Makan Steamboat Buffet Dinner in the Sky di Menara Kuantan 188 - Priceless Moment

Makan Steamboat Buffet Dinner in the Sky di Menara Kuantan 188 - Priceless Moment

Minggu ni memang istimewa. Aku berpeluang meraikan minggu terakhir empat orang rakan dari China yang datang untuk training di tempat aku. Sebagai tanda kenang-kenangan, kami sepakat untuk makan malam bersama di tempat yang cukup unik – Steamboat Buffet Dinner in the Sky di Menara Kuantan 188. Tempat ni baru buka, jadi memang sesuai untuk pengalaman makan malam yang lain dari biasa.

Aku sendiri, ini kali pertama jejak kaki ke Menara Kuantan 188, jadi perasaan teruja tu memang tak dapat disorok. Dari bawah pun menara ni dah nampak gah, apatah lagi bila dah naik ke atas. Tempat makan steamboat buffet ni terletak di salah satu tingkat atas menara, jadi sambil makan, kami boleh layan pemandangan bandar Kuantan yang memukau.


Buffet steamboat dia pun not so bad. Namanya buffet tapi die dah siapkan set atas meja siap-siap. Dan pilihan makanan juga agak limited. Cumanya, paling best, suasana dia cozy dan priceless bila sambil makan kita layan lampu-lampu bandar Kuantan yang berkelip-kelip di bawah. Kitorang semua teruja enjoy makan sambil gelak ketawa. Moment ni betul-betul priceless.

Angin sangat kuat ya. Segala-galanya berterbangan. Hehehe

Lepas makan, kami ambil peluang untuk explore dua area utama di menara ni. Walking Deck adalah area terbuka di bahagian atas menara. Dari sini, pemandangan bandar Kuantan jelas kelihatan, terutama waktu malam dengan semua lampu neon yang menyala. Kalau korang suka aktiviti lebih mencabar, boleh cuba Sky Walk. Tapi yang ni ada bayaran tambahan sebab ada guide dan ad safety gear yang korang korang kene pakai – sesuai untuk yang berani je!


Satu lagi area adalah Watching Area yang agak tertutup dan dikelilingi kaca. Di sini, disediakan teropong binocular untuk korang layan view bandar Kuantan dari perspektif "mata helang". 

Harga untuk makan steamboat buffet ni pun berbaloi, cuma RM108 untuk 2 pax. Dengan suasana eksklusif dan pemandangan yang menakjubkan, aku rasa memang berbaloi datang sini. Jadi, kalau korang singgah Kuantan, jangan lupa masukkan Menara Kuantan 188 dalam itinerary korang. Makan not bad, view cantik, dan pengalaman tak terlupakan – apa lagi nak? 😊

Enjoy...!!!

Ceritera Isteri Aku, Drama “Curang Tanpa Niat,” & Luahan Hati Terselindung

Ceritera Isteri Aku, Drama “Curang Tanpa Niat,” & Luahan Hati Terselindung

Siapa sangka, malam santai aku yang sedang memandu dengan isteri disebelah, tiba-tiba bertukar jadi sesi luahan hati ala-ala forum terbuka. Penyebabnya? Drama Curang Tanpa Niat yang kini jadi tontonan tetap isteri aku. Kali ini dia cerita panjang lebar tentang watak Elena, lakonan Mira Filzah, dan suaminya, Eeshal, lakonan Syukri Yahya.

Menurutnya, Elena ni sangat sibuk uruskan rumah tangga—dari anak-anak, kerja rumah, sampai benda remeh-temeh pun dia handle sendiri. Dalam kesibukan itu, suaminya pula curang tanpa niat. Katanya, boleh faham kenapa Elena tak perasan perubahan suami dia. Sibuknya dia tu macam hidup dia sendiri sekarang! Rumah tak sempat kemas, anak-anak aktif tak berhenti, lagi-lagi kalau ada anak yang menyusu badan—memang masa untuk diri sendiri tu boleh dilupakan terus.


Aku duduk di sebelah, mendengar dengan penuh perhatian (dan pura-pura serius). Sebagai suami yang bertanggungjawab, apa lagi pilihan aku selain mengiakan? 😂 Tapi dalam hati, aku sebenarnya terkejut. Tak sangka isteri aku dah mula tengok drama ni. Selama ni aku ingat dia masih tak move on dengan Andai Tiada Dia—drama yang sampai aku hafal watak Suri dan Falah sebab dia suka cerita balik scene yang dia suka. Rupanya dia dah start dengan cerita baru, dan aku baru tahu!

