang pure di Taman ini.


Mesti anda semua tertanya-tanya kenapa taman ini di panggil dengan panggilan Taman Kerang. Masa mula-mula PapaG menjejakkan kaki di Kuantan 3 tahun lepas, agak pelik juga bila ada yang menyebut tentang nama taman ini. Ia di panggil Taman Kerang kerana terdapatnya satu replika yang berbentuk kerang dibina di taman ini. Jadi, nama taman ini diambil sempena pembinaan replika ini.

Bila tiba waktu petang, taman ini ramai dengan pengunjung. Selain menikmati air jagung pure yang ada di sini, para pengunjung boleh bersantai bersama keluarga atau teman dengan melakukan aktiviti seperti bermain kasut roder, berurut, car boot sale dan macam-macam lagi. Tetapi masa PapaG pergi aritu kami menikmati air jagung dengan keropok lekor sementara menuggu waktu asar masuk je.

Bercakap tentang air jagung yang kami nikmati, rasanya amatlah sedap sekali. Seriously. Rasa jagungnye tu sangat best. Dengan harga hanya RM 2.00 secawan, boleh PapaG katakan ianya amat berbaloi untuk anda cuba. Selain air jagung ada juga kerook lekor, dan beberapa kuih muih disediakan untuk para pengunjung.




Jadi sesiapa yang datang ke Kuantan ni jangan lupa untuk singgah di Masjid Negeri dan sekali arung singgah la jugak ke gerai ini. Mesti tak kecewa. Ok la sampai di sini coretan PapaG dalam entri kali ini. SELAMAT MENCUBA…

With Love
Papaglamlz

-sekian-

4 ulasan:

  1. macam bestnya!!! bleh try nnt

    jemput join GA sy tau... http://munirahmustafar84.blogspot.my/2016/01/jom-tambah-kawan-blogger.html

    BalasPadam
  2. sy jarang ke sini walaupun duduk dekat kuantan.. tapi waktu mlm memang meriah sikit nak-nak kalau malam minggu...

    BalasPadam
  3. Air jagung kalau kena bancuhan dan rasa jagungnya memang sedap

    BalasPadam

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com