22.1.16

Wajib Belajar...!!! Panduan Membasuh Uri

Step by step mencuci uri


Assalamualaikum

Panduan Membasuh Uri | Menimang cahaya mata adalah satu perkara yang amat menggembirakan. Apa tidaknya kehadiran bunga syurga dalam rumah tangga bukan sahaja bakal menyerikan hidup pasangan suami isteri, malah ia juga sebagai pengikat kasih sayang mereka. Dalam keseronokan menerima orang baru dalam hidup, bagi lelaki atau suami ada satu perkara yang WAJIB anda tahu. Iaitu perihal membasuh uri. Tatacara menguruskan uri ni mudah je sebenarnya. Tapi kena belajar la. Jika dulu ayah dan ibu mertua PapaG yang mengajar bagaimana caranya nak mencuci dan menanam uri ni. 

Secara ringkasnya uri atau dalam bahasa sainsnya ialah placenta yang mana ia adalah organ yg terbentuk di dalam rahim semasa kehamilan. Bagi manusia, ianya tebal dan berdiameter lebih kurang 18cm. Dipenuhi salur darah dan bersambung dengan bayi menerusi tali pusat. Plasenta membekalkan zat makanan dan oksigen kepada fetus (bayi di dalam kandungan) dan juga bertindak sebagai kelenjar endokrin. Setelah bayi keluar, plasenta akan dikeluarkan melalui pengecutan rahim..."

cara-basuh-uri

Dalam entri ini PapaG kongsikan sedikit bagaimana kaedah yang kita boleh gunakan untuk menguruskan uri anak kita tu. Semoga bermanfaat.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

1. Limau Nipis
2. Garam
3. Asam Jawa
4. Asam Keping
5. Plastik
6. Kain Putih ( Napkin )

Cara Membasuh

1. Mulakan dengan membaca Bismillah
2. Cuci uri dengan bersih. Hilangkan kesan-kesan darah tanpa menggunakan sabun.
3. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan berdoa dengan doa yang baik.
4. Lumurkan uri dengan garam dan basuh sehingga bersih.
5. Basuh uri dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas sehingga bersih.
6. Perahkan limau dan lumurkan. Ini bertujuan untuk menghilangkan bau-bau yang tidak menyenangkan.
7. Letakkan di dalam plastik yang mudah reput seperti plastik 7-Eleven atau plastik Tesco dan ikat dengan kemas.
8. Bungkus bersama kain putih dan diikat kemas.
9. Gali tanah sedalam mungkin. Ini bagi mengelakkan dikesan oleh binatang seperti anjing dan kucing.
10. Jangan diletakkan sebarang benda asing seperti pen, pensel, lilin dan sebagainya. Dikhuatiri boleh membawa kepada syirik dan khurafat.

Secara jujurnya, membasuh uri tidaklah sukar seperti yang disangka. Lakukan dengan ikhlas dan sepenuh hati kerana uri yang dibasuh itu adalah zuriat kita. Tititpkan doa-doa yang baik agar zuriat kita menjadi insan yang beriman dan bertakwa

Kredit : Ustaz Wan Asrul Al-Kalantani'

With Love
Papaglamz

-sekian-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com