Bila dia cerita tentang Eeshal curang tanpa niat, aku tertanya-tanya juga, macam mana curang tu boleh “tanpa niat”? Tapi, dari perspektif dia, Eeshal mungkin rasa “terbiar” sebab Elena terlalu sibuk dengan rumah tangga. Sekaligus, isteri aku sempat sisipkan peringatan halus untuk aku—jangan sampai jadi macam Eeshal. hahahah. Sempat lagi.

Baca juga - Andai Tiada Dia - Masih Belum Move On?

Aku faham, di sebalik cerita Elena ni, ada refleksi tentang betapa beratnya beban seorang isteri dan ibu. Dan sebagai suami, walaupun aku tak pandai urus anak-anak macam dia, aku cuba sokong cara lain. Contohnya, bila isteri sibuk cerita pasal drama, aku dengar. Sebab kadang-kadang, itu saja yang dia perlukan—seseorang untuk faham apa yang dia rasa, walaupun “topik”nya cuma tentang Eeshal dan Elena.

Moral cerita? Curang memang tak ada alasan, sama ada ada niat atau tidak. Tapi yang lebih penting, suami isteri kena saling memahami. Kalau ada masa sibuk sampai tak sempat untuk diri sendiri, bincanglah. Dan kalau isteri aku baca ni, ya sayang, abang dengar luahan hati awak tentang Elena. Dan abang tetap di sini untuk awak, walau rumah bersepah macam mana pun. 💕hikhikhik.

Enjoy...!!!

Konflik Teh Panas vs Teh Ais

Konflik Teh Panas vs Teh Ais

Minggu lepas, aku balik kampung. Sarapan di warung kegemaran bersama bapak mertua. Sambil menunggu nasi lemak dan kuih-muih untuk dibawa pulang, aku terfikir nak minum sesuatu. Tapi timbul konflik kecil — teh panas atau teh ais? Macam random sangat kan. Hehehe

Hurmm, firstly, teh panas klasik dan nyaman, sesuai untuk pagi yang tenang. Ia juga baik untuk pencernaan, terutama bila makan makanan berminyak. Tapi kalau cuaca panas, teh panas mungkin kurang menyegarkan.

Teh ais pulak menyegarkan, terutama bila cuaca terik. Namun, ada risikonya — kalau terlalu manis atau cair, rasanya kurang memuaskan. Tapi jika dibuat sempurna, teh ais memang nikmat.

So pagi tu aku order teh panas la. Since ayah mertua aku pun order yang sama. Ala-ala kita follow gitu.

Apapun, bagi aku, teh panas untuk ketenangan, teh ais untuk kesegaran. Tak ada yang salah, semuanya pilihan masing-masing. Korang pula macam mana? Lebih suka teh panas atau teh ais? Jom kongsi pendapat di ruangan komen!

Enjoy...!!!

Andai Tiada Dia - Masih Belum Move On?

Andai Tiada Dia - Masih Belum Move On?

Aku tak sangka yang aku masih lagi terkesan dengan drama yang baru sahaja tamat di Astro, "Andai Tiada Dia". Ya, walaupun drama ni dah habis, hati aku masih belum move on. Drama ini memang viral, dan aku pasti ramai yang seperti aku, masih terkenang-kenang setiap babak dalam cerita ini.

Drama ini betul-betul menyentuh hati. Watak-watak seperti Suri, Falah, dan yang lain-lain seakan hidup di depan mata. Aku rasa penonton betul-betul merasakan penderitaan, cinta, dan kesedihan yang mereka alami. Yang paling aku tak boleh lupakan, sudah tentu babak di mana Falah meninggal dunia akibat kanser. Rasa hiba dan sebak tu masih menghantui aku. Suri, watak yang penuh dengan dugaan, seolah-olah tak diberi peluang untuk bahagia. Dari suami pertama yang curang dengan adik kandung sendiri, hinggalah kepada Falah, suami kedua yang sangat penyayang tetapi pergi meninggalkannya terlalu cepat.

Adaptasi novel asal

Aku rasa, kekuatan drama "Andai Tiada Dia" terletak pada jalan ceritanya yang sangat dekat dengan realiti kehidupan. Ia memaparkan konflik keluarga, pengkhianatan, kesetiaan, cinta sejati, dan pengorbanan yang membuatkan kita merenung kembali apa yang benar-benar penting dalam hidup. Setiap dialog dan ekspresi pelakon, terutamanya ketika babak sedih, betul-betul menusuk jiwa. Aku rasa, semua pelakon memberikan persembahan yang luar biasa. Tak hairanlah kenapa drama ini begitu viral.

Babak yang paling memberi kesan pada aku ialah ketika Suri terpaksa menerima hakikat kehilangan Falah. Cinta mereka yang penuh dengan keikhlasan dan kasih sayang diuji dengan cara yang sangat menyakitkan. Aku kagum dengan kekuatan Suri, tetapi dalam masa yang sama, aku rasa kesakitannya seperti milik aku juga (tibeeeeeeee. Hahaha). Aku rasa, itulah sebabnya aku tak boleh move on lagi. Drama ini mengajar aku tentang keperitan hidup, tetapi dalam masa yang sama, ia juga mengingatkan kita tentang keindahan cinta sejati dan keperluan untuk menghargai setiap momen bersama orang tersayang.

Baca juga - Datin Suliza Salam Kahwin Lagi, Tahniah!

Bagi korang yang belum menonton "Andai Tiada Dia", aku sarankan untuk tengok drama ni. Tapi hati-hati, korang kena bersedia dengan tisu sebab air mata pasti akan mengalir. Dan bagi yang sama macam aku, masih belum move on, mari kita sama-sama kenang kembali kisah-kisah indah dalam drama ini. Siapa tahu, mungkin satu hari nanti, kita akan belajar untuk menerima kesudahan cerita ini dengan lebih tenang.

"Andai Tiada Dia" bukan sekadar sebuah drama; ia adalah sebuah pengalaman emosi yang akan terus hidup dalam hati penontonnya. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan drama ini. Kalian telah memberikan sesuatu yang sangat bermakna kepada kami, penonton setia.

Jadi, korang ada tak pengalaman yang sama? Masih belum move on dengan drama ni? Jom kongsi cerita korang dengan aku!

Enjoy...!!!

Pengalaman Jadi Bendahari Masjid: Antara Amanah, Cabaran, dan Pembelajaran

Pengalaman Jadi Bendahari Masjid: Antara Amanah, Cabaran, dan Pembelajaran

Dalam entri kali ini, aku nak kongsi sedikit pengalaman aku sepanjang menjadi bendahari Masjid An-Nur Taman Dato' Abdul Rashid (TDR), taman tempat aku tinggal ni. Kalau korang follow aku kat Facebook atau WhatsApp story, mesti dah tahu aku pegang jawatan ni sejak beberapa tahun lepas. Masuk tahun 2024 ni, rasanya dah 4 atau 5 tahun aku bergelar bendahari masjid.


Jawatan ni nampak macam biasa je, tapi sebenarnya ada cabaran dan dugaan yang tak terjangka.

Awal Jadi Bendahari: Serba Tak Kena

Aku masih ingat lagi masa mula-mula dapat amanah ni. Sebagai anak muda, aku anggap ni peluang untuk menyumbang kepada komuniti taman aku. Tapi, masa tu aku memang kalut—semuanya serba tak kena. Yelah, kerja bendahari ni bukannya sekadar kira duit masuk keluar.

Nak uruskan resit pun boleh pening kepala. Resit itu, resit ini—semuanya perlu diambil kira. Setiap sen yang keluar dan masuk mesti direkodkan. Awal-awal tu, aku rasa macam hilang arah. Tapi lama-lama, aku belajar buat sistem sendiri. Aku cipta cara yang lebih tersusun untuk uruskan kewangan masjid, dan alhamdulillah, sekarang semuanya berjalan lebih lancar.

Saat Paling Mencabar: Berdepan Juruaudit

Antara pengalaman yang paling mendebarkan ialah setiap kali sesi audit. Setiap enam bulan sekali, aku kena menghadapi juruaudit dalaman. Masa ni memang aku rasa macam nak pitam. Soalan juruaudit tu kadang-kadang buat aku tergagap nak jawab.

Antara moment aku mengadap juruaudit. Tengok muka pun tak nak senyum ya. hahaha

Sebelum sesi audit, aku kena buat persiapan rapi. Semua dokumen kewangan, resit, dan laporan kena disusun dengan teratur. Ada masanya aku kena periksa balik satu persatu dokumen lama untuk pastikan semuanya betul. Tapi alhamdulillah, lama-kelamaan aku dah terbiasa dengan proses ni. Walaupun mencabar, ia sebenarnya membantu aku jadi lebih teliti dan cekap dalam menguruskan kewangan.

Pengajaran: Pentingnya Anak Muda dalam Komuniti

Sepanjang jadi bendahari, aku sedar betapa pentingnya penglibatan anak muda dalam aktiviti kemasyarakatan. Kita yang muda-muda ni lebih terdedah dengan teknologi dan idea-idea baru. Bila kita gabungkan idea segar anak muda dengan pengalaman golongan lebih tua, organisasi masjid jadi lebih mantap.

Sebagai contoh, aku cuba perkenalkan sistem digital untuk rekod kewangan masjid. Dengan cara ni, semua transaksi lebih mudah dikesan dan disimpan. Golongan lama pun mula nampak kelebihannya, dan sekarang mereka pun dah terbiasa dengan sistem ni.

Menjadi bendahari masjid ni bukanlah tugas yang mudah, tapi aku anggap ia satu peluang untuk menyumbang kepada masyarakat. Walaupun ada cabaran, setiap pengalaman yang aku lalui menjadikan aku lebih matang dan bertanggungjawab.

Kepada anak muda di luar sana, jangan takut untuk terlibat dalam organisasi seperti masjid. Kita boleh sumbangkan tenaga, masa, dan idea untuk kebaikan bersama. InsyaAllah, dengan kerjasama semua generasi, kita mampu jadikan komuniti kita lebih harmoni dan progresif.

Kalau korang ada pengalaman sendiri dalam aktiviti kemasyarakatan, kongsi la kat ruangan komen. Mana tahu, kita boleh bertukar idea! 😊

Enjoy...!!!

Pengumuman Dividen ASB 2024: Rezeki yang Dinanti-Nantikan

Pengumuman Dividen ASB 2024: Rezeki yang Dinanti-Nantikan

Hari ini ada berita baik yang pastinya dinanti-nantikan oleh semua pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB), termasuklah aku sendiri. Alhamdulillah, untuk tahun 2024, ASB telah mengumumkan dividen sebanyak 5.75%. Berita ni memang menggembirakan, terutama bagi kita yang jadikan ASB sebagai salah satu instrumen simpanan jangka panjang.

Dividen ASB 2024: Antara Yang Tertinggi

Kalau nak dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ni, kadar 5.75% ni boleh dikatakan antara yang kompetitif. Lagi-lagi untuk kategori pelaburan low-risk macam ASB ni. Sebagai seorang pelabur kecil-kecilan, aku bersyukur sangat dengan apa sahaja rezeki yang diterima. Betullah orang kata, "sikit-sikit, lama-lama jadi bukit."

Menyimpan Dengan ASB Financing di Maybank

Macam yang aku pernah cerita dalam artikel sebelum ni (baca disini - Dividen ASB 2024: Berapa Agaknya?), aku gunakan ASB Financing melalui Maybank. Cara ni sangat membantu aku untuk buat simpanan secara konsisten dan lebih teratur. Setiap kali ASB umumkan dividen, aku akan kira semula keuntungan dan rasa bersyukur atas apa yang aku terima. Memang cara ni sesuai untuk mereka yang nak melabur sambil pastikan disiplin kewangan tetap terjaga.

Alhamdulillah, Teruskan Untuk Tahun Depan

Dengan kadar dividen macam ni, semangat aku untuk terus menyimpan dalam ASB makin bertambah. Pelaburan ni mungkin tak janji pulangan yang "wow" macam pelaburan berisiko tinggi, tapi untuk kita yang cari kestabilan, ASB memang pilihan terbaik. Tambah pula, ia sesuai untuk pelan jangka panjang macam pendidikan anak-anak atau persaraan.

Baca juga - Cerita Santai: Team Building BPC SHQ di Manggala Resort, Kuantan 2024

Akhir kata, kepada semua pelabur ASB, tahniah dan syabas atas simpanan korang. Ingat, setiap rezeki tu ada barakahnya. Jom kita terus menyimpan dengan disiplin dan niat yang baik.

Apa pendapat korang tentang kadar dividen ASB tahun ni? Korang puas hati tak? Kongsikan pandangan korang di ruangan komen! 😊

Tag: dividen ASB 2024, kadar dividen ASB, ASB Maybank, pelaburan low-risk

Enjoy...!!!

Kenduri Durian: Nikmat di Kampung

Kenduri Durian: Nikmat di Kampung

Jom sambung lagi cerita aku Balik Kampung. Hari tu memang rezeki besar aku balik kampung. Tak sangka pokok durian dekat kebun mak mertua adik ipar aku tengah galak berbuah. Bukan calang-calang pokok, semuanya ditanam sendiri, hasil tangan yang penuh kasih sayang, dan buahnya memang untuk dinikmati keluarga sahaja, bukan untuk dijual. Tahun ni, Alhamdulillah, rezeki durian menjadi betul-betul. Buah-buahnya besar, isinya kuning pekat, berlemak, dan padu.

Nilah adik ipar aku tukang bawak dan bukak durian tu

Adik ipar aku awal-awal lagi dah pesan nak bawak durian untuk makan sama-sama. Tapi aku tak sangka, banyak betul durian yang dibawanya! Bila tengok dulang penuh dengan durian besar-besar, aku terus rasa tak sabar.

Bila malam menjelang, semua ahli keluarga berkumpul. Ada yang bawak dulang besar, ada yang tolong kupas durian. Tak kurang juga yang sekadar duduk-duduk sambil menunggu isi durian terhidang (akulah tu. Hahahahah). Bau durian fresh ni memang lain macam. Segar, harum, menusuk hidung, cukup buat air liur menitik.

Baca Juga - Malam Santai Bersama Keluarga di Tasek dan Family Mart Kotasas, Kuantan

Malam tu, kami kenduri 9 biji durian yang saiznya besar-besar belaka. Semua isi cantik-cantik, takde langsung yang rosak atau cacat. Anak-anak buah aku asyik ulang-ulang makan, seronok tengok diorang berselera. Aku sendiri tak kira berapa ulas aku makan, tapi puas hati betul. Siap ada yang bersuara.

Momen macam ni memang priceless. Dekat bandar, nak rasa durian fresh dari pokok ni memang jarang dapat. Tapi malam tu, makan durian sambil sembang santai dengan keluarga, terasa nikmat rezeki Allah bagi. Aku rasa bertuah sebab balik kampung pada musim durian menjadi. Alhamdulillah, kenyang badan, penuh jiwa.

Enjoy...!!!

Datin Suliza Salam Kahwin Lagi, Tahniah!

Datin Suliza Salam Kahwin Lagi, Tahniah!

Cuti-cuti hujung tahun ni memang masa yang dinanti-nanti. Bila balik kampung, suasana jadi meriah sebab dapat berkumpul dengan keluarga besar. Dalam suasana santai sambil minum-minum, topik perbualan memang tak pernah habis. Macam-macam cerita keluar, dari kisah zaman sekolah sampai gosip semasa. Salah satu cerita menarik yang kakak-kakak aku sampaikan baru-baru ni ialah tentang Datin Suliza Salam yang katanya dah kahwin lagi!

Siapa Datin Suliza Salam ni? Datin Suliza Salam ni sebenarnya asal dari Pontian, Johor – kampung yang tak jauh pun dari rumah aku. Rupa-rupanya, dia ni kawan satu sekolah dengan kakak-kakak dan abang-abang aku dulu. Kiranya, memang ramai yang kenal dia sejak zaman sekolah lagi. Bila dapat tahu dia dah kahwin lagi, memang semua teruja nak tahu cerita lanjut.

Perkahwinan Baru, Doa yang Baik-Baik

Menurut cerita kakak-kakak aku, Datin Suliza Salam baru saja melangsungkan perkahwinan keduanya. Alhamdulillah, kami semua tumpang gembira. “Tahniah, Datin! Semoga bahagia dan kekal hingga ke jannah,” itulah doa yang kami semua panjatkan untuk dia. Kalau diingat balik, dia ni memang antara orang yang mesra dan pandai bergaul sejak zaman sekolah, tak hairanlah ramai yang suka.

Baca juga - BPC SHQ Dinner 2023: Malam Penuh Warna dan Kenangan

Rancak Berbual dan Nostalgia Kampung

Bila topik ni dibuka, rancak betul kakak-kakak aku bercerita. Ada yang imbas kenangan waktu sekolah, ada juga yang sibuk cerita tentang jiran-jiran lama yang kini dah berjaya. Suasana jadi lebih meriah bila semua orang mula bercerita pengalaman masing-masing, sambil sesekali menyelit lawak jenaka yang buat semua tergelak besar.

Tahniah Datin Suliza Salam!

Untuk Datin Suliza Salam, kalau kebetulan terbaca artikel ni, kami sekeluarga nak ucapkan tahniah sekali lagi. Semoga perkahwinan kali ni membawa lebih kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup. Doa kami, semoga rumah tangga ini dilimpahi keberkatan dan kekal hingga ke akhir hayat. Amin.

Cerita macam ni lah yang buat balik kampung jadi seronok. Selain dapat eratkan hubungan keluarga, kita juga dapat kongsi berita dan kenangan lama. Betul tak?

Enjoy...!!!

Giveaway by Ejulz 2024

Giveaway by Ejulz 2024

Jom join Giveaway lagi. Kali ni aku nak join GA dari Ejulz. Nak join GA sangat-sangat mudah. Just buat entri tentang GA, letak banner bawah ni dan backlink kan ke entri GA asal tuan tanah. Setel. Mari la sama-sama join beramai-ramai. Boleh buat stock link untuk blogwalking.

Klik banner kat bawah ni ya.


GA ni akan tamat pada 31 Disember 2024

Enjoy...!!!

Balik Kampung ke Pasir Gudang dan Kejutan Tol Percuma

Balik Kampung ke Pasir Gudang dan Kejutan Tol Percuma

Cuti hujung tahun memang waktu terbaik untuk luangkan masa bersama keluarga. Kali ni, aku balik kampung ke Johor dan atur masa untuk ziarah rumah mertua di Batu Pahat, lepas tu singgah jenguk mak aku yang sedang berada di rumah kakak aku di Pasir Gudang. Bila dah ada dua tempat yang nak dilawati, kenalah bahagi masa sebaiknya – 3 hari di rumah mertua, selebihnya di rumah kakak aku.

Perjalanan dari Batu Pahat ke Pasir Gudang

Aku bertolak petang Isnin dari Batu Pahat ke Pasir Gudang. Perjalanan ni melalui Lebuhraya PLUS, yang aku jarang guna sebab biasanya aku tinggal di Kuantan. Bila balik kampung, laluan aku tak melibatkan lebuh raya. Tapi kali ni lain sikit ceritanya.

Masa masuk tol, aku rasa pelik. Dah beberapa plaza tol aku lalu, tapi baki kad Touch 'n Go aku tak berkurang. Mulanya aku ingat ada masalah teknikal atau mungkin kad aku rosak. Tapi bila sampai rumah kakak aku dan sembang-sembang, barulah aku tahu – rupa-rupanya ada promo tol percuma sempena cuti hujung tahun ni! Serius, aku memang tak perasan sebab jarang ikut perkembangan berita lebuh raya.

Tol Percuma Sampai 2 Januari 2025

Ya, betul. PLUS sedang menawarkan tol percuma sehingga 2 Januari 2025 untuk laluan tertentu. Jadi, kalau korang ada rancangan nak berjalan jauh atau balik kampung, ini masa terbaik untuk jimat duit tol. Tapi ada satu cabarannya – bila tol percuma, jalan jadi lebih sesak. Kena bersedia mental sikit untuk hadap traffic jam, tapi aku rasa berbaloi sebab dapat jimat kos perjalanan.

Baca Juga - Pengalaman Makan Shell Out di Touch Craving Shell Out (TCSO), Jalan Stadium Kuantan: Rasa dan Kenangan Bersama Keluarga

Sampai Rumah Kakak

Sampai je rumah kakak aku di Pasir Gudang, aku terus dapat pelukan mesra dari mak. Seronok tengok wajah mak yang gembira, lebih-lebih lagi bila keluarga dapat berkumpul. Duduk di ruang tamu, sembang tentang macam-macam, dari cerita kampung, resepi makanan, sampai ke cerita tol percuma tadi. Kakak aku siap cakap, "Kalau tahu awal-awal, boleh la plan pergi bercuti jauh sikit." Hahaha!

Tips untuk Korang

Buat yang nak manfaatkan tol percuma ni, aku cadangkan:

  1. Periksa Waktu Puncak: Elak keluar waktu puncak untuk kurangkan risiko terperangkap dalam kesesakan.
  2. Topup Kad Touch 'n Go: Walaupun tol percuma, sentiasa sediakan baki mencukupi sebab ada kemungkinan promosi berakhir lebih awal untuk sesetengah laluan.
  3. Rancang Perjalanan: Kalau boleh, pilih waktu bergerak yang lebih tenang seperti pagi atau lewat malam.
Cuti hujung tahun memang waktu terbaik untuk melawat keluarga. Walaupun perjalanan dari Batu Pahat ke Pasir Gudang agak panjang dan sedikit mencabar dengan kesesakan jalan, kehadiran tol percuma ni memang membantu kurangkan kos. Bagi korang yang nak berjalan, jangan lepaskan peluang untuk nikmati tol percuma ni sebelum 2 Januari 2025. Selamat bercuti dan selamat pulang ke kampung! 😊

Enjoy...!!!
Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com